Friday, October 19, 2007

Rahsia Disebalik Kurniaan

Ermmm...
Dah nak hampir pukul 4 pagi dah....
Macam biasa, mata nie tak boleh hendak tidor dah...
lepas bangun dalam pukul 3 tadi...

Badan pulak rasa panas2 .. demam laa ni.. dah 3 hari macam ni dah...
Tak pe laa.. dah Allah nak bagi sakit..
sabar jea laa...

Hati pulak rindu kat 'bayang' aku sorang ni...
Adeii.. lagi sekali kene sabar...


Macam biasa gak.. lepas 'mengadu' masalah pada Allah tadi...
mata pulak tak boleh nak lelap...
Mula laa bukak laptop.. belek punya belek ..
bosan pulak.. huhuhu..
Pagi petang, siang malam.. asik dengan laptop jea...

Adeii...
Busan pulak...
Dan lagi sekali ... kene sabar..
Kata orang perak 'sabo je laa' ....


Pergi pulak aku menyelongkar almari buku aku.. saje tengok balik buku lama-lama...
Belek punya belek...
Mata aku tertumpu pada satu buku skrap...
Yang dah kekuning-kuningan..
Dan yang tak bertajuk...
Ermmm.. macam menarik..


Aku selak satu persatu..
ooooo.. buku ini rupanya...
Buku skrap yang setebal satu inci itu terkandung keratan majalah dan surat khabar...
Artikel artikel keagamaan...


Mata aku tertumpu pada satu keratan tu... yang bertajuk ' RAHSIA KURNIAAN ALLAH' ...
Artikel tulisan Ustaz Amran Kasimin..
Aku tulis serba sedikit isi-isi artikel tersebut di bawah ni buat renungan kita bersama..


Tidak ada makhluk termasuk manusia yang dijadikan Allah sempurna..
Hanya Allah yang sempurna, berkuasa serta mengetahui..
Allah tidak menjadikan seseorang itu cantik rupanya, merdu suaranya. pandai serba serbi, indah kata-katanya dan sempurna segala-galanya..
Allah swt juga tidak menjadikan seseorang itu serba kekurangan..
Itulah hakikat Illahi yang maha berkuasa..
Yang mengetahui rahsia di sebalik qada' dan qadar Nya...
Walaupun manusia mempunyai akal tetapi tidak mudah hendak memahami hakikat qada' dan qadar Nya...
Sesunggunya Allah swt ingin setiap hambanya redha terhadap sesuatu qada' dan qadar ke atas dirinya..
Mungkin sesuatu yang di anggap paling baik serta disukai oleh kita itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita... Juga sebaliknya..
Namun rahsia qada' dan qadar itu tidak mudah difahami oleh manusia..
Sesungguhnya segala ketentuan qada' dan qadar itu telah tertulis di loh mahfuz, dimana tiada manusia yang berupaya mengubahnya.. kecuali dengan kehendak Allah swt..
Apabila pemahaman ini wujud dalam pemikiran kita, segala tekanan, penyesalan serta segala bentuk kekecewaan itu akan hilang kerana Allah swt itu maha kuasa daripada segala-galanya...
Dalam hadis juga ada dijelaskan bahawa ketentuan Allah itu tidak boleh diubah kecuali dengan doa...
Allah swt menyuruh supaya setiap manusia berdoa kepadaNya.. Allah swt memberi janji yang Ia akan memperkenankan setiap doa..
Sama ada kemakbulan doa itu diberi cepat atau lambat... atau diberi di dunia atau di akhirat..
Kemakbulan doa itu juga bergantung kepada tahap keakraban seseorang itu kepada Allah swt..
Semakin akrab seseorang itu kepada Allah swt, semakin mudahlah doa hambanya itu diperkenankan...


Wallahualam...

No comments: