Thursday, January 31, 2008

Penghargaan

Penatnya badan ni.. kepala pulak berat semacam jea.. apa yang aku buat
sekarang ni satu pun tak boleh masuk.. mata pulak boleh tahan juga
mengantuknya.. lepas mencoret blog ni baru laku tidur kut..

Ini dah malam ketiga aku bermalam di pejabat.. sebab nak temankan
kawan aku yang tak boleh balik ke rumah kerana keretanya rosak jadi
terpaksa la dia tidur di pejabat.. aku pulak mengambil kesempatan ini untuk
membuat 'kerja2' aku di opis.. sekurang kurangnya ada juga teman aku..
teman apanya..? kawan aku dah lena dah.. pukul 12 tadi dah tidurnya..
jadi tinggallah aku keseorangan seperti sediakala... aku nasihatkan laa
kalau nak cari bakal suami jangan laa cari yang macam aku.. tak berbaloi
sungguh... mendatangkan kerugian sahaja.. sebab sehari suntuk dekat pejabat
sahaja.. entah bila baru balek rumahnya.. hahaha..

tadi aku ada terbaca satu artikel tentang 'bagaimana hendak memotivasikan diri'..
antara salah satu caranya adalah dengan menangani tekanan..
bagaimana menangani tekanan..?
antaranya ialah mengurus diri dengan bijak,mengawal persekitaran dengan mengawal
siapa dan apa di sekeliling kita,yakinkan diri secara positif, memberi
penghargaan kepada diri sendiri,bersenam,rehat,mengambil tahu tentang diri
sendiri, makanan seimbang dan belajarlah untuk berseronok..

memang menarik.. yang palin menarik sekali bagi aku adalah 'memberi
penghargaan kepada diri sendiri ( reward yourself)..

berapa banyak darpada kita yang selalu membuat perkara tersebut.. aku rasa
jarang kut.. kalau ada pun mungkin kita tidak sedar yang kita sedang
men 'reward' kan diri sendiri.. oleh sebab ketidakambiltahuan itulah
kita seperti tidak mengahargai apa yang telah diberikan oleh kita
kepada diri kita sendiri ( faham ke.. hahaha)

oleh itu.. aku mengingati diriku sendiri.. carilah masa sedikit untuk
diri sendiri.. bukan sebagai penlalai masa tetapi mencari hanya sekadar
seteguk waktu untuk ketenangan yang sedang kehausan...


Wallahuallam...

1 comment:

:::jillian de jill::: said...

i dont know y i like to read ur writing... gud!!! suke baca... bahasa yang jarang org melayu kita ada bila jadik blogger....