Wednesday, December 26, 2007

Blur

BLUR...
aku tak tahu mana datang perkataan ni..yang aku tahu monitor blur ada la.. hahah. pada pemahaman aku laa .. blur yang mengambarkan keadaan seseorang tu.. adeii.. ntah laa tak tahu macam mana nak terangkan.. cuma pernah mengalami je la.. hahaha

dan hari ni merupakan hari blur aku.. selamat hari blur buat aku.. hahaha... entah laa.. tak tahu laa.. hari ni aku macam takde perasaan.. kosong.. dalam fikiran pun kosong.. kawan yang rapat dengan aku perasan laa kalau aku tengah blur.. tanya sepatah jawab 1/5 patah... hahaha..

dan yang paling aku benci sekali bila aku 'meraikan' hari blur ni.. semua kerja aku tak menjadi laa.. bayangkan laa.. bila jumpa dengan pelanggan pun.. bila dia tanya aku buat tak ambil endah.. ngangguk2 je.. adeii..

aku ni jenis yang mengutamakan kepuasan pelanggan yang aku layani.. aku amat mengutamakan PR aku.. tapi bila jadi seperti hari ni.. aku tak boleh nak kawal.. di luar kemampuan aku.. walaupun benda ini amat2 jarang berlaku pada aku.. tapi kehadirannya amat merunsingkan..

sukar bagi aku mengahadapi hari yang sebigini.. kepuasan bekerja aku tidak capai matlamat la kiranya.. sebab kepuasan kerja aku ada dua. . pertama kepuasan pelanggan.. kedua kualiti kerja.. dan bila kepuasan pelanggan itu tidak lagi 100% serta kualiti kerja aku yang aku jangkakan hari ini merosot..

dan buat masa ini salah satu ubat blur ni adalah tido.. jadi hari pun dah nak tengah malam... aku nak tido dulu .. walaupun mata tak mengantuk pun.. tapi paksa je la.. rela terpaksa... hehehe


Wallahhuallam..

Memintal Buih

'.. setiap orang menggenggam kebahagian seseorang insan lain pada tangannya.. dan semestinya kebahagian insan itu janganlah kita sia siakan kerana telah dipertanggungjawabkan kepada kita.. kebahagian siapakah yang kita genggami..?? tidak siapa tahu kecuali Allah.. Oleh itu cubalah bahagiakan insan disekeliling kamu.. mana tahu jika insan tersebut hanya terselindung di balik bayangmu sahaja..'



Itulah serba sedikit nasihat yang aku terima dari salah seorang kawan aku yang agak berumur juga laa.. kalau tak silap dalam 5 tahun lepas.. biasala sambil sembang2 kosong terselit juga laa pernyataan berbaur nasihat.. memang x nampak sangat seperti nasihat tetapi lebih kepada 'perkataan' yang keluar daripada pengalaman penghidupan dia sendiri agaknya..



dan jika aku perhatikan kembali memang ada kewajaran jugak laa nasihat yang diberikannya..



siapakah yang membahagiakan seorang Ibu jika tidak seorang Anak..

siapakah yang membahagiakan seorang Isteri jika tidak seorang Suami..

siapakah yang membahagiakan seorang Kawan jika tidak seoarang Sahabat..



tapi jika aku fikirkan kembali.. layakkah seseorang yang seperti aku ni.. yang hidup hanya biasa2 sahaja.. layak membahagiakan orang lain.. sedangkan ingin membahagiakan diri sendiri pun belum tentu lagi... adeii



dan kalau mengikut aku.. walaupun aku terlampau sayang kepada seseorang itu.. sedangkan pada masa sama aku berasa aku tidak mampu membahagiakan dia walaupun seadanya.. mungkin aku akan mengalah.. aku rela mengorbankan perasaan aku sendiri.. hanya untuk melihat insan yang paling aku sayangi hidup bahagia...



dan pada aku tidak semestinya kebahagian orang yang aku sayangi hanya berada ditanganku sendiri.. dan jika ditakdirkan ianya berada di tangan ku sekali.. aku aku memohon supaya kebahagian dirinya di'anugerahkan' kepada insan yang lebih layak..



mungkin ada yang menyatakan aku ini jenis yang tidak mempunyai kepercayaan diri.. lemah semangat.. tidak sanggup berkorban demi membahagiakan insan yang aku sayangi..



pedulikan apa yang orang nak kata.. pada aku kehidupan ini bukanya 'perjudian'.. kehidupan adalah ketentuan.. bagi aku hakikat penghidupan adalah terlalu kompleks..

dan bukannya manusia yang menentukan nilai seseorang itu.. kerana nilai keinsanan seorang manusia itu hanya dinilai oleh Nya..



dan yang paling penting.. kebahagian seseoarang itu bukannya terletak 100% ditangan manusia.. tapi ia adalah kurniaan Allah.. ingat manusia hanya merancang dan berusaha.. Takdir jua penentu segala..





Wallahhuallam





'... siapalah aku ini .. untuk memintal buih yang memutih.. untuk dijadikan permaidani .. sepertimana yang tertulis dalam novel cinta.. juga mustahil bagiku .. mencapai bintang dilangit.. untuk menjadikan hantaran.. syarat untuk memilikimu.. semua itu sungguh aku tak termampu...' exist

Tuesday, December 25, 2007

Didunia atau 'Disana'


Petang tadi.. setelah seharian berada di pejabat.. lebih kurang dalam pukul 5.30.. aku turun dari pejabat untuk ambil angin..asik duduk dalam hawa dingin je seharian.. hehehe



mata aku tertarik pada sesuatu aktiviti berhampiran pejabat aku.. hahah.. yaa.. ada perlawanan bolasepak nampaknya.. nampak seperti perlawan persabahabatan.. arhh. lantakla.. x kira laa apa apapun... janji bolasepak.. layan je laa..



bila aku tengok kelincahan orang yang bolasepak ni.. teringat la pulak aku pada zaman remaja dulu ( dah tua ke aku ni...hahaha).. xde la.. masa zaman sekolah dulu.. zaman selepas SPM.. padang bola lah tempat yang wajib dituju pada sebelah petang.. tak kira ribut, hujan bahkan halilintar( cewahh.. sedap tambah nampak) bola tetap bola.. ingat lagi laa. bising arwah mak aku dulu.. bila balik main bola je.. habis kotor baju.. huhuhu ( makk.. rindu sangat kat mak)



tapi bila sekarang ni.. dah rasa umur makin tua... hahah.. beralih pulak ke padang kecik... futsal laa pulak... heheh.. tapi ikut kira ni dah lama jugak x main futsal ni.. akhir sekali dulu sebelum bulan puasa lepas.. biasalah.. member2 aku ni malas nak bersukan.. manjakan sangat perut tu.. hahaha.. dah tu cukup la korum nak main.. adeii..



uishh.. dah jauh aku mengelamun ni.. bukannya tengok orang main bola sangat.. mengelamun je lebih.. biasalah.. dah cuaca best sangat petang ni.. mendung2 dengan angin yang sepoi2.. perghhh.. layan jiwang beb.. hahaha



sejenak aku terfikir.. aku ni terlampau banyak angan-angan ke..? tak jugak.. mungkin aku terlampau banyak berfikir kut.. sampai ada kawan aku yang kata kaum lelaki ni ngape suka sangat berfikir.. ntah aku tak tahu.. ye ke..hahaha



Angan2 ekk.. apa beza harapan dengan angan2.. dua benda yang lebih kurang sama maksud tapi lain pentakrifannya..



Pertama, dia mesti menyintai sesuatu itu.. Kedua, ia takut dan khuatir sekiranya dia tidak mendapatkan sesuatu itu.. dan Ketiga, dia akan menggerakkan segala usaha dan daya untuk mendapatkan sesuatu tersebut.. Jika setiap pengharapan tidak di ikuti dengan ketiga tiga langkah di atas maka ianya akan jatuh kedalam lembah angan angan.. Pengharapan adalah satu hal dan angan angan adalah satu hal yang lain.. semua orang berharap sesuatu akan takut terlepas daripada sifat itu..



dan aku mengingatkan diriku sendiri supaya jangan pula lupa.. setiap harapan itu bermula dengan angan2.. jadi jangan terlampau banyak angan2.. jadikan setiap angan2 itu satu harapan.. cuma hasilnya nampak cepat atau lambat.. didunia ataupun 'disana'... cuma yang ada.. usaha yang tidak pernah kenal putus asa..





Wallahhuallam...

Setahun Berlalu

Tahun baru bakal menjelang.. dalam 5 hari lagi dalam kalau mengikut anggaran aku.. hermm.. apa yang menarik sangat tentang tahun baru ni.. pada aku biasa sahaja.. yang meninggalkan kesan yang nyata pada aku.. cuma perkiraan umur aku sudah meningkat lagi setahun.. kira sudah semakin tua laa.. hehehe



dan seperti kebiasaannya.. orang2 akan sibuk dengan azam.. azam tahu baru la kiranya.. kalau mengikut ilmu motivasi setiap insan yang ingin berjaya perlu ada azam tahun baru.. adeii.. betul ke idak aku tak tahu.. mungkin benar kut..



pada kebiasaannya orang asik menanam azam tahun baru tanpa menoleh kepada penghidupannya yang telah ditinggalkan setahun lepas tanpa mengambil iktibar daripadanya... pelikkan.. ingin mengejar cita2 baru tanpa mengambil pedoman dari sejarah yang lepas..



pada aku sendiri.. azam itu tidak berapa penting.. yang penting sejarah aku yang lepas.. kerana daripada situ akan timbul keazaman yang baru untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lepas.. aku rasa pengazaman yang sebegitu lebih penuh dengan nilai kesemangatan yang tinggi untuk dicapai..



dan yang lebih memelikkan diri aku yang memang dah sedia pelik ini.. mengapa setiap tahun baru mesti ada azam baru... hehehe.. orang berlumba lumba ( betul ke istilah ini) menanam azam baru.. tak lupa juga ada yang bertanyakan azam orang lain...



pada pemahaman aku.. azam adalah satu niat.. dan semestinya niat itu adalah niat yang baik.. dan sesuatu niat yang baik tidak semestinya bermusim.. setiap niat yang baik biasanya sesudah datangnya keburukkan.. dan seharusnya kita meniatkan sesuatu yang baik itu setiap masa tanpa mengira waktu tertentu.. ingat.. hanya pada prespektif aku sahaja.. lain padang lain belalang..



itulah sebabnya aku sentiasa berazam tidak mengira masa.. jika aku fikirkan aku perlukan berbuat sesuatu.. aku akan tentukan azam aku.. mulakan langkah.. dan tetapkan pendirian.. insayallah.. harap aku akan berjaya mencapai azam tersebut..





Wallahhuallam...

Friday, December 21, 2007

Erti Sebuah Ketenangan

Pengorbanan..?? aku sendiri tertanya-tanya apakah maksud pengorbanan yang sebenar.. dan sempena Hari Raya Aidiladha yang tiba kini.. hari ini sudah hari tasyriq pertama.. aku masih tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri..



Aku biasa dengar.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..



pada tafsiran aku.. sesuatu pengorbanan itu perlu dilakukan untuk memperolehi sesuatu..sebagai contoh, kita perlu mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk mengejar segulung ijazah.. tidak ada apa di dunia ini yang akan kita perolehi tanpa melakukan perngorbanan walaupun sekecil kecilnya...



pernahkah kita dengar.. mengorbankan pengorbanan yang ingin dilakukan demi sebuah kedamaian.. terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi menemui sebuah ketenangan.. dan semestinya ketenangan itu berupakan kebahagian orang yang paling kita sayangi..



kadang kala masa tidak selalu berada di pihak kita.. selalu kita fikirkan bahawa kita sering terlambat untuk diketemukan dengan sesuatu dan terasa amat rugi kita tidak diketemukan seawalnya.. tapi aku mengingati diriku sendiri.. sesuatu yang kita rasa baik bari diri kita.. tidak semestinya yang yang terbaik buat diri kita.. semuanya berada di alam rahsia Allah.. dan sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk buat diri kita..



walaupun pengorbanan ini kesakitannya tidak nampak dimata.. namun hati yang sentiasa berdaya menahan terjahannya.. walaupun ianya amat menyakitkan..





'.. luka yang tak terasa.. mengalir darah yang tak berwarna.. bagai jeritan tanpa suara.. tangisan dalam ketawa.. sedu sedan menjadi syairnya.. terasa ingin ku sentuh bayanganmu.. walaupun hanya seketika cuma.. agar hilang rinduku sementara..' damasutra





Wallahhuallam

Tuesday, December 18, 2007

Rahsiakan tetap rahsia

Nilai kalori segelas teh tarik = 120 kj
Nilai kalori sekeping roti canai = 250 kj


Jumlah = 370 kj





heheh.. itulah jumlah kalori yang aku baru lepas ambil malam ni... huwaa.. rasa nikmat laa jugak.. walaupun tak selalu gandingkan teh tarik dengan roti canai ni.. bila sesekali di'khawinkan'... memang menarik ... patut laa orang2 selalu mintak teh tarik dengan roti canai... itu sahaja laa gandingan yang biasa aku dengar dekat restoran2 mamak...


dan kebiasaannya aku perhatikan jugak.. kalau orang2 yang duduk melepak kat kedai mesti pekena teh tarik.. apa sangat teh tarik ni sehingga menjadi satu minuman tradisi pulak bila duduk lepak2 kat restoran.. hehehe.. pelik ni


pernah jugak aku melepak seorang2 sambil minum kopi tarik.. milo.. teh o.. horlicks.. jus.. apa lagi ekk.. macam2 la.. tapi tak sama la dengan minum teh tarik.. ada sentimental value.. heheh.. bukan aku cakap la.. kawan2 aku cakap.. tapi memang betol.. terasa sedikit ( tak banyak la bagi aku) perbezaannya..

bagi aku.. tiap apa yang aku minum... semuanya sama.. aku tak ambil kisah sangat.. yang penting menepati selera aku masa itu.. yang paling penting inilah salah satu masa aku duduk menyindiri sambil melayan perasaan.. bukan layan jiwang.. tapi saja memikir .. pikir macam2 laa..

kawan rapat aku pernah cakap pada aku.. ' ..kan best kalau kita dapat selami hati kawan yang rapat dengan kita..' ... aku tahu.. dia cuba nak tolong aku jika aku mempunyai masalah... dia suruh aku berkongsi masalah dengan dia.. hehehe.. tapi maaflah.. sudah menjadi kebiasaan aku memendam masalah aku sendirian...


'.. dengan bahasa.. kalimah yang sama.. puji dan memuju.. dilindung dan dibuka.. rahsia kan tetap rahsia.. indah bukan rupa.. harum bukan bunga.. manis bukan gula.. panas bukannya bara.. ianya tetap ia..'


Wallahhuallam

Tuesday, December 4, 2007

Seribu Bintang

Penyair arab pernah bermadah
'... Cinta ibarat pendatang.. ia akan datang pada jiwa yang kesepian.. lalu bila ia datang.. ia akan terus bersarang...'

aku rasa mmg btol laa apa yang penyair tu kata.. mmg payah bila kita hendak membuangkan perasaan cinta kita pada seseorang setelah kita menyintai dia sepenuh hati...

adeii..
'..come on ... wake up kafnun... lawan balekkk perasaan tu..'

itulah salah satu email dari seseorang yg komen blog aku...

terima kasih bebanyak kepada kawan2 yang setia memberi komen kat blog aku.. ader yg komen terus kat blog.. ada juga yang hantar komen melaui emaill.. terima kasih skali lagi..

kadang2 aku rasa sudah tidak mampu menanggung perasaan ini lagi.. macam yang aku nyatakan pada blog2 yang lepas.. terlampau letih... seumur hidup aku tak pernah aku rasa seletih begini...

tapi aku rasa mungkin selepas ini aku akan ambil satu tindakan drastik... mungkin ini pilihan aku yang terakhir.. daripada aku menanggung masalah sebegini.. lebih baik aku mengorbankan sedikit apa yang aku inginkan..

mungkin aku korbankan cita2 aku.. selepas perasaan aku semakin pulih.. aku akan kumpulkan semula semangat2 aku untuk aku tumpukan kepada cita2 aku yang lain.. semata mata untuk mengembalikkan kehidupan aku seperti sediakala...

Kawan baik aku pernah berkata.. untuk membuat keputusan di dalam menentukan arah kehidupan memang sukar.. memang benar apa yang dia cakap...

kalau tidak berlandaskan apa yang sepatutnya disandarkan.. memang boleh terpesong setiap keputusan yang kita ambil...

Jadi aku mengingatkan diriku sendiri.. setiap keputusan akan ada kesannya.. sama ada kesan terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain...

tetapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada orang lain walaupun kesan itu tercalit sedikit.. biarlah kesannya itu aku menanggung seorang.. asalkan tidak menjejaskan orang lain...


'.. ingin ku pergi jauh darimu.. agar ku kenang erti rindu ini.. ingin aku menyelami jiwamu.. agar ku kenal diri mu kasih.. ingin aku membenci dirimu.. tetapi kebencian tiada padaku.. walaupun apa kau sangkakan.. aku tetap cinta padamu..' seribu bintang



wallahhuallam...