Pengorbanan..??
Aku tertanya tanya, apakah pengorbanan terbesar yang aku pernah lakukan...Pada tafsiran aku, setiap pengorbanan mesti pada yang hak..
Maksud aku berkorban terhadap sesuatu yang kita cintai, yang kita sayangi, yang kita kasihi dan yang mengatasi segala yang ada..
Dan masih ada lagikah dewasa ini, pengorbanan yang dilakukan kepada sesuatu itu dengan seikhlas hati.. tanpa mengharapkan sebarang balasan..
Memang masih ada.. sebab fitrah asal manusia sanggup berkorban apa saja terhadap sesuatu.. Cuma tahap keikhlasannya sahaja yang menjadi ukuran..
Dan semestinya setiap pengerbonan.. ada ujian..
Dan tahap pengorbonan itu sesuai dengan kadar kesanggupan menghadapi ujian tersebut..
Masakan kita mengakui kita cinta, kasih dan sayang pada sesuatu itu, tetapi tidak di uji..
Dan semestinya setiap ujian yang Allah beri..
Yang mampu kita hadapi..
Aku pula...
Ingin ku tumpahkan pengorbanan ku ini pada sesuatu..
Yang paling ku cintai..
Yang paling ku sayangi..
Yang paling ku kasihi..
Dengan seikhlas adanya..
Walaupun harta dan nyawa..
Menjadi galangnya..
"... Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia.. Kepentingan sendiri tidak di ingini.. Bahagia kekasih sahaja yang diharapi.. Untuk menjadi bukti kasih yang sejati.. Itulah tandanya jika mahu di uji.. Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia ..." PRamlee - Berkorban Apasaja
Wallahhualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment