Sunday, April 19, 2009

Terkadang

aku sering terfikir.. mengapa setiap kali aku sayang kepada seseorang itu yang tidak akan menjadi miliku.. dan setiap kali aku terfikir.. setiap kali itu jugalah aku akan menemui dengan jawapan yang berlainan.. dan setiap jawapan itu pula adalah hasil daripada masa2 yang aku habiskan bersamanya.. dan setiap jawapan yang aku dapat mempunyai kesimpulan yang sama.. iaitu Tuhan lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.. dan tidak setiap apa yang kita fikir baik untuk kita itu akan mendatangkan kebaikan dan setiap yang buruk itu akan mendatangkan keburukan..

dan sudah semestinya jika kita sayang akan seseorang itu kita inginkan dia sentiasa gembira, bahagia.. dan jika boleh bukan hanya di dunia tapi berkekalan hingga 'kesana'.. aku sering bermunajat.. semoga dia di kurniakan dengan seorang yang mampu membimbingnya ke arah kebaikkan dan mampu memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.. walaupun insan itu bukannya aku sendiri, setidak tidaknya aku dapat melihat dia bahagia dan tidak melakukan perkara2 yang salah dan perkara2 yang menjauhkan diri dari rahmat Allah.. itupun sudah memadai.. dan bab 'hati' aku pula.. seperti biasa.. akan aku rawat sendiri.. alah bisa tegal biasa..

' ..tika fajar menyinsing.. ku sendiri terasing.. merenung suria di pagi indah dengan mata berkaca.. tersisih sepi bersama mimpi yang tidak kesampaian.. kerna mungkin menyedari kekurangan diri.. sehingga ku terlupa betapa luasnya dunia ini .. ' yang tersendiri

tinggalkan seketika kisah aku yang tidak ada kesudahannya diatas.. aku hendak berbicara sedikit tentang jalan.. bukan jalan raya atau lebuh raya.. tetapi 'jalan yang lurus'.. apa itu jalan yang lurus..

jalan yang lurus kadang kala kita sendiri tidak mengetahuinya.. dan kadang kala mungkin kita sedari.. kadang kala mengatahuinya dengan jelas dan kadang kala tidak.. terkadang kita mampu untuk mengerjakannya dan terkadang tidak..
terkadang kita tidak ingin melakukannya kerana malas atau sebab musabab yang menjadi penghalang.. terkadang ada keinginan dan ada yang boleh dan terkadang tidak..
terkadang apa yang di usahakan di sertai dengan keikhlasan dan terkadang tidak..
terkadang disertai dengan keikhlasan dan mutaba'ah ( mengikut sunah Rasullullah saw) dan terkadang tidak..
ada yang disertakan sekali dengan mutaba'ah dan kusyuk tetapi terkadang hati kita lalai..

ini semua akan berlaku pada kita.. makhluk Allah yang serba lemah.. kita sebagai hamba tidak memiliki kemampuan untuk mendapatkan hidayah dan melakukan semua perkara tersebut secara keseluruhannya kecuali dengan izin Allah.. dan jangan pula kita tersalah anggapan sehingga kita melakukan perkara2 tersebut separuh jalan dan akan berhenti pada watak dasarnya, maka percayalah kita tidak akan mendapat hidayah mengikut jalan yang lurus..

inilah yang dimaksudkan dengan iykas atau kembali kepada keadaan awal.. dimana Allah mengembalikan orang2 munafik kepada jiwa mereka yang bodoh dan zalim ( termasuk mezalimi diri sendiri) kerana dosa2 yang mereka lakukan.. Allah berada pada jalan yang lurus serta menentukan qadha dan qadar dengan keutamaan dan rahmatNya.. Allah memberi hidayah pada orang yang layak pada jalan yang lurus dan memalinkan keadilan dan kebijaksanaanNya kerana ketidaklayakan tersebut.. Allah memerintahkan hambanya agar mengikuti jalan yang lurus sebagai hujjah serta keadilanNya..

aku mengingati diri ku sendiri.. sentiasa berfikirlah tentang hikmah Allah di dunia dan di akhirat dimana akan dapat melihat sesuatu yang tidak ada keraguan didalamnya dengan penuh yakin dunia ini adalah ladang bagi kehidupan akhirat..


Wallahhuallam..