Thursday, July 24, 2008

Batasan Kemampuan

salam..
dah lama rasanya tak menulis serangkap dua di dalam blog aku ini.. mungkin kehidupan yang sering dilanda kesibukan serta masalah yang berpanjangan.. satu persatu yang datang menghempas kepantai.. dan yang aku pasti dan akan pastikan, pasir pantai tak akan berubah walaupun sekuat mana badai melanda.. insya allah..

aku selalu berfikir.. kehidupan manusia sesuatu yang ada permulaan tetapi tiada pengakhiran.. dan mungkin aku dapatkan samakan ia dengan cinta atau sayang.. maksud aku disini sayang atau cinta yang sejati.. memang ada permulaan tetapi tiada pengakhiran.. dan sudah semesti hendak mentafsirkan 'sejati' susuatu cinta atau sayang itu bukan diatas penilaian manusia selemah kita ini.. dan sememang nya kita tidak layak menilainya.. cuma apa yang kita mampu lakukan hanya mencurahkan sahaja.. kerana hati manusia adalah diatas kekuasanNYA.. jadi yang selebihnya serahkan kepada Yang Maha Berkuasa..

kita hanya manusia yang lemah.. yang hanya mampu mengawal hati dan perasaan pada setakat kemampuan kita sahaja.. dan begitu jugalah aku.. yang pada luarannya nampak kuat serta tabah.. tetapi hendak melawan hati serta perasaan sesuatu perkara yang amat sukar bagi aku.. entahlah... mungkin ada sesuatu kebaikan yang aku perolehi daripada perkara ini yang dimana pada mata kasar aku amat memenatkan..

wallahuallam...

No comments: