sambungan...
Ermm..
Jam dah dekat pkol 2 pagi dah...
mata tak mahu lelap laa pulak....
aku lihat kembali mesej aku dengan seseoarang..
seseorang yang sanggup menaruh harapan pada aku..
dan aku pula tidak berani memberikan harapan padanya..
Salahkah aku...?
Tidak dapat menerima harapan seseorang... salahkah..?
Tidak dapat membalas kasih seseorang...salahkah..?
Tidak dapat memberikan cintaku.. walaupun aku sayanginya...salahkah..?
Terpaksa berterus terang supaya dia tidak kecewa kemudian...salahkah..?
Aku insan yang lemah..
Hanya terdapat satu ruang dihati ini untuk insan yang ku cintai..
Dan kuserah sepenuh hati.. sehingga pada diriku tiada lagi..
Dan ruang teresebut telah terisi.. Tanpa ku sedari..
Ku cuba untuk menolaknya kesudut hati...
Kerana kutahu hadirnya tidak dapat kumiliki..
Sekadar persingahan dihatiku yang tidak pernah dimiliki..
Tapi sehingga kini..
Ku cuba mencari pengganti..
Yang mampu menahan diriku..
Untuk mengingatinya kembali..
Dan ternyata...
Masih lagi tidak ku temui..
Sehingga kini...
Adeii..
Kali pertama dalam hidup aku..
Dugaan hati yang paling berat aku alami..
Aku tak tahu laa..
Mungkin kah hanya sekadar ujian tuhan terhadap aku...
Untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran aku..
Ataupun sebagai 'tebusan' kerana mungkin ada salah ataupun dosa yang pernah aku lakukan dahulu..
Entahlah..
Aku rasa terlampau sakit sekarang ini...
Dan mungkin orang yang menyedari masalah aku ini.. mengatakan aku lemah.. bodoh.. terlampau ikutkan perasaan...
Kalaulah mereka menghadapi ujian begini.. aku tak tahulah...
Biar mereka rasa bagaimana apa yang aku rasakan sekarang ini..
Aku pula cuba untuk menyintai seseorang.. hanya untuk melupakan 'bayang' yang telah berlubuk dihati ini..
Tapi tiada lagi yang mampu membuatkan kasih, sayang serta cinta aku pada 'bayang' ini terpaling...
Aku tidak mampu menarik kembali cinta yang telah kuberikan sepenuh hati... dan itulah kelemahan ku.. yang aku sedari..
Bilakah aku akan berjumpa dengan insan yang akan mengalihkan cintaku pada 'bayang' ini kepadanya..?
Siapakah insan tersebut yang mampu berbuat demikian, sedangkan bagi aku sendiri amat susah menyintai seseorang...
Dan sekiranya 'bayang' ini tiada.. aku tidaklah terdesak sebegini untuk mencari cinta..
Tapi sekarang aku terpaksa mencari.. mencari agar dapat aku melupai 'bayang' yang tak mungkin akan aku miliki...
Ya Allah...
Betapa beratnya dugaan hati yang Engkau berikan kepada ku ini..
Aku memohon kepadaMu..
Tenangkanlah jiwaku...
Tenteramkanlah perasaan ku ini...
Janganlah engkau jadikan aku seorang yang akan merosakkan kebahagian orang lain..
Aminn...
Pada prinsip aku..
Cinta tidak perlu dicari.. kerana ia datang dengan sendiri, kurnian dari Ilahi..
Sayang pula perlu diberi.. kerana dengan menyanyangi kita akan disayangi..
Kasih handaklah kita hargai.. kerana kasih abadi terselindung di balik yang tersembunyi..
Wallahhuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment