Sunday, May 11, 2008

Permulaan tanpa pengakhiran

Dua bulan kebelakangan ini banyak mengajar aku .. mengajar erti sebenar keikhlasan.. menunjukkan aku keletihan sebenar mengejar perbuatan diatas dasar persahabatan.. walaupun aku tidak pernah menyesali apa yang aku cuba lakukan.. walaupun kesudahannya telahpun aku jangka sedari awalnya..

kesannya pada diriku tidak dihiraukan sekarang ini.. yang aku gusarkan terhadap orang yang cuba aku buktikan dan kepada orang yang aku ingin buktikan.. memang aku pedulikan kebahagian orang lain daripada kebahagian diriku sendiri .. tetapi aku bukanlah malaikat yang dipandang terlampau baik serta sempurna.. yang mampu menolak kepentingan diri seratus peratus.. tanpa mengharapkan kesejahteraan sendiri.. entah laa...


kau sinaran bulan menyerikan bintang2 .. kaulah fajar yang menerbitkan pagi.. kau sirami embun menyegarkan pepohonan.. kau bukakan takbir siang untukku.. kau berikan kasih sayang maha suci.. betapa agungnya tiada ternilaikan..

hari ini merupakan hari Ibu.. cemburu aku tengok orang2 yang masih lagi mempunyai Ibu.. masih lagi mampu membahagiakan mereka..

dan aku.. pada hari ini.. seperti biasa.. sejak 3 tahun lepas.. awal2 pagi lagi sudah ke pusara Ibu aku.. setelah membersihkan disekeliling pusara arwah.. aku mengirim sedikit 'hadiah' yang tak seberapa dari anaknya ini.. sampailah harap2 nya...

dan seperti biasa juga.. disinilah aku mengubat kerinduan aku.. menghilangkan kesunyian aku.. kadang kala kesejukan pagi di kawasan ini melekakan aku.. mungkin aku haruskan 'biasakan' diri kerana 'perkampungan' inilah destinasi aku dan semua makhluk yang bernyawa akan tempuhi seterusnya... setidak tidaknya dapat mengingatkan diri aku tentang kehidupan selepas kematian..

sesuatu yang ada permulaan.. tetapi tiada pengakhiran..


Wallahhullam..

2 comments:

tun teja said...

mana menghilang nih?
laama sgt tak berinteraksi.
bz sgt ke?

megat jgn sedih yek.. yg idup pasti akan pegi. kita yg masih bernyawa ni doala semoga ibu megat berada kat tempat org yg beriman.

isk megat...mana pigi nih?

KaFnUn said...

xde sedew la.. ok jew..
huwahuwa... bz ckit.. tgh pindah opis..