Tuesday, November 27, 2007

Redha atau Sabar

ehemmm.. lama jugak aku tak update blog ni.. mungkin aku sudah boleh tidur malam yang menyebabkan aku dah lama tak update.. dan kalau diperhatikan boleh dikatakan kesemua tajuk blog aku ditulis sebelah malam... heheh.. macam kluangman pulak rasa nyer..

huhuh.. mungkin semua tertanya tanya.. dah ok ke aku ni sampai dah boleh tidur malam... adeii.. kalau nak tahu sejak aku amalkan petua orang yang tak betul bagi pada aku... dan sejak itu aku boleh melelapkan mata yang selama ini amat payah untuk dilelapkan.. pelikkan.. petua orang tak betul pun aku ikut.. hahaha

mengikut dia.. manusia ni kalau badan terlampau letih pada tahap yang maksima.. secara automatik dia akan tidur.. hahah... dan tak logik kalau dia tersangat letih dan dia tak boleh tidur.. mustahil dia cakap..

jadi apa lagi.. aku amalkan laa petua dia ni.. pagi2 aku jogging.. pastu kerja x kira penat.. lepas habis waktu pejabat aku pergi gym pulak.. aku angkat besi lebih 3x ganda kemampuan aku... huhuh.. lepas pegi gym aku x terus balek rumah.. aku duduk kat opis sambung buat kerja.. sampai laa mata aku ngantuk baru aku balek rumah... huihuhu... kerja gilakannn... adeii.. aku rasa semakin hari aku semakin sewel dan mereng..

huhuh.. tapi lihat hasilnya.. aku berjaya tidur awal jugak akhirnya.. hehehe.. adeii.. seumur hidup aku x pernah aku merasa penat sebegini lagi.. inilah kali pertama...

dan malam ni.. ngape aku x ngantuk lagi... heheh.. petang tadi aku tak sempat ke gym.. aku out station.. jadi aku balik pejabat dekat pukul 6 ptg..memang x sempat pergi.. jadi hari ni terbantutlah usaha aku untuk amalkan petua tu.. heheh.. tu yang mata masih terjegil lagi ni...

bila ku fikir kembali.. kadang2 aku merasa terlampau letih sangat jika kita merasa susah hati.. letih sangat.. dan lagi2 bila kita hendak melawan balik perasaan itu.. adeiii

tapi kadang2 aku berasa ujian2 ini membuatkan aku lebih sabar.. yaa.. lebih sabar.. bukannya redha.. dan semestinya kita tahu apa perbezaan redha dan sabar...

setiap ujian sedikit pun kita tidak terasa.. malah kita berasa gembira atas ujiannya.. itulah betapa mulianya sifat redha..

dan jika setiap ujian itu kita terasa.. tapi kesannya tidak nampak dimata.. hanya berasa pedih didalam dada.. itulah tanda2 sabar..


wallahhuallam..

Wednesday, November 14, 2007

Pukul Lapan


ermm.. tadi pkol 8 tadi lepak2 kat kedai makan.. lepas balek dari gym singgah solat jap.. lepas tu terus ke deretan gerai2 yang ada kat sini.. hari ini aku puasa...
berbuka tadi pun sempat teguk air kosong je.. jadi laa.. ni perut tgh lapar ni.. heheh
mcm biasa menu aku.. berlegar legar antara mee goreng basah ataupun char kotiaw.. huhuhu
itu je yang menarik selera aku.. tgh menunggu hidangan aku sampai.. mata aku melilau melihat meja2 di sekeliling..
aku je yang sorang2 lepak kat sini.. huhuh.. yang lain kebanyakkannya bertiga.. berempat laa..
adeii..
tak bole jadi ni.. busan la pulak.. mula la jari aku memicit keypad handphone aku.. ngajak member join aku sekali.. huhhuh.. xpe laa.. selamat la ada kawan yang sekepala.. yang jenis x kisah kalau aku ajak.. hahahah
huhuh.. kdg2 aku rasa bersalah pulak.. ajak kawan2 teman aku.. lepak2.. mana la tahu kan kalau mereka ada komitmen lain.. jadi macam terpaksa pulak keluar dengan aku.. adeii..
tu pasal kadang2 aku ambil berat sangat tentang kawan2 aku.. tapi kadang2 ada kawan2 aku yang salah sangka dengan sikap ambil berat aku ni.. yelaa.. ada yang mengatakan aku ada udang disebalik batu..
hahah.. yang aku tahu.. mee goreng yang selalu aku makan tu ada laa udang disebaliknya.. tak tahu pulak aku disebalik aku ada udang pulak... ( elehh.. buat lawak kunun)
tapi tak apa la.. janji aku x pernah sakitkan perasaan orang lain.. mulut orang pun kita tak boleh hendak tutup.. kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak.. walaupun kita menginginkannya..
wallahhuallam..

Saturday, November 10, 2007

Datang dan pergi

Sedar tak sedar.. hampir pukul 4.30 pagi dah.. uishh.. memang mata aku dah tak boleh tido langsung hari ini.. dah tu sejuk plak pagi ni.. kat luar tu hujan rintik2.. lagi la bertambah sejuk..

Aku mencapai buku diari aku.. aku melangkah keluar perlahan lahan keluar rumah.. terus duduk diatas buaian yang berada di laman rumah.. suasana yang sejuk menambahkan lagi kedamaian dan ketenangan pada pagi itu..

Teringat pulak aku pada lagu Allahyarham Sudirman bertajuk Hujan..
'..hujan yang turun..bersama air mata..bersama pedih.. bersama rindu.. kau datang dan kau pergi jua.. rindu lagi..'

Aku memerhatikan titisan manik2 hujan yang turun.. suasana sebegini telah membangkitkan ingatan aku kepada masa2 silam..

Bagaimana masa masa silam yang berlalu pergi yang telah mendewasakan aku.. rasanya terlampau banyak perkara2 pada masa lepas yang aku tinggalkan.. tanpa aku memikulnya untuk dibawa ke masa hadapan.. mengapa aku tidak terfikir pada masa itu untuk melakukan perkara tersebut.. sehingga aku menangisi hari lalu pada hari ini..

Tidak tefikir aku pada masa itu untuk menolak takdirku dengan takdir.. tak terdaya aku mengheret masa silam untuk di pintal semula.. agar menjadi buih2 kehidupan aku pada masa kini..

Rindu aku pada masa2 silam yang lalu..
Rindu aku pada sesuatu yang aku tinggalkan..
Rindu aku pada sesuatu yang tidak dapat aku lupakan..
Rindu aku pada seseorang yang sedari dulu tidak aku ketemukan..

Biarkanlah masa lalu berlalu..
Yang penting sekarang ini.. aku tidak mahu melepaskan setiap peluang yang ada didepan mata aku berlalu begitu sahaja.. supaya aku tidak akan menangisi masa kini aku pada masa hadapan..

Aku kumpul segala kekuatan.. Ku harungi segala kedukaan keseorangan.. yang menambahkan lagi kesanggupan menempuhi dugaan..


Wallahhuallam..

Sumber Kekuatan

Dah pkol 4 pagi nih.. mata tak mau nak 'katup' kata org perak.. huhuhu.. tu la jadinya bila banyak sangat berfikir.. tapi nak buat macam mana.. dah dijadikan aku ini seorang yang suka memikir.. tapi bukan ahli fikir yang nyanyi2 tu.. hehehe



Tangan aku gatal je capai majalah remaja yang adik aku selalu beli tu.. apa laa yang minat sangat dia beli.. takde apa2 pun yang menarik.. arhkk.. layan je laa.. dah la tgh blur ni..

Adeiii.. busan.. busan.. xde topik lain ke.. tips bercinta laa.. zodiak laa.. cara bermake up laa.. fesyen laa.. iyarhhkkk.. ni yang buatkan aku bertambah blur ni...



Tips bercinta ekk.. ermm.. macam menarik gak.. tapi aku selalu sangat baca artikel2 yang macam ni.. naik mual pun ader.. isinya tetap sama.. cuma ayat dan cara olahan nya sahaja yang berbeza.. kadang2 ianya lari daripada fitrah sebenar cinta itu..



Disini aku nak kongsi sikit, pada persepsi aku tentang erti cinta yang sebenar..


Kebiasaannya manusia memilik dua cinta.. dan hendaklah dia memilih satu antara dua cinta tersebut.. kerana tidak mungkin dua cinta bersatu didalam satu hati dan ia juga tidak akan hilang secara keseluruhannya..


Cinta pula mempunyai beberapa tahap tingkatan.. pada tahap pertama adalah perhubungan antara yang mencintai dengan yang dicintainya..


Tahap kedua pula adalah tercurah hatinya kepda yang dicintainya..


Tahap selanjutnya adalah dimana keterpautan atau kelekatan hati kepada yang dicintai secara berkesinambungan sehingga tidak terlepas lagi..


Tahap ke empat adalah dimana ia pergi menuju kepada yang dicintainyadengan kecintaan yang berlebihan..


Tahap seterusnya adalah dimana dia memperoleh kedamaian hati kepada yang dicintai dan cinta itu tertulis didalam hati dalam bentuk kerinduan..


Tahap terakhir adalah dimana ia adalah kesempurnaan cinta, dimanatidak ada lagi ruang dan tempat di hati yang mencintai selain yang dicintainya


Cinta adalah sumber setiap perbuatan.. setiap perbuatan di dalam kemulian ataupun kehinaan sumbernya adalah cinta.. setiap jenis cinta juga mempunyai pengaruh dan kesan.. baik cinta yang terpuji ataupun yang tercela.. sama ada cinta yang bermanfaat ataupun yang merbahaya..Masing2 memberikan pengaruh dan mengarahkan perasaan kejiwaan, rindu, kedekatan, gembira, sedih, menangis, dan lainnya...


Cinta yang terpuji adalah cinta yang mendatangkan manfaat pada orang yang mencintai dengan yang dicintai, didunia dan juga akhirat.. dan cinta sebigini merupakan awalan kebahagian seseorang...Cinta sebeginijuga bermanfaat baginya.. sekiranya dia menangis, tangisnya itu bermanfaat baginya.. begitu juga bila dia besedih, gembira, semuanya bermanfaat baginya.. dia akan selalu mendapat nilai tambah dankeuntungan bukan sahaja didunia tapi di akhirat.. hasil daripada cinta yang terpuji..


Sebaliknya cinta yang hina adalah cinta yang mendatangkan cela dan kebinasaan..cinta ini bisa membawa orang yang mencintai itu ke lembah kebinasaan.. orang yang hati dan akalnya hidup tidak akan memilih cinta sebigini yang membawa kesengsaraan...

Pilihan berada di tangan kita.. Jangan biarkan cinta itu membutakan mata.. tidak salah berkorban kerana cinta.. tetapi hendaklah beralaskan akal dan agama..


Cinta itu indah.. bagi aku.. menyintai itu bahagia.. dan dicintai pelengkap segala.. dan aku jadikan cinta itu satu sumber kekuatan..bagi setiap usaha dan perbuatan..


Penyair pernah berkata;

Andai kata cinta berkata bahawa ia tiada, hatiku tidak percayakerana ianya terasa dan di hati rahsia ia berada... Andai kata cinta berkata bahawa ia ada, mataku tidak percaya kerana aku bingung antara percaya dengan tidak percaya...


Wallahhuallam

Andai Pohon Berbicara


Ada orang yang mengatakan masalah itu adalah kehidupan..
Ada juga yang mengatakan kehidupan itu adalah permasaalahan..

Macam biasa..
Bagi aku masalah dalam hidup satu hanya satu bentuk ujian.. tak akan kita hanya hidup di dunia ini tanpa sedikit pun ujian yang salah satunya merupakan masalah..
Cuma cara kita sahaja yang berbeza beza untuk menangani masalah itu..
Dan ingat.. setiap apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan merupakan qada dan qadarNya..

'.. ada kalanya Allah menurunkan qada dan qadar atas seseorang itu merupakan bala, sama ada kematian orang yang dikasihi, kefakiran ataupun penyakit.. sesungguhnya malikat Jibrail itu ditugaskan untuk menunaikan hajat manusia.. apabila seorang kafir itu memohon kepada Allah, Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail agar segera menunaikan hajatnya kerana Allah tidak mahu serta benci mendengar rintihannya.. Dan apabila seorang mukmin beriman memohon kepada Allah, merintih penyakit yang dideritainya, masalah yang dihadapinya dan sebagainya, Allah swt memerintahkan Jibrail agar menahan supaya tidak diberikan apa yang dipohonnya, jangan dilaksana apa yang dirintihnya, kerana Allah amat rindu untuk mendengar doa atau rintihannya yang begitu ikhlas dan sepenuh hati.. kalau rintihan itu diberi, hamba berkenaan akan lupakan dirinya, lupakan Allah.. Namun apabila tiba waktunya, Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan penuh takwa lalu akhirnya ia masuk kedalam syurga Allah...' Ustaz Amran Kasimin, artikel dalam Utusan Malaysia

Cara kita mesti berbeza2, bagaimana kita hendak mengurangkan tekanan setiap permasalahan itu selain berdoa..

Aku pula lebih suka menyendiri.. dan waktu ini lah yang biasanya aku suka meyindiri.. sepertiga malam.. dengan keadaan sekeliling senyap sunyi.. lebih mudah aku bermuhasabah diri aku.. lebih tenang.. lebih damai..

Selain itu aku lebih suka menyendiri di tempat2 yang ader 'touching value'.. dan salah satu tempatnya seperti gambar kat tas tuh.. huhuhu.. memang tenang sangat kat atas bukit tu.. aku selalu naik kat atas bukit tu selepas subuh.. dan masa nak naik tu makan masa sejam jugak la.. melalui jalan berturap.. sambil menikmati pemandangan matahari naik.. uwahh.. syahdu giler.. angin sepoi2 bahasa.. kalau laa aku bawak buku nota naik atas tuh.. aku tak tahu la.. mungkin aku dah jadi penulis kot sekarang ni.. idea datang dan pergi.. sampai boleh lupa segala masalah bila aku berada dekat atas bukit tu..

'..Dan jika segala pohon yang berada di atas bukit itu bisa memahami isi hati aku ini.. mungkin ianya boleh berbicara, menceritakan kepada semua tentang apa yang aku alami sekarang ini.. tapi apakan daya.. ia hanyalah pohon yang hanya tegak berdiri ..yang hanya menjadi saksi dikala hatiku berbicara sendiri..'



Wallahhuallam...

Batu Karang

Masa :Sabtu 0005 jam..
Situasi : tgh blur tahap kesembilan
Posisi : meniarap sambil mengadap laptop
Kondisi : sambil layan lagu p ramlee.. kopi gano secawan

Iyarkhhh...
adeii.. x leh tido ni.. badan letih sangat.. punya la seksa.. tapi takpe.. masih boleh guling2 sambil baring2.. kira rehat la jugak tuh...

Sambil baca blog member2 yang lain.. aku terfikir pulak.. rajin sangat mereka ni update blog.. ada saje yang nak ditulisnya.. aku pun ni satu.. bila baca blog kekawan tak pulak tinggal komen.. jenuh laa mereka ni bising.. ngape dah baca tapi tak tinggalkan komen... huhuh

Bukan aku xnak tinggalkan komen.. abiss.. kalau dah takde apa yang hendak di komen.. baik tak payah tulis.. buang karan je merapu rapu ni.. kalau situasi dimana komen aku memberikan impak.. nahh.. disini baru aku tinggalkan komen.. kalau tak macam orang tua2 perak cakap ' .. grhenti kan jela kome ..'

Blog aku pulak..?
Ader member aku yang baca blog aku nih yang mengatakan blog aku ni lain sikit.. seperti tempat meluahkan perasaan.. jika orang baca mesti boleh fahamilah diri aku ni.. kira tahu la semua rahsia aku... adeiii.. takde makna nya.. jangan salah faham...

Dekat blog ni aku hanya menulis mungkin tak sampai 10% daripada apa yang ada pada diri aku ni.. dah memang sejak azali kot aku ni perahsia.. dengan keluarga sendiri pun aku berahsia... huhuh.. dan yang menjadi rahsia aku selama lamanya ada dalam sekitar 45% dan tak mungkin aku akan ceritakan.. baki 45% mana pulak perginya??haaa.. yang ni memang khas kuota untuk insan yang mampu menyelami hati aku ini.. aku tinggalkan bahagian ini yang selama ini aku sendiri tidak mampu menyelaminya.. kalau mengikut firasat aku memang takde kut.. kalau tiada.. biarlah ia tertanam menjadi batu karang tempat perasaan serta harapan berenang renang tanpa ada sebarang ganguan didasar hati...


'.. Sungai yang mengalir tetap berliku..Yang berubah cuma pasirnya sahaja..penghujungnya muara..dan setiaku kini hanya satu.. kasihku juga bukanlah beribu..biar bercerai badan.. jasad ataupun nyawa.. aku akan tetap setia..'


Wallahhuallam

Friday, November 2, 2007

Makan ganti Sukan





Ermm...
Sunyi dah suasana malam..
Bunyi lalulalang kenderaan yang melalui jalan dekat depan rumah aku ni sekali sekala kedengaran...
Orang2 dekat rumah sekeliling aku ni mungkin dah tidur.. enak sedang dibuai mimpi..


Aku pula..
Masih lagi terkebil kebil.. mata ni tak ngantuk lagi..
biasanya pada waktu sebegini.. mata ku dah mula gatal.. layu.. tanda hendak tido laa tu..
Tapi buat masa ni.. takde tanda2 nak tidur... huhuhuh

Aku ingat masa dulu..
Kalau aku dalam keadaan stress.. tengah memikirkan banyak masalah..
Aku suka menyindiri..
Lepak2 kat rumah.. sambil layan lagu2 yang ku minati..
Lepas tu makan.. makan.. dan makan..
Lagi banyak masalah..
Lagi kuat la aku makan...
Pening sikit.. makan.. pening je.. makan.. heheheh....

Itu dulu..
Tapi sejak tahun lepas.. aku mula menukar cara aku melepaskan tekanan..
Tidak guna aku memudaratkan diri aku sendiri.. hanya untuk mengurangkan tekanan..
Itupun atas hasil nasihat seseorang.. dan atas usaha memotivasikan diri sendiri..


Dan sehingga hari ini. aku melepaskan tekanan aku dengan bersukan..
Tidak dapat aku menyangkal dengan hobi baru aku ini.. dapat mengurangkan banyak tekanan yang aku alami( macam la banyk masalah pun)... hehehe
Tanya je laa.. apa benda yang aku tdk main..
Futsal.. Badminton.. Tenis.. Berjogging lagi laa.. tiap2 hari.. Mendaki bukit.. Main besi (gym)..Pingpong.. Bowling.. Ahhh.. kalau aku nak tulis x muat pulak karang..


Puasa..
Member2 semua cakap aku diet..
Apa kes diet.. buang karan je.. ingat aku jenis yang suka menyiksa diri ke untuk berdiet.. takde makna nya.. baik aku lepak2 kat umah.. sambil makan2.. uwahhh.. nikmat btol... hahaha
Tapi puasa ini aku buat untuk membersihkan hati.. Dalam hadis ada menyatakan.. jika hati seseorang hamba itu kotor.. maka doanya susah diterima Allah.. jadi puasalah salah satu caranya..


Kalau nak diikut kira memang penat.. terlampau penat.. tapi aku terpaksa.. memaksa diri untuk buat semua benda ni.. bagi mengurangkan tekanan masalah aku..

Secara tak langsung bila penat.. aku lebih senang tidur.. yea la.. sejak dua menjak ni susah sgt nak tido... bila bersukan ni.. malam2 tak payah la jadi kluangman.. dok berjaga tak boleh tidur..

Tapi kekadang tu tak mahu jugak tido.. macam malam ni la.. dok terbeliak lagi.. heheh

Orang mungkin tertanya tanya.. banyak sangat ke masalah aku ni.. macam laa perdana menteri.. hahah..

Siapa yang mengenali aku tahu akan jawapan nya.. kalau masalah yang boleh dinampak itu, insya allah aku bisa menyelesaikannya.. buat masa ini laa.. yang akan datang tak tahu lagi.. tapi harap2 boleh la..

Tapi bila Allah beriku ujian berupa kegelisahan hati.. adeii.. sampai tak larat aku nak hadapai nya.. dan benda2 yang kat atas tu laa yang aku buat untuk kurangkan tekanan ini..

Berdoa..? memang tak putus putus.. tapi aku x pernah putus asa berdoa.. pasti satu hari nanti Allah akan makbulkan doa aku nanti.. cuma cepat atau lambatnya sahaja... setiap penyakit pasti ada ubatnya (walaupun penyakit hati) kecuali penyakit tua..

dan masalah yang aku hadapai ini Allah yang detikkan.. mungkin sebagai ujian.. dan hanya padaNya aku meminta supaya dihilangkan segera..

Wallahhuallam...

Hidup Selepas Kehidupan



Jumaat...


Pagi pagi lagi.. rutin biasa aku pada pagi jumaat sebelum pergi ke pejabat...
Pergi ziarah 'rumah' emak aku kat perkampungan akhirat...


Kerana mengikut sebuah kitab yang aku baca... semua roh yang ada dialam barzakh akan diberitahu oleh malaikat tentang kedatangan orang yang menziarahi mereka pada hari jumaat.. terutamanya anak2 mereka yang masih hidup.. malah mereka akan menjawab salam yang diberikan kepada meraka.. bahkan setiap kerja dan tindak tanduk anak2 mereka diatas dunia ini mereka mengatahuinya...



Biasanya selapas aku memberi 'hadiah' aku kepada arwah emak aku... aku akan duduk lama di situ.. aku selalu membayangkan tentang nasib roh2 yang ader di alam barzakh itu.. mungkin ader yang disiksa dengan siksaan kubur.. ader pula yang tidur seperti tidur seorang raja yang hanya menunggu hari perhitungan sahaja... adeii.. tak dapat aku bayangkan..


Yang cuma aku risaukan.. bagaimanakah nasib aku nanti.. macam mana la nanti bila mngadap malaikat yang menyoal soalan kubur.. tdk terbayang betapa ngerinya pada masa itu...
Bagaimana aku menghadapi kesukaran sempitnya kubur..



Kadang kadang manusia ini terlampau memikirkan soal kehidupan dunia sahaja tanpa memikirkan walaupun sedetik tentang kehidupan diakhirat kelak... sampaikan ada pendapat yang mengatakan mengingati mati itu satu perbuatan yang menyekat kemajuan.. manusia akan meninggalkan usaha2 untuk mengejar kemajuan dunia kerana asyik beribadat kerana terlalu mengingati mati.. sedangkan dalam islam sendiri menggalakkan manusia mengejar hidup didunia dan tidak mengabaikan bekalan di akhirat..



Pada aku sendiri... lagi aku mengingati mati.. lagi kuat aku bekerja... kerana aku inginkan setiap pekerjaan aku itu mendapat menafaat daripadanya..bukan hanya manafaat dunia tetapi mendapat keredhaan Allah sekali... dan untuk itu setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah diniatkan hanya kerana Allah.. barulah setiap pekerjaan itu dinilai sebagai ibadah.. dan bukannya sesuatu yang mudah untuk aku sendiri meniatkan sesuatu pekerjaan itu hanya kerana Allah.. kerana setiap pekerjaan yang diniat itu perlu dilakukan dengan tahap keikhlasan yang betul.. baru ia dikira sebagai ibadah...



Adeii.. lama gak aku duduk kat sini.. kat hampir sejam dah... ermm.. dah nak pukul 8.20 dah.. nanti lambat pulak masuk pejabat ...


Aku memberi salam sambil mengusap batu nisan yang terletak di atas pusara arwah emak aku..
'.. Assalamulaikum emak.. org balek dulu..' kemudian aku melangkah pergi..








Wallahhuallam...

Thursday, November 1, 2007

Sarapan


31.10.2007

Sebelum masuk pejabat tadi.. aku singgah minum pagi di gerai Jalan Dato Sagor ...

Jam lebih kurang 8.15 pagi... ramai jugak orang yang bersarapan disini.. mungkin lokasi yang strategik serta dikelilingi dengan pejabat2 kerajaan dan bank2 membuatkan tempat ini menjadi tumpuan...

Aku macam biasa.. Teh O Ais.. tapi makanan sahaja yang berlaian.. takde selera pulak aku nak makan nasik lemak pagi ni...

Tinjau punya tinjau.. tertarik pulak aku tengok roti bakar.. nyumm.. macam sedap jea.. hahah..

Maka tanpa berfikir panjang ( macam laa buat keputusan yang kritikal) aku memesan... Roti bakar...

Roti yang dibakar keemasan.. dan disapu dengan kaya dan mentega.. serta diletakkan telur separuh masak diatasnya.. uwahhh.. sarapan aku pagi ni lain macam sikit.. ala2 western pulak..

Sambil menikmati sarapan..mata aku asyik berputar-putar dikawasan tersebut.. Pelbagai gaya serta tingkah manusia yang aku lihat... arghh.. takde apa2 pun yang menarik..

Terfikir aku sejenak...

Pada aku kehidupan ini seperti makan jugak.. Jika makanan yang dimakan itu hanya untuk mengeyangkan dan bukan untuk mengambil khasiat yang menjadikan tenaga kepada kita... maka makan itu hanya tinggal untuk mengenyangkan sahaja.. dan jika kita makan pagi.. kita akan lapar semula pada tengahhari nya... begitulah seterusnya.. Jika kita mengambil makanan untuk memberikan kita tenaga serta menginginkan khasiat darinya.. maka setiap makanan itu mampu memberikan kita kesihatan dan tenaga untuk kita meneruskan kerja2 di masa akan datang..

Begitulah juga kehidupan ini.. Jika kita hanya mengharapkan setiap uasaha kita hanya untuk kehidupan di dunia ini.. maka hanyalah didunia sajalah kita akan bahagia.. sebab pengharapan kita sebegitu..

Lain pula orang yang inginkan kebahagian hidup didunia dan akhirat... Setiap usahanya untuk mengejar kebahagian dunia dan menambah bekalan akhirat.. Setiap kerja yang dilakukan di dunia ini dilakukan atas tiket ibadah.. supaya beroleh kejayaan di dunia dan bekalan di akhirat kelak..

Aikk.. habis dah roti aku ni.. tak sedar suap punya suap.. dah licin..

Selepas bayar sarapan aku tadi .. aku pun bergegas ke pejabat.. terlupa pulak aku ada temujanji dengan pelanggan pagi ni...

Walllahhualam...