Sunday, February 24, 2008

Belahan Hati

Setiap hati terselit perasaan.. Sedetik perasaan hasil dari perbuatan.. Perbuatan yang batil dari kelemahan.. Perlakuan mahmudah kurnia dari Tuhan..
Mustahil jika sekali sudah mengenali.. Tanpa mengenali bagaimana untuk mengasihi.. Kasih tidak lahir jika tiadanya sayang.. Sayang yang tidak dizahir, cinta tak mungkin berkembang..

Aku rasa aku sedang melalui detik2 yang paling getir dalam hidup aku sekarang ini.. kegelisahan hati yang didetikkan amat memenatkan.. aku sedang berusaha.. berusaha untuk menongkah gelombang yang semakin menghempas ke pinggir perasaan.. dan aku berharap semoga diri ku tidak terdampar di persisir kehidupan.. sedangkan aku baru sahaja bangun mengibarkan layar untuk membelah lautan pengharapan..

Bukan mengeluh tetapi tersimpuh.. Bukan mengalah tetapi berserah.. Bukan mengharap tetapi menetap.. Bukan menangis tapi hanya bersedih..

Buat sahabat.. Doakan ketenagan untuk aku..

Panjang umur kita bersua lagi...



Wallahhuallam..

Wednesday, February 13, 2008

Menumpang


Aku merasa bahagia hari ini.. bahagia diatas kebahagian orang lain.. tidak mengapa la.. menumpang kebahagian orang lain yang sudah semestinya tidak meluakkannya walaupun secubit.. diingatkan bukannya berkongsi tapi menumpang.. yang pastinya kebahagiaan yang dirasakan masih lagi didalam kedukaan.. hehe.. sabar je la..

Semasa gunakan internet tadi.. seperti biasa aku ‘termasuk’ ke dalam laman web ‘youtube’.. macam biasa.. mencari sedikit hiburan tetapi tidak berlebihan.. sedang mencari tadi terjumpa satu video yang bertajuk bersamamu.. alahh.. yang dalam rancangan TV3 tu.. tapi ada satu benda yang menarik aku untuk menontonnya sehingga habis.. yaa.. memang menarik.. bukan menarik kerana hiburannya tetapi menarik kerana pengajaran yang dipaparkan..

Seperti kebiasaan.. yang dipaparkan hanyalah tentang kemiskinan.. dimana kemiskinan yang hanya di kejar kedukaan.. memang berat.. berat mata memandang..

Aku cenderung berfikir.. aku amat bersyukur.. apa yang aku ada sekarang ini.. jika di ikutkan aku pernah melalui semua keadaan..

Pernah selama beberapa bulan tidak mempunyai satu sen pun didalam poket tetapi hidup diteruskan tanpa meminta dan seperti tiada berasa apa apa.. perjalannya biasa sahaja tanpa derita walaupun sedetik di hati.. yang difikirkan hanya kepasrahan.. redha dengan ketentuan tapi usaha tetap diteruskan..

Disatu masa pula dirasakan seperti wang bukan satu masalah.. semuanya dirasakan mencukupi.. dan berlebihan pula.. tapi tidak juga berguna kerana lebih banyak yang dibelanjakan.. perasaan selalu di runtun perasaan takut tidak mencukupi.. sentiasa dibelenggu masaalah itu dan ini..

Dan sekarang ini aku berasa amat bersyukur.. setelah dirasakan dengan pelbagai situasi.. kini di limpahkan pula dengan kesederhanaan.. memang kadang kala tidak mencukupi dan boleh dikatakan hanya sekadar secukupnya.. tapi kepuasan yang diperolehi abadi diatas usaha yang digali dengan rasa qanaah yang sentiasa di dambai..

Aku mengingati diriku sendiri..
Kekayaan di balik kemiskinan disebabkan oleh kegembiraan dan kebahagian..
Kemiskinan di balik kekayaan disebabkan oleh keresahan dan ketidakbahagiaan..
Tidak bermakna miskin sentiasa bahagia.. tidak pula kaya selalu hadirnya derita.. yang penting.. tanamkan ketakwaan pada setiap keadaan.. supaya setiap kekayaan disulami kebahagiaan.. dan setiap kemiskinan diselimuti kekayaan..



Wallahhuallam...

Tuesday, February 12, 2008

Mencari Penamat

Akhirnya siap satu 'assingment' aku.. punyalah berhempas pulas nak habiskan.. cuma tinggal dua subject sahaja lagi.. hehehe.. yang sudah siap itu pun masih lagi belum penuh 'literature reviews' .. masih lagi tergantung.. adeii.. tidak mengapa.. sabar je la... inilah antara perbezaan yang ketara diantara pelajar pasif dengan pelajar aktif.. yang kesemunya proses pembelajarannya bergantung atas dirinya sendiri..

Tinggalkan cerita itu.. aku nak kongsi sedikit cerita aku.. heheh.. tak berapa menarik tapi bagi aku ia amat meninggalkan kesan kepada diri aku sekarang ini.. tentang harapan.. yang kebiasaannya kita dengar dan kita alami.. tak boleh dinafikan setiap dari kita mempunyai harapan ataupun impian masing2.. cuma impian yang berbeza2 tapi tujuannya cuma satu.. iaitu ingin mencapai kebahagian.. terpulang lah samada kebahagian didunia ataupun disana ataupun kedua duanya sekali..

Bagaimana pula kalau kita memikul harapan orang lain.. dan amat berat lagi jika orang itu yang paling kita sayang.. dan bagaimana pula jika harapan yang dia suarakan itu menjadikan dia serba salah.. dan akhirnya dia pinta supaya melupakannya.. padahal dalam hatinya berat mengatakan begitu.. kerana tersepit diantara dua keadaan... lagi berat bukan..?

sebagai seorang yang memahami yang tersirat melebihi yang tersurat akan dapat memahami dari kefahaman yang biasa... setakat menepikan kepentingan diri sendiri semata mata memenuhi permintaan orang lain tak mampu diterangkan secara kasarnya.. bagi yang memahami tak mungkin akan mengerti.. yang dapat tafsir tak mungkin dapat menyelami..

jalan yang baru disusuri akan diterus ditempuhi.. janji yang baru dipatri akan terus ditempuri.. cuma jalannya sahaja akan tidak akan menampakkan seperti memenuhi kehendaknya.. pada aku.. daripada tegak bertimpuh lebih baik jatuh merempuh...

ada apa pada kesunyian jika tidak disulami kedukaan.. tidak guna berjanji jika tidak tepati.. dijanjikan harapan jangan sekali kali tidak dikotakan.. cerita perlu diteruskan.. sehingga penghabisan.. walaupun tamatnya dengan keperitan..


Wallahhuallam...

Monday, February 11, 2008

Buatku Tersenyum


Aku sedang keletihan sekarang ini.. penat melawan perasaan aku.. lelah dikejar masalah yang bertalu talu.. lesu mengadap aliran2 kehidupan seharian.. tapi aku masih mampu lagi tersenyum dan tertawa.. syukur aku masih mampu bertahan setakat ini.. dan masih lagi beroleh ketenangan tika titisan airmata dikala setiap sujud terakhir..


aku mengerti malah lebih menhetahui kini.. apa yang berlaku keatas aku sekarang ini.. menjadikan aku lebih tega.. serta labih tabah.. tanpa sedikitpun menjejaskan semangat aku..


Aku pinjam kata2 azhr_aidi..


Adakala Tuhan sengaja mengujimu, menambah susah dihatimu, menambah resah didadamu, Agar kau sentiasa mengadu padaNya, sentiasa meminta padaNya, agar sedikitpun waktumu tidak melupakanNya..


Di kala ini juga masalah lama aku menerpa kembali.. sedangkan aku hampir pulih darpapada keresahan.. mengapa..? Mengapa sampai saat ini aku aku masih tidak dapat melupakannya..jika aku boleh lari jauh.. lari dari mengingatinya.. samaada aku lari daripadanya ataupun melempar jauh ingatan aku padanya.. sehinggakan aku teringat satu nasihat..


"tidak semestinya engkau lari jauh darinya engkau boleh melupakannya.. ia ibarat paku di dinding.. walaupun pakunya telah dicabut dan dibuang jauh.. tetapi lubangnya tetap ada berbekas.."


adeii.. tidak mengapa la.. aku masih lagi mencuba.. mencuba untuk melupakan.. apa2 pun ia adalah satu saat yang indah buat aku.. dimana bila aku ingatkannya kembali.. ia mampu membuakan aku tersenyum sendirian.. walaupun dikala aku keresahan..


Aku cenderung berfikir kala ini..


Mengapa semakin banyak yang kita pohon.. semakin banyak ujian yang tuhan datangkan.. kita mesti faham.. sudah menjadi ketetapan tuhan kepada insan yang daif dan lemah seperti kita ini.. jika kita berazam dan berikrar untuk melakukan satu perbuatan dijalan yang diredhai.. disaat itulah juga tuhan akan memberi ujian hanya sebagai kayu ukuran keazaman kita dan setinggi manakah tahap keikhlasan kita.. ataupun ia hanyalah sekadar titipan kata2 dipinggir bibir sahaja..


aku mengingatkan diriku sendiri.. ketenangan yang diperolehi daripada kecintaan pada kebenaran merupakan abadi walaupun manusia lain keseluruhannya tidak memahaminya..


Kesabaran didalam kepayahan tersembunyi nikmat disebalik dugaan.. ketenangan setelah keresahan seperti kekuatan didalam kepenatan..



Wallahhuallam..

Tuesday, February 5, 2008

Kosong


Fikiran ku kosong.. Perasaan ku tak terasa.. Kegembiraan ku hilang entah kemana.. Harap masa dapat mengembalikannya..


p/s : aku akan bercuti dari menulis mungkin sementara.. kerana hatiku disentap buat masa ini.. ataupun mungkin berhenti menulis buat selama lamanya..



Wallahhuallam

Friday, February 1, 2008

Seribu Tahun

Aku merasakan daya ketahanan badan aku mungkin sampai waktu ini sahaja kut buat malam ini.. dengan semua anggota badan yang serba lemah.. aku gagahkan juga.. semata mata nak menulis sesuatu di blog ini.. lepas ini baru aku balik ke rumah.. waktu rehat kena juga diambil kira.. tidak guna juga mengejar impian tetapi mengabaikan kesihatan.. tak betul macam tu..

Sambil aku menulis ni.. aku terdengar lagu amran ajmain berjudul seribu tahun.. adeii.. aku memang tak boleh dengar lagu ni.. sebab lagu ni membuatkan 'sesuatu' yang berada didalam diri aku keresahan.. membangkitkan sesuatu yang aku harap akan terlindung buat selamanya.. tupp.. aku tutupkan radio telefon bimbit aku tu.. dan sekarang senyap sunyi je dalam pejabat aku ni.. hehehe

ada orang kehairanan.. mengapa ada orang sanggup melakukan sesuatu itu bersunguh sungguh sehingga sanggup mengorbankan masa peribadinya hanya semata mata hendak mengejar suatu impian yang dinamakan kesempurnaan kehidupan... tiba2 aku teringatkan kata2 Iman Al-Ghazali dalam kitabnya;


"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya." Iman Al-Ghazali


nah.. tak salah kiranya kita sanggup mengorbankan sesuatu itu jika menginginkan sesuatu.. tetapi kene ingat.. buatlah sesuatu itu dengan sungguh dan dengan matlamat yang koheren.. jangan sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.. bersederhanalah dalam semua aspek..

dan bagi aku sendiri.. di manakah nilai kepuasan yang aku perolehi pada setiap usaha aku itu walaupun hasilnya masih belum jelas kelihatan.. pada aku usaha yang sempurna dengan iktikad yang betul memberikan aku lebih kepuasan daripada kesempurnaan pencapaian.. aku tidak menghiraukan keputusan yang bakal aku miliki tetapi usaha ke arah itu lebih penting bagi aku.. dan sudah semestinya pencapaian itu aku anggap sebagai bonus untuk setiap tindakan kearah mencapainya...

aku selalu mengingatkan diri aku sendiri.. selalulah belajar daripada setiap kesilapan dan bukannya dari kejayaan.. kerana setiap kejayaan itu merupakan penutup setiap pelajaran.. dan kita akan mula kembali belajar pada langkah pertama didalam mencari pencapaian dan mengejar impian..


Wallahhuallam...