Dalam keriuhan terdapat kesunyian... walaupun kesibukan masih ada kekosongan.. dan setiap perjalanan kadang kala terpandang kenangan.. walaupun setiap detik aku cuba lupakan..
tika kenangan demi kenangan yang menerpa.. walaupun mengamit kebahagian.. tetapi terasa seperti kehausan didalam kekenyangan.. hanya terasa kemanisan bersandarkan kenangan.. tetapi kepahitan pada menerima ketentuan..
entahlah...
Lupakan sekejap kisah diatas... disini aku nak kongsi sedikit artikel yang aku baca.. berkisahkan tentang adab didalam membalas budi..
Rasullullah SAW mendidik umatnya agar sentiasa mengenang budi dan berdoa bagi orang budiman yang berbuat baik kepada kita sama ada dari segi tunjuk ajar, nasihat, pengajaran ataupun wang ringgit.. kerana budi yang baik membawa kemati, hanya Allah membalasnya sebaik-baik balasan..
Rasullullah SAW pernah bersabda : ' Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya; kalau kamu tidak terdaya membalasnya maka berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana Allah sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik lagi mengasihi orang yang bersyukur'
Jadi tiada ruginya kita berdoa.. bukan hanya untuk diri kita sahaja tetapi untuk saudara mara atau ahli keluarga serta sahabat dan rakan2.. jika ianya tidak dimakbulkan didunia.. Insya allah hasilnya dapat dituai 'disana'...
Wallahullam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment