Wednesday, December 26, 2007

Blur

BLUR...
aku tak tahu mana datang perkataan ni..yang aku tahu monitor blur ada la.. hahah. pada pemahaman aku laa .. blur yang mengambarkan keadaan seseorang tu.. adeii.. ntah laa tak tahu macam mana nak terangkan.. cuma pernah mengalami je la.. hahaha

dan hari ni merupakan hari blur aku.. selamat hari blur buat aku.. hahaha... entah laa.. tak tahu laa.. hari ni aku macam takde perasaan.. kosong.. dalam fikiran pun kosong.. kawan yang rapat dengan aku perasan laa kalau aku tengah blur.. tanya sepatah jawab 1/5 patah... hahaha..

dan yang paling aku benci sekali bila aku 'meraikan' hari blur ni.. semua kerja aku tak menjadi laa.. bayangkan laa.. bila jumpa dengan pelanggan pun.. bila dia tanya aku buat tak ambil endah.. ngangguk2 je.. adeii..

aku ni jenis yang mengutamakan kepuasan pelanggan yang aku layani.. aku amat mengutamakan PR aku.. tapi bila jadi seperti hari ni.. aku tak boleh nak kawal.. di luar kemampuan aku.. walaupun benda ini amat2 jarang berlaku pada aku.. tapi kehadirannya amat merunsingkan..

sukar bagi aku mengahadapi hari yang sebigini.. kepuasan bekerja aku tidak capai matlamat la kiranya.. sebab kepuasan kerja aku ada dua. . pertama kepuasan pelanggan.. kedua kualiti kerja.. dan bila kepuasan pelanggan itu tidak lagi 100% serta kualiti kerja aku yang aku jangkakan hari ini merosot..

dan buat masa ini salah satu ubat blur ni adalah tido.. jadi hari pun dah nak tengah malam... aku nak tido dulu .. walaupun mata tak mengantuk pun.. tapi paksa je la.. rela terpaksa... hehehe


Wallahhuallam..

Memintal Buih

'.. setiap orang menggenggam kebahagian seseorang insan lain pada tangannya.. dan semestinya kebahagian insan itu janganlah kita sia siakan kerana telah dipertanggungjawabkan kepada kita.. kebahagian siapakah yang kita genggami..?? tidak siapa tahu kecuali Allah.. Oleh itu cubalah bahagiakan insan disekeliling kamu.. mana tahu jika insan tersebut hanya terselindung di balik bayangmu sahaja..'



Itulah serba sedikit nasihat yang aku terima dari salah seorang kawan aku yang agak berumur juga laa.. kalau tak silap dalam 5 tahun lepas.. biasala sambil sembang2 kosong terselit juga laa pernyataan berbaur nasihat.. memang x nampak sangat seperti nasihat tetapi lebih kepada 'perkataan' yang keluar daripada pengalaman penghidupan dia sendiri agaknya..



dan jika aku perhatikan kembali memang ada kewajaran jugak laa nasihat yang diberikannya..



siapakah yang membahagiakan seorang Ibu jika tidak seorang Anak..

siapakah yang membahagiakan seorang Isteri jika tidak seorang Suami..

siapakah yang membahagiakan seorang Kawan jika tidak seoarang Sahabat..



tapi jika aku fikirkan kembali.. layakkah seseorang yang seperti aku ni.. yang hidup hanya biasa2 sahaja.. layak membahagiakan orang lain.. sedangkan ingin membahagiakan diri sendiri pun belum tentu lagi... adeii



dan kalau mengikut aku.. walaupun aku terlampau sayang kepada seseorang itu.. sedangkan pada masa sama aku berasa aku tidak mampu membahagiakan dia walaupun seadanya.. mungkin aku akan mengalah.. aku rela mengorbankan perasaan aku sendiri.. hanya untuk melihat insan yang paling aku sayangi hidup bahagia...



dan pada aku tidak semestinya kebahagian orang yang aku sayangi hanya berada ditanganku sendiri.. dan jika ditakdirkan ianya berada di tangan ku sekali.. aku aku memohon supaya kebahagian dirinya di'anugerahkan' kepada insan yang lebih layak..



mungkin ada yang menyatakan aku ini jenis yang tidak mempunyai kepercayaan diri.. lemah semangat.. tidak sanggup berkorban demi membahagiakan insan yang aku sayangi..



pedulikan apa yang orang nak kata.. pada aku kehidupan ini bukanya 'perjudian'.. kehidupan adalah ketentuan.. bagi aku hakikat penghidupan adalah terlalu kompleks..

dan bukannya manusia yang menentukan nilai seseorang itu.. kerana nilai keinsanan seorang manusia itu hanya dinilai oleh Nya..



dan yang paling penting.. kebahagian seseoarang itu bukannya terletak 100% ditangan manusia.. tapi ia adalah kurniaan Allah.. ingat manusia hanya merancang dan berusaha.. Takdir jua penentu segala..





Wallahhuallam





'... siapalah aku ini .. untuk memintal buih yang memutih.. untuk dijadikan permaidani .. sepertimana yang tertulis dalam novel cinta.. juga mustahil bagiku .. mencapai bintang dilangit.. untuk menjadikan hantaran.. syarat untuk memilikimu.. semua itu sungguh aku tak termampu...' exist

Tuesday, December 25, 2007

Didunia atau 'Disana'


Petang tadi.. setelah seharian berada di pejabat.. lebih kurang dalam pukul 5.30.. aku turun dari pejabat untuk ambil angin..asik duduk dalam hawa dingin je seharian.. hehehe



mata aku tertarik pada sesuatu aktiviti berhampiran pejabat aku.. hahah.. yaa.. ada perlawanan bolasepak nampaknya.. nampak seperti perlawan persabahabatan.. arhh. lantakla.. x kira laa apa apapun... janji bolasepak.. layan je laa..



bila aku tengok kelincahan orang yang bolasepak ni.. teringat la pulak aku pada zaman remaja dulu ( dah tua ke aku ni...hahaha).. xde la.. masa zaman sekolah dulu.. zaman selepas SPM.. padang bola lah tempat yang wajib dituju pada sebelah petang.. tak kira ribut, hujan bahkan halilintar( cewahh.. sedap tambah nampak) bola tetap bola.. ingat lagi laa. bising arwah mak aku dulu.. bila balik main bola je.. habis kotor baju.. huhuhu ( makk.. rindu sangat kat mak)



tapi bila sekarang ni.. dah rasa umur makin tua... hahah.. beralih pulak ke padang kecik... futsal laa pulak... heheh.. tapi ikut kira ni dah lama jugak x main futsal ni.. akhir sekali dulu sebelum bulan puasa lepas.. biasalah.. member2 aku ni malas nak bersukan.. manjakan sangat perut tu.. hahaha.. dah tu cukup la korum nak main.. adeii..



uishh.. dah jauh aku mengelamun ni.. bukannya tengok orang main bola sangat.. mengelamun je lebih.. biasalah.. dah cuaca best sangat petang ni.. mendung2 dengan angin yang sepoi2.. perghhh.. layan jiwang beb.. hahaha



sejenak aku terfikir.. aku ni terlampau banyak angan-angan ke..? tak jugak.. mungkin aku terlampau banyak berfikir kut.. sampai ada kawan aku yang kata kaum lelaki ni ngape suka sangat berfikir.. ntah aku tak tahu.. ye ke..hahaha



Angan2 ekk.. apa beza harapan dengan angan2.. dua benda yang lebih kurang sama maksud tapi lain pentakrifannya..



Pertama, dia mesti menyintai sesuatu itu.. Kedua, ia takut dan khuatir sekiranya dia tidak mendapatkan sesuatu itu.. dan Ketiga, dia akan menggerakkan segala usaha dan daya untuk mendapatkan sesuatu tersebut.. Jika setiap pengharapan tidak di ikuti dengan ketiga tiga langkah di atas maka ianya akan jatuh kedalam lembah angan angan.. Pengharapan adalah satu hal dan angan angan adalah satu hal yang lain.. semua orang berharap sesuatu akan takut terlepas daripada sifat itu..



dan aku mengingatkan diriku sendiri supaya jangan pula lupa.. setiap harapan itu bermula dengan angan2.. jadi jangan terlampau banyak angan2.. jadikan setiap angan2 itu satu harapan.. cuma hasilnya nampak cepat atau lambat.. didunia ataupun 'disana'... cuma yang ada.. usaha yang tidak pernah kenal putus asa..





Wallahhuallam...

Setahun Berlalu

Tahun baru bakal menjelang.. dalam 5 hari lagi dalam kalau mengikut anggaran aku.. hermm.. apa yang menarik sangat tentang tahun baru ni.. pada aku biasa sahaja.. yang meninggalkan kesan yang nyata pada aku.. cuma perkiraan umur aku sudah meningkat lagi setahun.. kira sudah semakin tua laa.. hehehe



dan seperti kebiasaannya.. orang2 akan sibuk dengan azam.. azam tahu baru la kiranya.. kalau mengikut ilmu motivasi setiap insan yang ingin berjaya perlu ada azam tahun baru.. adeii.. betul ke idak aku tak tahu.. mungkin benar kut..



pada kebiasaannya orang asik menanam azam tahun baru tanpa menoleh kepada penghidupannya yang telah ditinggalkan setahun lepas tanpa mengambil iktibar daripadanya... pelikkan.. ingin mengejar cita2 baru tanpa mengambil pedoman dari sejarah yang lepas..



pada aku sendiri.. azam itu tidak berapa penting.. yang penting sejarah aku yang lepas.. kerana daripada situ akan timbul keazaman yang baru untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lepas.. aku rasa pengazaman yang sebegitu lebih penuh dengan nilai kesemangatan yang tinggi untuk dicapai..



dan yang lebih memelikkan diri aku yang memang dah sedia pelik ini.. mengapa setiap tahun baru mesti ada azam baru... hehehe.. orang berlumba lumba ( betul ke istilah ini) menanam azam baru.. tak lupa juga ada yang bertanyakan azam orang lain...



pada pemahaman aku.. azam adalah satu niat.. dan semestinya niat itu adalah niat yang baik.. dan sesuatu niat yang baik tidak semestinya bermusim.. setiap niat yang baik biasanya sesudah datangnya keburukkan.. dan seharusnya kita meniatkan sesuatu yang baik itu setiap masa tanpa mengira waktu tertentu.. ingat.. hanya pada prespektif aku sahaja.. lain padang lain belalang..



itulah sebabnya aku sentiasa berazam tidak mengira masa.. jika aku fikirkan aku perlukan berbuat sesuatu.. aku akan tentukan azam aku.. mulakan langkah.. dan tetapkan pendirian.. insayallah.. harap aku akan berjaya mencapai azam tersebut..





Wallahhuallam...

Friday, December 21, 2007

Erti Sebuah Ketenangan

Pengorbanan..?? aku sendiri tertanya-tanya apakah maksud pengorbanan yang sebenar.. dan sempena Hari Raya Aidiladha yang tiba kini.. hari ini sudah hari tasyriq pertama.. aku masih tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri..



Aku biasa dengar.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..



pada tafsiran aku.. sesuatu pengorbanan itu perlu dilakukan untuk memperolehi sesuatu..sebagai contoh, kita perlu mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk mengejar segulung ijazah.. tidak ada apa di dunia ini yang akan kita perolehi tanpa melakukan perngorbanan walaupun sekecil kecilnya...



pernahkah kita dengar.. mengorbankan pengorbanan yang ingin dilakukan demi sebuah kedamaian.. terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi menemui sebuah ketenangan.. dan semestinya ketenangan itu berupakan kebahagian orang yang paling kita sayangi..



kadang kala masa tidak selalu berada di pihak kita.. selalu kita fikirkan bahawa kita sering terlambat untuk diketemukan dengan sesuatu dan terasa amat rugi kita tidak diketemukan seawalnya.. tapi aku mengingati diriku sendiri.. sesuatu yang kita rasa baik bari diri kita.. tidak semestinya yang yang terbaik buat diri kita.. semuanya berada di alam rahsia Allah.. dan sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk buat diri kita..



walaupun pengorbanan ini kesakitannya tidak nampak dimata.. namun hati yang sentiasa berdaya menahan terjahannya.. walaupun ianya amat menyakitkan..





'.. luka yang tak terasa.. mengalir darah yang tak berwarna.. bagai jeritan tanpa suara.. tangisan dalam ketawa.. sedu sedan menjadi syairnya.. terasa ingin ku sentuh bayanganmu.. walaupun hanya seketika cuma.. agar hilang rinduku sementara..' damasutra





Wallahhuallam

Tuesday, December 18, 2007

Rahsiakan tetap rahsia

Nilai kalori segelas teh tarik = 120 kj
Nilai kalori sekeping roti canai = 250 kj


Jumlah = 370 kj





heheh.. itulah jumlah kalori yang aku baru lepas ambil malam ni... huwaa.. rasa nikmat laa jugak.. walaupun tak selalu gandingkan teh tarik dengan roti canai ni.. bila sesekali di'khawinkan'... memang menarik ... patut laa orang2 selalu mintak teh tarik dengan roti canai... itu sahaja laa gandingan yang biasa aku dengar dekat restoran2 mamak...


dan kebiasaannya aku perhatikan jugak.. kalau orang2 yang duduk melepak kat kedai mesti pekena teh tarik.. apa sangat teh tarik ni sehingga menjadi satu minuman tradisi pulak bila duduk lepak2 kat restoran.. hehehe.. pelik ni


pernah jugak aku melepak seorang2 sambil minum kopi tarik.. milo.. teh o.. horlicks.. jus.. apa lagi ekk.. macam2 la.. tapi tak sama la dengan minum teh tarik.. ada sentimental value.. heheh.. bukan aku cakap la.. kawan2 aku cakap.. tapi memang betol.. terasa sedikit ( tak banyak la bagi aku) perbezaannya..

bagi aku.. tiap apa yang aku minum... semuanya sama.. aku tak ambil kisah sangat.. yang penting menepati selera aku masa itu.. yang paling penting inilah salah satu masa aku duduk menyindiri sambil melayan perasaan.. bukan layan jiwang.. tapi saja memikir .. pikir macam2 laa..

kawan rapat aku pernah cakap pada aku.. ' ..kan best kalau kita dapat selami hati kawan yang rapat dengan kita..' ... aku tahu.. dia cuba nak tolong aku jika aku mempunyai masalah... dia suruh aku berkongsi masalah dengan dia.. hehehe.. tapi maaflah.. sudah menjadi kebiasaan aku memendam masalah aku sendirian...


'.. dengan bahasa.. kalimah yang sama.. puji dan memuju.. dilindung dan dibuka.. rahsia kan tetap rahsia.. indah bukan rupa.. harum bukan bunga.. manis bukan gula.. panas bukannya bara.. ianya tetap ia..'


Wallahhuallam

Tuesday, December 4, 2007

Seribu Bintang

Penyair arab pernah bermadah
'... Cinta ibarat pendatang.. ia akan datang pada jiwa yang kesepian.. lalu bila ia datang.. ia akan terus bersarang...'

aku rasa mmg btol laa apa yang penyair tu kata.. mmg payah bila kita hendak membuangkan perasaan cinta kita pada seseorang setelah kita menyintai dia sepenuh hati...

adeii..
'..come on ... wake up kafnun... lawan balekkk perasaan tu..'

itulah salah satu email dari seseorang yg komen blog aku...

terima kasih bebanyak kepada kawan2 yang setia memberi komen kat blog aku.. ader yg komen terus kat blog.. ada juga yang hantar komen melaui emaill.. terima kasih skali lagi..

kadang2 aku rasa sudah tidak mampu menanggung perasaan ini lagi.. macam yang aku nyatakan pada blog2 yang lepas.. terlampau letih... seumur hidup aku tak pernah aku rasa seletih begini...

tapi aku rasa mungkin selepas ini aku akan ambil satu tindakan drastik... mungkin ini pilihan aku yang terakhir.. daripada aku menanggung masalah sebegini.. lebih baik aku mengorbankan sedikit apa yang aku inginkan..

mungkin aku korbankan cita2 aku.. selepas perasaan aku semakin pulih.. aku akan kumpulkan semula semangat2 aku untuk aku tumpukan kepada cita2 aku yang lain.. semata mata untuk mengembalikkan kehidupan aku seperti sediakala...

Kawan baik aku pernah berkata.. untuk membuat keputusan di dalam menentukan arah kehidupan memang sukar.. memang benar apa yang dia cakap...

kalau tidak berlandaskan apa yang sepatutnya disandarkan.. memang boleh terpesong setiap keputusan yang kita ambil...

Jadi aku mengingatkan diriku sendiri.. setiap keputusan akan ada kesannya.. sama ada kesan terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain...

tetapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada orang lain walaupun kesan itu tercalit sedikit.. biarlah kesannya itu aku menanggung seorang.. asalkan tidak menjejaskan orang lain...


'.. ingin ku pergi jauh darimu.. agar ku kenang erti rindu ini.. ingin aku menyelami jiwamu.. agar ku kenal diri mu kasih.. ingin aku membenci dirimu.. tetapi kebencian tiada padaku.. walaupun apa kau sangkakan.. aku tetap cinta padamu..' seribu bintang



wallahhuallam...

Tuesday, November 27, 2007

Redha atau Sabar

ehemmm.. lama jugak aku tak update blog ni.. mungkin aku sudah boleh tidur malam yang menyebabkan aku dah lama tak update.. dan kalau diperhatikan boleh dikatakan kesemua tajuk blog aku ditulis sebelah malam... heheh.. macam kluangman pulak rasa nyer..

huhuh.. mungkin semua tertanya tanya.. dah ok ke aku ni sampai dah boleh tidur malam... adeii.. kalau nak tahu sejak aku amalkan petua orang yang tak betul bagi pada aku... dan sejak itu aku boleh melelapkan mata yang selama ini amat payah untuk dilelapkan.. pelikkan.. petua orang tak betul pun aku ikut.. hahaha

mengikut dia.. manusia ni kalau badan terlampau letih pada tahap yang maksima.. secara automatik dia akan tidur.. hahah... dan tak logik kalau dia tersangat letih dan dia tak boleh tidur.. mustahil dia cakap..

jadi apa lagi.. aku amalkan laa petua dia ni.. pagi2 aku jogging.. pastu kerja x kira penat.. lepas habis waktu pejabat aku pergi gym pulak.. aku angkat besi lebih 3x ganda kemampuan aku... huhuh.. lepas pegi gym aku x terus balek rumah.. aku duduk kat opis sambung buat kerja.. sampai laa mata aku ngantuk baru aku balek rumah... huihuhu... kerja gilakannn... adeii.. aku rasa semakin hari aku semakin sewel dan mereng..

huhuh.. tapi lihat hasilnya.. aku berjaya tidur awal jugak akhirnya.. hehehe.. adeii.. seumur hidup aku x pernah aku merasa penat sebegini lagi.. inilah kali pertama...

dan malam ni.. ngape aku x ngantuk lagi... heheh.. petang tadi aku tak sempat ke gym.. aku out station.. jadi aku balik pejabat dekat pukul 6 ptg..memang x sempat pergi.. jadi hari ni terbantutlah usaha aku untuk amalkan petua tu.. heheh.. tu yang mata masih terjegil lagi ni...

bila ku fikir kembali.. kadang2 aku merasa terlampau letih sangat jika kita merasa susah hati.. letih sangat.. dan lagi2 bila kita hendak melawan balik perasaan itu.. adeiii

tapi kadang2 aku berasa ujian2 ini membuatkan aku lebih sabar.. yaa.. lebih sabar.. bukannya redha.. dan semestinya kita tahu apa perbezaan redha dan sabar...

setiap ujian sedikit pun kita tidak terasa.. malah kita berasa gembira atas ujiannya.. itulah betapa mulianya sifat redha..

dan jika setiap ujian itu kita terasa.. tapi kesannya tidak nampak dimata.. hanya berasa pedih didalam dada.. itulah tanda2 sabar..


wallahhuallam..

Wednesday, November 14, 2007

Pukul Lapan


ermm.. tadi pkol 8 tadi lepak2 kat kedai makan.. lepas balek dari gym singgah solat jap.. lepas tu terus ke deretan gerai2 yang ada kat sini.. hari ini aku puasa...
berbuka tadi pun sempat teguk air kosong je.. jadi laa.. ni perut tgh lapar ni.. heheh
mcm biasa menu aku.. berlegar legar antara mee goreng basah ataupun char kotiaw.. huhuhu
itu je yang menarik selera aku.. tgh menunggu hidangan aku sampai.. mata aku melilau melihat meja2 di sekeliling..
aku je yang sorang2 lepak kat sini.. huhuh.. yang lain kebanyakkannya bertiga.. berempat laa..
adeii..
tak bole jadi ni.. busan la pulak.. mula la jari aku memicit keypad handphone aku.. ngajak member join aku sekali.. huhhuh.. xpe laa.. selamat la ada kawan yang sekepala.. yang jenis x kisah kalau aku ajak.. hahahah
huhuh.. kdg2 aku rasa bersalah pulak.. ajak kawan2 teman aku.. lepak2.. mana la tahu kan kalau mereka ada komitmen lain.. jadi macam terpaksa pulak keluar dengan aku.. adeii..
tu pasal kadang2 aku ambil berat sangat tentang kawan2 aku.. tapi kadang2 ada kawan2 aku yang salah sangka dengan sikap ambil berat aku ni.. yelaa.. ada yang mengatakan aku ada udang disebalik batu..
hahah.. yang aku tahu.. mee goreng yang selalu aku makan tu ada laa udang disebaliknya.. tak tahu pulak aku disebalik aku ada udang pulak... ( elehh.. buat lawak kunun)
tapi tak apa la.. janji aku x pernah sakitkan perasaan orang lain.. mulut orang pun kita tak boleh hendak tutup.. kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak.. walaupun kita menginginkannya..
wallahhuallam..

Saturday, November 10, 2007

Datang dan pergi

Sedar tak sedar.. hampir pukul 4.30 pagi dah.. uishh.. memang mata aku dah tak boleh tido langsung hari ini.. dah tu sejuk plak pagi ni.. kat luar tu hujan rintik2.. lagi la bertambah sejuk..

Aku mencapai buku diari aku.. aku melangkah keluar perlahan lahan keluar rumah.. terus duduk diatas buaian yang berada di laman rumah.. suasana yang sejuk menambahkan lagi kedamaian dan ketenangan pada pagi itu..

Teringat pulak aku pada lagu Allahyarham Sudirman bertajuk Hujan..
'..hujan yang turun..bersama air mata..bersama pedih.. bersama rindu.. kau datang dan kau pergi jua.. rindu lagi..'

Aku memerhatikan titisan manik2 hujan yang turun.. suasana sebegini telah membangkitkan ingatan aku kepada masa2 silam..

Bagaimana masa masa silam yang berlalu pergi yang telah mendewasakan aku.. rasanya terlampau banyak perkara2 pada masa lepas yang aku tinggalkan.. tanpa aku memikulnya untuk dibawa ke masa hadapan.. mengapa aku tidak terfikir pada masa itu untuk melakukan perkara tersebut.. sehingga aku menangisi hari lalu pada hari ini..

Tidak tefikir aku pada masa itu untuk menolak takdirku dengan takdir.. tak terdaya aku mengheret masa silam untuk di pintal semula.. agar menjadi buih2 kehidupan aku pada masa kini..

Rindu aku pada masa2 silam yang lalu..
Rindu aku pada sesuatu yang aku tinggalkan..
Rindu aku pada sesuatu yang tidak dapat aku lupakan..
Rindu aku pada seseorang yang sedari dulu tidak aku ketemukan..

Biarkanlah masa lalu berlalu..
Yang penting sekarang ini.. aku tidak mahu melepaskan setiap peluang yang ada didepan mata aku berlalu begitu sahaja.. supaya aku tidak akan menangisi masa kini aku pada masa hadapan..

Aku kumpul segala kekuatan.. Ku harungi segala kedukaan keseorangan.. yang menambahkan lagi kesanggupan menempuhi dugaan..


Wallahhuallam..

Sumber Kekuatan

Dah pkol 4 pagi nih.. mata tak mau nak 'katup' kata org perak.. huhuhu.. tu la jadinya bila banyak sangat berfikir.. tapi nak buat macam mana.. dah dijadikan aku ini seorang yang suka memikir.. tapi bukan ahli fikir yang nyanyi2 tu.. hehehe



Tangan aku gatal je capai majalah remaja yang adik aku selalu beli tu.. apa laa yang minat sangat dia beli.. takde apa2 pun yang menarik.. arhkk.. layan je laa.. dah la tgh blur ni..

Adeiii.. busan.. busan.. xde topik lain ke.. tips bercinta laa.. zodiak laa.. cara bermake up laa.. fesyen laa.. iyarhhkkk.. ni yang buatkan aku bertambah blur ni...



Tips bercinta ekk.. ermm.. macam menarik gak.. tapi aku selalu sangat baca artikel2 yang macam ni.. naik mual pun ader.. isinya tetap sama.. cuma ayat dan cara olahan nya sahaja yang berbeza.. kadang2 ianya lari daripada fitrah sebenar cinta itu..



Disini aku nak kongsi sikit, pada persepsi aku tentang erti cinta yang sebenar..


Kebiasaannya manusia memilik dua cinta.. dan hendaklah dia memilih satu antara dua cinta tersebut.. kerana tidak mungkin dua cinta bersatu didalam satu hati dan ia juga tidak akan hilang secara keseluruhannya..


Cinta pula mempunyai beberapa tahap tingkatan.. pada tahap pertama adalah perhubungan antara yang mencintai dengan yang dicintainya..


Tahap kedua pula adalah tercurah hatinya kepda yang dicintainya..


Tahap selanjutnya adalah dimana keterpautan atau kelekatan hati kepada yang dicintai secara berkesinambungan sehingga tidak terlepas lagi..


Tahap ke empat adalah dimana ia pergi menuju kepada yang dicintainyadengan kecintaan yang berlebihan..


Tahap seterusnya adalah dimana dia memperoleh kedamaian hati kepada yang dicintai dan cinta itu tertulis didalam hati dalam bentuk kerinduan..


Tahap terakhir adalah dimana ia adalah kesempurnaan cinta, dimanatidak ada lagi ruang dan tempat di hati yang mencintai selain yang dicintainya


Cinta adalah sumber setiap perbuatan.. setiap perbuatan di dalam kemulian ataupun kehinaan sumbernya adalah cinta.. setiap jenis cinta juga mempunyai pengaruh dan kesan.. baik cinta yang terpuji ataupun yang tercela.. sama ada cinta yang bermanfaat ataupun yang merbahaya..Masing2 memberikan pengaruh dan mengarahkan perasaan kejiwaan, rindu, kedekatan, gembira, sedih, menangis, dan lainnya...


Cinta yang terpuji adalah cinta yang mendatangkan manfaat pada orang yang mencintai dengan yang dicintai, didunia dan juga akhirat.. dan cinta sebigini merupakan awalan kebahagian seseorang...Cinta sebeginijuga bermanfaat baginya.. sekiranya dia menangis, tangisnya itu bermanfaat baginya.. begitu juga bila dia besedih, gembira, semuanya bermanfaat baginya.. dia akan selalu mendapat nilai tambah dankeuntungan bukan sahaja didunia tapi di akhirat.. hasil daripada cinta yang terpuji..


Sebaliknya cinta yang hina adalah cinta yang mendatangkan cela dan kebinasaan..cinta ini bisa membawa orang yang mencintai itu ke lembah kebinasaan.. orang yang hati dan akalnya hidup tidak akan memilih cinta sebigini yang membawa kesengsaraan...

Pilihan berada di tangan kita.. Jangan biarkan cinta itu membutakan mata.. tidak salah berkorban kerana cinta.. tetapi hendaklah beralaskan akal dan agama..


Cinta itu indah.. bagi aku.. menyintai itu bahagia.. dan dicintai pelengkap segala.. dan aku jadikan cinta itu satu sumber kekuatan..bagi setiap usaha dan perbuatan..


Penyair pernah berkata;

Andai kata cinta berkata bahawa ia tiada, hatiku tidak percayakerana ianya terasa dan di hati rahsia ia berada... Andai kata cinta berkata bahawa ia ada, mataku tidak percaya kerana aku bingung antara percaya dengan tidak percaya...


Wallahhuallam

Andai Pohon Berbicara


Ada orang yang mengatakan masalah itu adalah kehidupan..
Ada juga yang mengatakan kehidupan itu adalah permasaalahan..

Macam biasa..
Bagi aku masalah dalam hidup satu hanya satu bentuk ujian.. tak akan kita hanya hidup di dunia ini tanpa sedikit pun ujian yang salah satunya merupakan masalah..
Cuma cara kita sahaja yang berbeza beza untuk menangani masalah itu..
Dan ingat.. setiap apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan merupakan qada dan qadarNya..

'.. ada kalanya Allah menurunkan qada dan qadar atas seseorang itu merupakan bala, sama ada kematian orang yang dikasihi, kefakiran ataupun penyakit.. sesungguhnya malikat Jibrail itu ditugaskan untuk menunaikan hajat manusia.. apabila seorang kafir itu memohon kepada Allah, Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail agar segera menunaikan hajatnya kerana Allah tidak mahu serta benci mendengar rintihannya.. Dan apabila seorang mukmin beriman memohon kepada Allah, merintih penyakit yang dideritainya, masalah yang dihadapinya dan sebagainya, Allah swt memerintahkan Jibrail agar menahan supaya tidak diberikan apa yang dipohonnya, jangan dilaksana apa yang dirintihnya, kerana Allah amat rindu untuk mendengar doa atau rintihannya yang begitu ikhlas dan sepenuh hati.. kalau rintihan itu diberi, hamba berkenaan akan lupakan dirinya, lupakan Allah.. Namun apabila tiba waktunya, Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan penuh takwa lalu akhirnya ia masuk kedalam syurga Allah...' Ustaz Amran Kasimin, artikel dalam Utusan Malaysia

Cara kita mesti berbeza2, bagaimana kita hendak mengurangkan tekanan setiap permasalahan itu selain berdoa..

Aku pula lebih suka menyendiri.. dan waktu ini lah yang biasanya aku suka meyindiri.. sepertiga malam.. dengan keadaan sekeliling senyap sunyi.. lebih mudah aku bermuhasabah diri aku.. lebih tenang.. lebih damai..

Selain itu aku lebih suka menyendiri di tempat2 yang ader 'touching value'.. dan salah satu tempatnya seperti gambar kat tas tuh.. huhuhu.. memang tenang sangat kat atas bukit tu.. aku selalu naik kat atas bukit tu selepas subuh.. dan masa nak naik tu makan masa sejam jugak la.. melalui jalan berturap.. sambil menikmati pemandangan matahari naik.. uwahh.. syahdu giler.. angin sepoi2 bahasa.. kalau laa aku bawak buku nota naik atas tuh.. aku tak tahu la.. mungkin aku dah jadi penulis kot sekarang ni.. idea datang dan pergi.. sampai boleh lupa segala masalah bila aku berada dekat atas bukit tu..

'..Dan jika segala pohon yang berada di atas bukit itu bisa memahami isi hati aku ini.. mungkin ianya boleh berbicara, menceritakan kepada semua tentang apa yang aku alami sekarang ini.. tapi apakan daya.. ia hanyalah pohon yang hanya tegak berdiri ..yang hanya menjadi saksi dikala hatiku berbicara sendiri..'



Wallahhuallam...

Batu Karang

Masa :Sabtu 0005 jam..
Situasi : tgh blur tahap kesembilan
Posisi : meniarap sambil mengadap laptop
Kondisi : sambil layan lagu p ramlee.. kopi gano secawan

Iyarkhhh...
adeii.. x leh tido ni.. badan letih sangat.. punya la seksa.. tapi takpe.. masih boleh guling2 sambil baring2.. kira rehat la jugak tuh...

Sambil baca blog member2 yang lain.. aku terfikir pulak.. rajin sangat mereka ni update blog.. ada saje yang nak ditulisnya.. aku pun ni satu.. bila baca blog kekawan tak pulak tinggal komen.. jenuh laa mereka ni bising.. ngape dah baca tapi tak tinggalkan komen... huhuh

Bukan aku xnak tinggalkan komen.. abiss.. kalau dah takde apa yang hendak di komen.. baik tak payah tulis.. buang karan je merapu rapu ni.. kalau situasi dimana komen aku memberikan impak.. nahh.. disini baru aku tinggalkan komen.. kalau tak macam orang tua2 perak cakap ' .. grhenti kan jela kome ..'

Blog aku pulak..?
Ader member aku yang baca blog aku nih yang mengatakan blog aku ni lain sikit.. seperti tempat meluahkan perasaan.. jika orang baca mesti boleh fahamilah diri aku ni.. kira tahu la semua rahsia aku... adeiii.. takde makna nya.. jangan salah faham...

Dekat blog ni aku hanya menulis mungkin tak sampai 10% daripada apa yang ada pada diri aku ni.. dah memang sejak azali kot aku ni perahsia.. dengan keluarga sendiri pun aku berahsia... huhuh.. dan yang menjadi rahsia aku selama lamanya ada dalam sekitar 45% dan tak mungkin aku akan ceritakan.. baki 45% mana pulak perginya??haaa.. yang ni memang khas kuota untuk insan yang mampu menyelami hati aku ini.. aku tinggalkan bahagian ini yang selama ini aku sendiri tidak mampu menyelaminya.. kalau mengikut firasat aku memang takde kut.. kalau tiada.. biarlah ia tertanam menjadi batu karang tempat perasaan serta harapan berenang renang tanpa ada sebarang ganguan didasar hati...


'.. Sungai yang mengalir tetap berliku..Yang berubah cuma pasirnya sahaja..penghujungnya muara..dan setiaku kini hanya satu.. kasihku juga bukanlah beribu..biar bercerai badan.. jasad ataupun nyawa.. aku akan tetap setia..'


Wallahhuallam

Friday, November 2, 2007

Makan ganti Sukan





Ermm...
Sunyi dah suasana malam..
Bunyi lalulalang kenderaan yang melalui jalan dekat depan rumah aku ni sekali sekala kedengaran...
Orang2 dekat rumah sekeliling aku ni mungkin dah tidur.. enak sedang dibuai mimpi..


Aku pula..
Masih lagi terkebil kebil.. mata ni tak ngantuk lagi..
biasanya pada waktu sebegini.. mata ku dah mula gatal.. layu.. tanda hendak tido laa tu..
Tapi buat masa ni.. takde tanda2 nak tidur... huhuhuh

Aku ingat masa dulu..
Kalau aku dalam keadaan stress.. tengah memikirkan banyak masalah..
Aku suka menyindiri..
Lepak2 kat rumah.. sambil layan lagu2 yang ku minati..
Lepas tu makan.. makan.. dan makan..
Lagi banyak masalah..
Lagi kuat la aku makan...
Pening sikit.. makan.. pening je.. makan.. heheheh....

Itu dulu..
Tapi sejak tahun lepas.. aku mula menukar cara aku melepaskan tekanan..
Tidak guna aku memudaratkan diri aku sendiri.. hanya untuk mengurangkan tekanan..
Itupun atas hasil nasihat seseorang.. dan atas usaha memotivasikan diri sendiri..


Dan sehingga hari ini. aku melepaskan tekanan aku dengan bersukan..
Tidak dapat aku menyangkal dengan hobi baru aku ini.. dapat mengurangkan banyak tekanan yang aku alami( macam la banyk masalah pun)... hehehe
Tanya je laa.. apa benda yang aku tdk main..
Futsal.. Badminton.. Tenis.. Berjogging lagi laa.. tiap2 hari.. Mendaki bukit.. Main besi (gym)..Pingpong.. Bowling.. Ahhh.. kalau aku nak tulis x muat pulak karang..


Puasa..
Member2 semua cakap aku diet..
Apa kes diet.. buang karan je.. ingat aku jenis yang suka menyiksa diri ke untuk berdiet.. takde makna nya.. baik aku lepak2 kat umah.. sambil makan2.. uwahhh.. nikmat btol... hahaha
Tapi puasa ini aku buat untuk membersihkan hati.. Dalam hadis ada menyatakan.. jika hati seseorang hamba itu kotor.. maka doanya susah diterima Allah.. jadi puasalah salah satu caranya..


Kalau nak diikut kira memang penat.. terlampau penat.. tapi aku terpaksa.. memaksa diri untuk buat semua benda ni.. bagi mengurangkan tekanan masalah aku..

Secara tak langsung bila penat.. aku lebih senang tidur.. yea la.. sejak dua menjak ni susah sgt nak tido... bila bersukan ni.. malam2 tak payah la jadi kluangman.. dok berjaga tak boleh tidur..

Tapi kekadang tu tak mahu jugak tido.. macam malam ni la.. dok terbeliak lagi.. heheh

Orang mungkin tertanya tanya.. banyak sangat ke masalah aku ni.. macam laa perdana menteri.. hahah..

Siapa yang mengenali aku tahu akan jawapan nya.. kalau masalah yang boleh dinampak itu, insya allah aku bisa menyelesaikannya.. buat masa ini laa.. yang akan datang tak tahu lagi.. tapi harap2 boleh la..

Tapi bila Allah beriku ujian berupa kegelisahan hati.. adeii.. sampai tak larat aku nak hadapai nya.. dan benda2 yang kat atas tu laa yang aku buat untuk kurangkan tekanan ini..

Berdoa..? memang tak putus putus.. tapi aku x pernah putus asa berdoa.. pasti satu hari nanti Allah akan makbulkan doa aku nanti.. cuma cepat atau lambatnya sahaja... setiap penyakit pasti ada ubatnya (walaupun penyakit hati) kecuali penyakit tua..

dan masalah yang aku hadapai ini Allah yang detikkan.. mungkin sebagai ujian.. dan hanya padaNya aku meminta supaya dihilangkan segera..

Wallahhuallam...

Hidup Selepas Kehidupan



Jumaat...


Pagi pagi lagi.. rutin biasa aku pada pagi jumaat sebelum pergi ke pejabat...
Pergi ziarah 'rumah' emak aku kat perkampungan akhirat...


Kerana mengikut sebuah kitab yang aku baca... semua roh yang ada dialam barzakh akan diberitahu oleh malaikat tentang kedatangan orang yang menziarahi mereka pada hari jumaat.. terutamanya anak2 mereka yang masih hidup.. malah mereka akan menjawab salam yang diberikan kepada meraka.. bahkan setiap kerja dan tindak tanduk anak2 mereka diatas dunia ini mereka mengatahuinya...



Biasanya selapas aku memberi 'hadiah' aku kepada arwah emak aku... aku akan duduk lama di situ.. aku selalu membayangkan tentang nasib roh2 yang ader di alam barzakh itu.. mungkin ader yang disiksa dengan siksaan kubur.. ader pula yang tidur seperti tidur seorang raja yang hanya menunggu hari perhitungan sahaja... adeii.. tak dapat aku bayangkan..


Yang cuma aku risaukan.. bagaimanakah nasib aku nanti.. macam mana la nanti bila mngadap malaikat yang menyoal soalan kubur.. tdk terbayang betapa ngerinya pada masa itu...
Bagaimana aku menghadapi kesukaran sempitnya kubur..



Kadang kadang manusia ini terlampau memikirkan soal kehidupan dunia sahaja tanpa memikirkan walaupun sedetik tentang kehidupan diakhirat kelak... sampaikan ada pendapat yang mengatakan mengingati mati itu satu perbuatan yang menyekat kemajuan.. manusia akan meninggalkan usaha2 untuk mengejar kemajuan dunia kerana asyik beribadat kerana terlalu mengingati mati.. sedangkan dalam islam sendiri menggalakkan manusia mengejar hidup didunia dan tidak mengabaikan bekalan di akhirat..



Pada aku sendiri... lagi aku mengingati mati.. lagi kuat aku bekerja... kerana aku inginkan setiap pekerjaan aku itu mendapat menafaat daripadanya..bukan hanya manafaat dunia tetapi mendapat keredhaan Allah sekali... dan untuk itu setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah diniatkan hanya kerana Allah.. barulah setiap pekerjaan itu dinilai sebagai ibadah.. dan bukannya sesuatu yang mudah untuk aku sendiri meniatkan sesuatu pekerjaan itu hanya kerana Allah.. kerana setiap pekerjaan yang diniat itu perlu dilakukan dengan tahap keikhlasan yang betul.. baru ia dikira sebagai ibadah...



Adeii.. lama gak aku duduk kat sini.. kat hampir sejam dah... ermm.. dah nak pukul 8.20 dah.. nanti lambat pulak masuk pejabat ...


Aku memberi salam sambil mengusap batu nisan yang terletak di atas pusara arwah emak aku..
'.. Assalamulaikum emak.. org balek dulu..' kemudian aku melangkah pergi..








Wallahhuallam...

Thursday, November 1, 2007

Sarapan


31.10.2007

Sebelum masuk pejabat tadi.. aku singgah minum pagi di gerai Jalan Dato Sagor ...

Jam lebih kurang 8.15 pagi... ramai jugak orang yang bersarapan disini.. mungkin lokasi yang strategik serta dikelilingi dengan pejabat2 kerajaan dan bank2 membuatkan tempat ini menjadi tumpuan...

Aku macam biasa.. Teh O Ais.. tapi makanan sahaja yang berlaian.. takde selera pulak aku nak makan nasik lemak pagi ni...

Tinjau punya tinjau.. tertarik pulak aku tengok roti bakar.. nyumm.. macam sedap jea.. hahah..

Maka tanpa berfikir panjang ( macam laa buat keputusan yang kritikal) aku memesan... Roti bakar...

Roti yang dibakar keemasan.. dan disapu dengan kaya dan mentega.. serta diletakkan telur separuh masak diatasnya.. uwahhh.. sarapan aku pagi ni lain macam sikit.. ala2 western pulak..

Sambil menikmati sarapan..mata aku asyik berputar-putar dikawasan tersebut.. Pelbagai gaya serta tingkah manusia yang aku lihat... arghh.. takde apa2 pun yang menarik..

Terfikir aku sejenak...

Pada aku kehidupan ini seperti makan jugak.. Jika makanan yang dimakan itu hanya untuk mengeyangkan dan bukan untuk mengambil khasiat yang menjadikan tenaga kepada kita... maka makan itu hanya tinggal untuk mengenyangkan sahaja.. dan jika kita makan pagi.. kita akan lapar semula pada tengahhari nya... begitulah seterusnya.. Jika kita mengambil makanan untuk memberikan kita tenaga serta menginginkan khasiat darinya.. maka setiap makanan itu mampu memberikan kita kesihatan dan tenaga untuk kita meneruskan kerja2 di masa akan datang..

Begitulah juga kehidupan ini.. Jika kita hanya mengharapkan setiap uasaha kita hanya untuk kehidupan di dunia ini.. maka hanyalah didunia sajalah kita akan bahagia.. sebab pengharapan kita sebegitu..

Lain pula orang yang inginkan kebahagian hidup didunia dan akhirat... Setiap usahanya untuk mengejar kebahagian dunia dan menambah bekalan akhirat.. Setiap kerja yang dilakukan di dunia ini dilakukan atas tiket ibadah.. supaya beroleh kejayaan di dunia dan bekalan di akhirat kelak..

Aikk.. habis dah roti aku ni.. tak sedar suap punya suap.. dah licin..

Selepas bayar sarapan aku tadi .. aku pun bergegas ke pejabat.. terlupa pulak aku ada temujanji dengan pelanggan pagi ni...

Walllahhualam...

Saturday, October 27, 2007

Dugaan Hati

sambungan...


Ermm..
Jam dah dekat pkol 2 pagi dah...
mata tak mahu lelap laa pulak....
aku lihat kembali mesej aku dengan seseoarang..
seseorang yang sanggup menaruh harapan pada aku..
dan aku pula tidak berani memberikan harapan padanya..

Salahkah aku...?
Tidak dapat menerima harapan seseorang... salahkah..?
Tidak dapat membalas kasih seseorang...salahkah..?
Tidak dapat memberikan cintaku.. walaupun aku sayanginya...salahkah..?
Terpaksa berterus terang supaya dia tidak kecewa kemudian...salahkah..?

Aku insan yang lemah..
Hanya terdapat satu ruang dihati ini untuk insan yang ku cintai..
Dan kuserah sepenuh hati.. sehingga pada diriku tiada lagi..
Dan ruang teresebut telah terisi.. Tanpa ku sedari..
Ku cuba untuk menolaknya kesudut hati...
Kerana kutahu hadirnya tidak dapat kumiliki..
Sekadar persingahan dihatiku yang tidak pernah dimiliki..
Tapi sehingga kini..
Ku cuba mencari pengganti..
Yang mampu menahan diriku..
Untuk mengingatinya kembali..
Dan ternyata...
Masih lagi tidak ku temui..
Sehingga kini...

Adeii..
Kali pertama dalam hidup aku..
Dugaan hati yang paling berat aku alami..
Aku tak tahu laa..
Mungkin kah hanya sekadar ujian tuhan terhadap aku...
Untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran aku..
Ataupun sebagai 'tebusan' kerana mungkin ada salah ataupun dosa yang pernah aku lakukan dahulu..

Entahlah..
Aku rasa terlampau sakit sekarang ini...
Dan mungkin orang yang menyedari masalah aku ini.. mengatakan aku lemah.. bodoh.. terlampau ikutkan perasaan...

Kalaulah mereka menghadapi ujian begini.. aku tak tahulah...
Biar mereka rasa bagaimana apa yang aku rasakan sekarang ini..
Aku pula cuba untuk menyintai seseorang.. hanya untuk melupakan 'bayang' yang telah berlubuk dihati ini..
Tapi tiada lagi yang mampu membuatkan kasih, sayang serta cinta aku pada 'bayang' ini terpaling...
Aku tidak mampu menarik kembali cinta yang telah kuberikan sepenuh hati... dan itulah kelemahan ku.. yang aku sedari..
Bilakah aku akan berjumpa dengan insan yang akan mengalihkan cintaku pada 'bayang' ini kepadanya..?
Siapakah insan tersebut yang mampu berbuat demikian, sedangkan bagi aku sendiri amat susah menyintai seseorang...
Dan sekiranya 'bayang' ini tiada.. aku tidaklah terdesak sebegini untuk mencari cinta..
Tapi sekarang aku terpaksa mencari.. mencari agar dapat aku melupai 'bayang' yang tak mungkin akan aku miliki...

Ya Allah...
Betapa beratnya dugaan hati yang Engkau berikan kepada ku ini..
Aku memohon kepadaMu..
Tenangkanlah jiwaku...
Tenteramkanlah perasaan ku ini...
Janganlah engkau jadikan aku seorang yang akan merosakkan kebahagian orang lain..
Aminn...

Pada prinsip aku..
Cinta tidak perlu dicari.. kerana ia datang dengan sendiri, kurnian dari Ilahi..
Sayang pula perlu diberi.. kerana dengan menyanyangi kita akan disayangi..
Kasih handaklah kita hargai.. kerana kasih abadi terselindung di balik yang tersembunyi..


Wallahhuallam..

Friday, October 26, 2007

SMS

Ermmmm...
Pepagi ni mula laa malas... masuk plak opis... adeii..
Ngadap laptop... lagi laa bosan...

Baca majalah newsweek laa...
Adeii..
X menarik laa pulak citer nyer...

Aku godek-godek handset aku pulak...
ermmm...
Main game..? xyah laa.. buang masa je..
haaaa..
tengok gambar.. hehehe
Gambar 'bayang' aku sorang nie...
Comei btol laa.. ngape laa dia nie boleh melekat kat hati aku ni...
Adeiii.. datang plakk rindu pada 'bayang' ni..

Lepas tu aku tgk pulak sms lama2...
haa..
dekat 800 sms.. aku tak delete...
macam laa sibuk sangat...
patut laa handset ni slow je..
hampess...

Ermmmm..
mata aku tertumpu pada satu sms...
yang datangnya dari seseorang...
panjang jugak laa dia ber'sms' ngan aku..
minggu lepas kalu x salah aku...
masa aku di KL...
.................................................................

SMS P : L skrang mcm mana.. ok ke?

SMS L : mcm mana ape ekk?

SMS P : ye laa. dulu ckp ade poblm.. skang ati dh tng ke..?

SMS L : bole laa.. buat masa ni.. hehe

SMS P : Alhmdulillah.. moga akan terus ok.. :)

SMS L : L nk tnyer xkit bole x.. P cbok ke...?

SMS P : X .. tnye laa..

SMS L : ermm.. apa prsaan P trhdp L.. mksd L.. P anggap L ni sbg apa..?

SMS P : jujur P ckp.. 1st knl L dulu P mmg dah suka ngn L.. kalu bleh dulu P mmg nk rpt ngn L tp L nk kita just kwn cm biasa.. dulu P penh ckp L adlh laki pertama yg hadir dlm idup P dan L adlah yg paling istimewa buat P... nape L tanyer..

SMS L : P ader letkkn harapan pada L tak..??

SMS P : selagi ader peluang

SMS L : maksud..?

SMS P : selagi L bukan milik sesiapa

SMS L : P x takut ke dkecewakan..?

SMS P : nk kata takut sgt tu x laa... mcm mana nk ader pngalamn klu kita trlalu tkut nk hadapai sesuatu..

SMS L : P sayang kat L tak..?

SMS P : ngape L tanyer ..?

SMS L : kalau p sayang pada pada L.. tlg jgn sandarkan harapan pada L.. buat masa ni L x dpt
nk balas harapan yg P letkkn pada L.. tolong jng buat L berasa brsalah dlm hal ni.. sbb L x mahu P terluka disebabkan L.. sbb L xkan dpt maafkan diri sendiri smpai bila2 jika L melukakan sesorang..

SMS P : P hormati kputsan L.. dn hrpn tu biarlah menjadi rahsia idup P.. L xperlu rasa brslah sbb mmg bukn slah L.. jgn risau ek, P ok je.. Kita kawan kann...

SMS L : L lagi sekali minx maaf ekk.. L mmg rasa brsalah sgt... mmg L x de kekasih skrang ni.. dan L rasa xkan ader teman hidup sampai bila2... tu sbb L suka brkawn.. kwn2 lah tmpt L melepas sunyi.. maaf sbb L xdpt nak balas harapan pada P.. apa pun P tetap kawan yg plg istimewa yg pernah L ada... di dunia dan insyaallah hingga akhirat...

SMS P : xde ape yg perlu di maafkan sbb L xbuat salah pape kt P.. Thanx sbb penah buat P rasa bahagia.. moga L pun akn sentiasa happy dn bahagia selalu...

SMS L : mmg L rasa bersalh sgt... tq sbb memahami L.. dan jika tuhan menjemput L malam ini pun.. L akan rasa tenang.. sbb L x penah sakitkan hati org.. dan jika P tahu.. sejak L kenal P.. L x penah putus2 berdoa pada setiap kali lps semayang supaya diberi kebahagian pada P.. harap P akan bertemu dengn insan yang lebih sempurna yg akan membahagiakan P nanti.. bukannya spt L yang serba kekurangan ni...

SMS P : nape L ckp sume ni.. L ader masalah ke..?

SMS L : jgn riso ekk.. L xde masalah.. kalu ada pun L bole handle sendri.. yg L risokan cuma masalah kawan2 L.. sbb L hanya ada kawan2.. yg menjadi teman L masa sunyi..

SMS P : sbg kawan P harap kta leh kongsi masalah brsama.. biar susah sng suka duka kita kongsi brsama barulh nmanya kawn sejati.. klu L prlukan tmn utk kngsi mslah. P ada...

SMS L : maaf skali lg.. L x biasa n x pernh kongsi maslah dgn org.. walaupun ngn kuarga.. xpe laa.. L bole selesaikan sendri ekk.. jgn riso

SMS P : ok.. P faham... semua maslah xleh kngsi ngn org.. thanx sbb trus trang ngn P

SMS L : lg skali L minx maaf ekk.. P ttp kwn istimewa L.. L harap P tidk mngelak nak berkawan ngn L..

SMS P : ok lah.. P maafkan.. xkan P nk wat mcm tu.. slagi diizinkanNya.. kta akn trus kwn sampai bila2..

SMS L : tima kacih bbyk.. ermm.. bila P balek dr kg..?

SMS P : esok ngn abng..

bersambung...

Friday, October 19, 2007

Rahsia Disebalik Kurniaan

Ermmm...
Dah nak hampir pukul 4 pagi dah....
Macam biasa, mata nie tak boleh hendak tidor dah...
lepas bangun dalam pukul 3 tadi...

Badan pulak rasa panas2 .. demam laa ni.. dah 3 hari macam ni dah...
Tak pe laa.. dah Allah nak bagi sakit..
sabar jea laa...

Hati pulak rindu kat 'bayang' aku sorang ni...
Adeii.. lagi sekali kene sabar...


Macam biasa gak.. lepas 'mengadu' masalah pada Allah tadi...
mata pulak tak boleh nak lelap...
Mula laa bukak laptop.. belek punya belek ..
bosan pulak.. huhuhu..
Pagi petang, siang malam.. asik dengan laptop jea...

Adeii...
Busan pulak...
Dan lagi sekali ... kene sabar..
Kata orang perak 'sabo je laa' ....


Pergi pulak aku menyelongkar almari buku aku.. saje tengok balik buku lama-lama...
Belek punya belek...
Mata aku tertumpu pada satu buku skrap...
Yang dah kekuning-kuningan..
Dan yang tak bertajuk...
Ermmm.. macam menarik..


Aku selak satu persatu..
ooooo.. buku ini rupanya...
Buku skrap yang setebal satu inci itu terkandung keratan majalah dan surat khabar...
Artikel artikel keagamaan...


Mata aku tertumpu pada satu keratan tu... yang bertajuk ' RAHSIA KURNIAAN ALLAH' ...
Artikel tulisan Ustaz Amran Kasimin..
Aku tulis serba sedikit isi-isi artikel tersebut di bawah ni buat renungan kita bersama..


Tidak ada makhluk termasuk manusia yang dijadikan Allah sempurna..
Hanya Allah yang sempurna, berkuasa serta mengetahui..
Allah tidak menjadikan seseorang itu cantik rupanya, merdu suaranya. pandai serba serbi, indah kata-katanya dan sempurna segala-galanya..
Allah swt juga tidak menjadikan seseorang itu serba kekurangan..
Itulah hakikat Illahi yang maha berkuasa..
Yang mengetahui rahsia di sebalik qada' dan qadar Nya...
Walaupun manusia mempunyai akal tetapi tidak mudah hendak memahami hakikat qada' dan qadar Nya...
Sesunggunya Allah swt ingin setiap hambanya redha terhadap sesuatu qada' dan qadar ke atas dirinya..
Mungkin sesuatu yang di anggap paling baik serta disukai oleh kita itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita... Juga sebaliknya..
Namun rahsia qada' dan qadar itu tidak mudah difahami oleh manusia..
Sesungguhnya segala ketentuan qada' dan qadar itu telah tertulis di loh mahfuz, dimana tiada manusia yang berupaya mengubahnya.. kecuali dengan kehendak Allah swt..
Apabila pemahaman ini wujud dalam pemikiran kita, segala tekanan, penyesalan serta segala bentuk kekecewaan itu akan hilang kerana Allah swt itu maha kuasa daripada segala-galanya...
Dalam hadis juga ada dijelaskan bahawa ketentuan Allah itu tidak boleh diubah kecuali dengan doa...
Allah swt menyuruh supaya setiap manusia berdoa kepadaNya.. Allah swt memberi janji yang Ia akan memperkenankan setiap doa..
Sama ada kemakbulan doa itu diberi cepat atau lambat... atau diberi di dunia atau di akhirat..
Kemakbulan doa itu juga bergantung kepada tahap keakraban seseorang itu kepada Allah swt..
Semakin akrab seseorang itu kepada Allah swt, semakin mudahlah doa hambanya itu diperkenankan...


Wallahualam...

Tuesday, October 16, 2007

Berkorban Apa Saja

Pengorbanan..??
Aku tertanya tanya, apakah pengorbanan terbesar yang aku pernah lakukan...Pada tafsiran aku, setiap pengorbanan mesti pada yang hak..

Maksud aku berkorban terhadap sesuatu yang kita cintai, yang kita sayangi, yang kita kasihi dan yang mengatasi segala yang ada..

Dan masih ada lagikah dewasa ini, pengorbanan yang dilakukan kepada sesuatu itu dengan seikhlas hati.. tanpa mengharapkan sebarang balasan..

Memang masih ada.. sebab fitrah asal manusia sanggup berkorban apa saja terhadap sesuatu.. Cuma tahap keikhlasannya sahaja yang menjadi ukuran..

Dan semestinya setiap pengerbonan.. ada ujian..
Dan tahap pengorbonan itu sesuai dengan kadar kesanggupan menghadapi ujian tersebut..
Masakan kita mengakui kita cinta, kasih dan sayang pada sesuatu itu, tetapi tidak di uji..

Dan semestinya setiap ujian yang Allah beri..
Yang mampu kita hadapi..

Aku pula...
Ingin ku tumpahkan pengorbanan ku ini pada sesuatu..
Yang paling ku cintai..
Yang paling ku sayangi..
Yang paling ku kasihi..
Dengan seikhlas adanya..
Walaupun harta dan nyawa..
Menjadi galangnya..




"... Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia.. Kepentingan sendiri tidak di ingini.. Bahagia kekasih sahaja yang diharapi.. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati.. Itulah tandanya jika mahu di uji.. Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia ..." PRamlee - Berkorban Apasaja


Wallahhualam

Sunday, October 7, 2007

Malam


"...Malam..Bila rinduku bertambah dalam...Kau datang lagi dengan kenangan...Oh! betapa dinginnya malam ini...Kasih...Bila malamku bertambah kelam...Seribu kisah melintas mata...Dan malam ini sungguh mencengkam...Dan malam...Adalah masa yang membawa kesan...Pada diriku yang kesepian...Kini ku tenggelam...Di bawah alunan ombak...Dan malam...Jika dikau dapat bicara...Katakanlah pada hamba...Mengapa dia pergi membawa hati ini...Oh! mengapa...Oh! Malam..." MNasir
- Malam




Adeii...
Touching betol laa lagu ni... tak tahu laa apsal... selalu bila sebelah malam ni, lagi2 waktu sunyi-sunyi.. bermacam benda yang aku fikirkan... ermmm... lagi lagi dengar lagu sentimental... huhhh.. tapi kene ingat aku ni bukan nye jiwang.. tapi berjiwa seni.. 'berjiwa halus' kata member aku...

Pada memalam begini laa byk sgt kenangan yang menerjah fikiran aku...dan bila fikiran aku melayang layang.. lagi laa memacam benda yang aku bayangkan... aku akan membayangkan masa depan aku.. sehingga banyak kemungkinan yang berlegar legar di kepala otak aku ni... macam belajar kebarangkalian laa pulak rasa nya...

Kalau laa aku begini mesti macam tu.. kalau aku macam tu mesti nanti macam mana plakk.. Adeii... entah sampai kemana aku pikirkan... terlampau jauh aku memandang... sampai kalau di ikutkan formula kebarangkalian tu dah penuh laaa..

Aku selalu sangat terkenang zaman aku sekolah dulu.... sungguh banyak yg aku kesalkan.. Adeii... takpe.. benda yang lepas... sesal dahulu pendapatan... kalau laa aku dapat putarkan masa... kalau laa...

Tapi aku tak pernah sesal takdir aku macam ni... lagi bersyukur ada laa.. bagi aku kepayahan itu adalah nikmat.. dan setiap nikmat kita mesti bersyukur.. oleh itu aku rasa lagi kuat untuk menempa kejayaan di masa akan datang... aku rasa lagi beruntung sebab aku pernah melalui lorong lorong sukar sebelum aku berjaya kelak... aku rasa bertuah sebab aku dapat merasa kesusahan sebelum datang kesenangan.. dan yang penting kesenangan yang tidak aku warisi dan ianya datang dengan dengan hasil usaha aku sendiri...

Apa yang kan jadi pada akan datang ekk??
Terutamanya pada diri aku..
Berjayakah aku..??
Senangkah hidup aku..??
Jadi "manusia" kah aku..??
atau Izrail sudah menjemput aku..??
ermm... macam mana la nanti ..
Itu yang membuatkan aku sekarang ni sedang bersusah payah.. mencari kehidupan di dunia dan menambah bekalan akhirat..


"...Malam..Bila rinduku bertambah dalam.."

Rindu??
Satu perasaan yang di anugerahkan Allah pada manusia... memang lengkap penciptaan Allah terhadapa manusia.. dicampakkan pelbagai perasaan dalam hati kita.. dan semesti salah satunya RINDU..

Aku pulak memalam macam ini mula laa datang perasaan rindu aku...

Yang pertama aku rindu sangat kat arwah mak aku.. ermm... tak payah cerita laa... aku sensitif sikit bila cerita pasal emak aku... huhu

Adeii..
Tetiba laa pulak datang rindu aku ni pada 'bayang' aku sorang ni.. Aku tak tahu laa macam mana nak membuang perasaan aku ni...
Tapi aku rasa semakin kuat rindu aku pada dia..semakin teguh lagi cinta aku padanya...
Lagi aku cuba membenci dia, lagi erat kasih aku padanya..
Lagi jauh aku cuba lari darinya.. lagi rapat dia mengejar aku...
Tapi buat masa ini , aku amat memerlukan 'bayang' ku ini..
Bilapun aku rindu padanya.. terasa kuatnya cinta aku..
Lagi aku rindu padanya, lagi teserlah kekuatan yang dalam diri aku ini...
Kekuatan yang aku perlukan untuk melalui jalan jalan yang makin berliku...
Setiap siang mengganti malam...



Wallahhualam...

Thursday, October 4, 2007

Melindung Kasih Yang Tersembunyi

Ada apa pada inspirasi?
Pada aku, sumber inspirasi amat penting...
Yang akan menjadi pembakar semangat ketika aku ingin memulakan pendakian...
Yang akan menjadi penyebab kejayaan dikala aku memerlukan kekuatan...
Yang akan menjadi pendorong diri semasa aku dirundung kegagalan...

Ada orang berinspirasikan ibubapanya.. ada yang berinspirasikan anak2 serta isteri.. ada yang berinspirasikan kekasih, tunang dan sebagainya...

Aku...
Aku pula hanya berinspirasikan diriku sendiri...
Setelah 'kehilangan' sumber inspirasiku yang satu...

Kini...
Aku jadikan segala pengalaman sebagai guruku...
Aku jadikan sedetik kesunyian sebagai temanku...
Aku jadikan secalit kesilapan sebagai petunjukku..

Ya.. sekarang ini kesemuanya adalah untuk diriku..
Setiap apa yang kulakukan hanyalah untuk kebahagian diriku sendiri...
Tapi ia bukannya mementingkan diriku sendiri..
Bukan.... tidak sama sekali...
Kerana padaku..
Masalah aku adalah masalah aku...
Masalah sesiapa yang disekeliling ku adalah masalah ku jua...
Terutamanya yang rapat dengan ku...


Entah bagaimana, dikala aku memerlukan kekuatan..
Hadirlah 'bayangan' yang membangkitkan semula semangatku...
Walaupun hadirnya dalam diri ini tidak diminta..
Walaupun hadirnya ku rasa hanya sementara...
Walaupun tidak dapat kumiliki selama-lamanya..


Kasihku padanya tidak terkata..
Sayangku padanya tidak terhingga..
Cintaku padanya tanpa sebab tercipta...
Walaupun payah ketemui kasih abadi..
Namun hadirnya sungguh ku hargai...
Meskipun tidak diketahuinya..
Kerana ku melindungkan kasih yang tersembunyi...


Hadirnya telah mematahkan segala sendi-sendi kekecewaan..
Hadirnya telah mengubati segala luka-luka kesepian..
Hadirnya telah membangkitkan semangat serta kekuatan...

Wahai 'sahabat' yang palingku sayangi...
'..Izinkan aku meminjam sinarmu, walaupun tanpa kamu mengetahui.. Sehingga aku menemui sinar yang dapat menggantikanmu...
Sekiranya jasad didakap hayatku...'



"...Bagaimanakan ku mula..Dan apakah kata-kata..Yang indah untuk diabadikan..Tiap wajah berkisah...Tiap madah bererti..Manakah ilhamku..Cahaya di matamu..Senyum di bibirmu.." MNasir - Suatu Masa



Wallahuallam...

Monday, October 1, 2007

Pemula Kata

Salam sejahtera daripada penulis...
Apakah makna sebuah blog bagi seorang yang tidak pandai menulis, tidak pandai mengarang apatah lagi yang tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperkatakan..

Itulah diriku...
Apa yang membuatkan aku menulis blog ini...?
Aku sendiri pun tak tahu...
Aku sering melawat blog-blog yang ditulis oleh kawan2 aku...
Memang menarik.. ada yang menulis tentang aktiviti harian... ada yang menulis tentang pengalaman.. ada yang menulis tentang isu2 semasa...
Tapi aku...

" ... setiap masalah perlu dikongsi bersama mereka yang anda percaya dan rapat... jangan biarkan masalah bersarang didalam hati terlampau lama kerana akan merosakkan diri... jika tidak dapat bercerita tentang masalah anda, cuba menulis segala isi hati anda didalam diari... secara tak langsung ia salah satu cara untuk meluahkan perasaan..." pakar motivasi

Ungkapan dari salah satu rencana yang aku baca dalam majalah... Apa nama majalah tu, aku dah lupa...
Itu yang membuatkan hati aku terdetik untuk menulis blog ini...
Macam mana aku nak menulis segala masalah aku sedangkan aku sendiri tidak menceritakan masalah aku pada orang.. Aku memang seorang perahsia... sejak azali kot... ermmm...

Tapi tak apa laa.. tulis aje la apa yang aku nak tulis...

Semoga blog ni menjadi satu tempat untuk aku menulis segala yang selama ini duduk terpendam... untuk menjadi tempat aku bermuhasabah tentang kelebihan serta kekurangan aku ... untuk menjadi tempat yang boleh mengingatkan aku tentang hala tuju dalam perjalanan kehidupan ini...


Bait bait dari Langgam Pak Dogo
".....Temu hulu hilir menyusur...Adat hidup temukan mati...Jangan kita terus sugul...Adat wira harus tahan uji...Ya kalau begitu aku berjanji...Hadapan teman ku yang berperkerti tinggi...Titian takdir seruncing manapun ku seberangi...Di mulut naga gemala sakti terkunci...Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti....Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh...Bersambunglah petir berdentum dentam...Hujan tak turun laut berlimpahan...Keronsang terlekat kerana peniti...Hujan pelangi pula sebabkan igauan...Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan Dikandung badan...Sesaat berangan terlepaslah habuan...Ikan tak dapat umpan pula hilang....."



Insyaallah...
Moga apa yang aku tulis nanti sedikit sebanyak dapat memperbaiki diri aku serta pembaca sekalian...
Yang baik jadikan tauladan.. Yang buruk jadikan sempadan...
Yang baik itu datang dari Allah... Yang buruk itu baik disisi Allah serta dari kejahilan diriku sendiri..

Wallahhualam...