Monday, January 5, 2009

Mertabatkan Diri

rasanya sudah lama tak mencoretkkan sesuatu pada blog aku nie.. mungkin kerana tidak ada apa yang hendak dituliskan atau mungkin ada tetapi malas untuk dizahirkan.. itulah aku.. setiap apa masalah peribadi atau apa2 sahaja yg berkaitan diri, mesti dipendamkan... memang aku tak biasa menceritakan setiap masalah atau hal peribadi aku kepada orng lain.. walaupun keluarga.. kerana bagi aku setiap masalah itu berupa ujian dan seharusnya kita mengahadapinya sendiri tanpa membebankan orang lain...

aku tinggalkan kisah diatas... apa yang aku hendak kongsikan bersama hari ini cuma tentang dugaan dan cabaran hidup yang semakin hari semakin sukar... bermula dengan alam persekolahan yang kita rasa sukar pada masa itu.. untuk mentelaah dan mengambil peperiksaan... bersambung pula ke universiti... ingatkan alam kerjaya lebih mudah kerana tanpa perlu belajar dan mengambil ujian tetapi lain pula cabaranya yang tiba.. semakin hari semakin bertambah kenalan dan kita akan jumpa pelbagai karenah yang perlu kita atasi.. tak campur lagi komitmen terhadap orang tua, adik beradik serta sanak saudara... dan usia pula semakin menua dan tidak selincah masa2 dahulu...

hari-hari yang kita harapkan semakin mudah.. rupa2 nya tidak berlaku sedemikian... semakin banyak perkara yang menguji dan menambah tekanan...

inilah hakikat kehidupan.. kehidupan didunia adalah ujian dan tekanan... inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya..

" sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran ( jasmani dan rohaninya).." al-balad: 4...

ingat.. jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah maha adil dan tidak akan sesekali menzalimi manusia.. Dia mengkhendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan dalam hidup hanya untuk mengangkat mertabat manusia... lebih tabah kita menghadapinya.. lebih tinggi lagi mertabat kita disisi Allah..

aku mengingatkan diri aku sendiri... hadapilah ujian hari ini dan mendatang dengan tabah... yang penting kene bersedia untuk ujian yang seterusnya yang lebih besar.. jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan saki baki kehidupan ini.. dengan harapan moga kita ditempatkan di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak...

wallahhualam...

No comments: