Sunday, April 19, 2009
Terkadang
dan sudah semestinya jika kita sayang akan seseorang itu kita inginkan dia sentiasa gembira, bahagia.. dan jika boleh bukan hanya di dunia tapi berkekalan hingga 'kesana'.. aku sering bermunajat.. semoga dia di kurniakan dengan seorang yang mampu membimbingnya ke arah kebaikkan dan mampu memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.. walaupun insan itu bukannya aku sendiri, setidak tidaknya aku dapat melihat dia bahagia dan tidak melakukan perkara2 yang salah dan perkara2 yang menjauhkan diri dari rahmat Allah.. itupun sudah memadai.. dan bab 'hati' aku pula.. seperti biasa.. akan aku rawat sendiri.. alah bisa tegal biasa..
' ..tika fajar menyinsing.. ku sendiri terasing.. merenung suria di pagi indah dengan mata berkaca.. tersisih sepi bersama mimpi yang tidak kesampaian.. kerna mungkin menyedari kekurangan diri.. sehingga ku terlupa betapa luasnya dunia ini .. ' yang tersendiri
tinggalkan seketika kisah aku yang tidak ada kesudahannya diatas.. aku hendak berbicara sedikit tentang jalan.. bukan jalan raya atau lebuh raya.. tetapi 'jalan yang lurus'.. apa itu jalan yang lurus..
jalan yang lurus kadang kala kita sendiri tidak mengetahuinya.. dan kadang kala mungkin kita sedari.. kadang kala mengatahuinya dengan jelas dan kadang kala tidak.. terkadang kita mampu untuk mengerjakannya dan terkadang tidak..
terkadang kita tidak ingin melakukannya kerana malas atau sebab musabab yang menjadi penghalang.. terkadang ada keinginan dan ada yang boleh dan terkadang tidak..
terkadang apa yang di usahakan di sertai dengan keikhlasan dan terkadang tidak..
terkadang disertai dengan keikhlasan dan mutaba'ah ( mengikut sunah Rasullullah saw) dan terkadang tidak..
ada yang disertakan sekali dengan mutaba'ah dan kusyuk tetapi terkadang hati kita lalai..
ini semua akan berlaku pada kita.. makhluk Allah yang serba lemah.. kita sebagai hamba tidak memiliki kemampuan untuk mendapatkan hidayah dan melakukan semua perkara tersebut secara keseluruhannya kecuali dengan izin Allah.. dan jangan pula kita tersalah anggapan sehingga kita melakukan perkara2 tersebut separuh jalan dan akan berhenti pada watak dasarnya, maka percayalah kita tidak akan mendapat hidayah mengikut jalan yang lurus..
inilah yang dimaksudkan dengan iykas atau kembali kepada keadaan awal.. dimana Allah mengembalikan orang2 munafik kepada jiwa mereka yang bodoh dan zalim ( termasuk mezalimi diri sendiri) kerana dosa2 yang mereka lakukan.. Allah berada pada jalan yang lurus serta menentukan qadha dan qadar dengan keutamaan dan rahmatNya.. Allah memberi hidayah pada orang yang layak pada jalan yang lurus dan memalinkan keadilan dan kebijaksanaanNya kerana ketidaklayakan tersebut.. Allah memerintahkan hambanya agar mengikuti jalan yang lurus sebagai hujjah serta keadilanNya..
aku mengingati diri ku sendiri.. sentiasa berfikirlah tentang hikmah Allah di dunia dan di akhirat dimana akan dapat melihat sesuatu yang tidak ada keraguan didalamnya dengan penuh yakin dunia ini adalah ladang bagi kehidupan akhirat..
Wallahhuallam..
Tuesday, April 7, 2009
Diari Mimpi
Empat hari lepas aku menerima panggilan dari 'bayang' aku yang dulu.. orang yang aku masih lagi sayangi hingga kini.. dimana setiap perkataannya dulu merupakan 'kata' pendorong aku untuk berubah walaupun dia tidak berniat untuk berkata demikian.. dimana aku masih lagi teringat sehingga hari ini satu perkataan dia yang telah merubah aku secara keseluruhannya.. yaa.. hanya satu ayat.. dan sehingga kini masih meninggalkan kesan pada aku..
Dia sedang berbahagia sekarang.. sudah menimang cahaya mata.. bahagia sungguh.. rasa2 macam aku pulak yang terima anak.. haha.. cuma aku faktor masa dan lokasi yang membataskan aku untuk menziarahi dia.. ermmm
Pada aku.. menyayangi seseorang itu tidak beerti memilikinya.. cukup sekadar aku mengetahui dia sedang bahagia.. jadi pada orang 'bayang' ku seorang ni.. moga berbahgia selalu.. dan terima kasih kerana telah 'merubah' aku kepada aku yang ada sekarang ini..
Tinggalkan kisah di atas.. aku hendak berbicara tentang sesuatu yanng paling berharga yang jika kita berikan dan tidak mungkin kita dapatkannya kembali.. yaa.. masa.!!
Pernah rasa dalam sejam rasa sesaat?
Pernah rasa dalam sehari rasa sejam?
dan lebih2 lagi bila kita luangkan masa bersama dengan orang yang kita sayang.. sehingga terlahirlah perkataan ' masa mencemburui kita'..
Orang yang aku sayang?
Siapa?
dan tak perlulah aku nyatakan siapa dia disini.. tetapi apa yang penting dia sahaja buat masa ini yang mampu membuatkan aku melupakan 'bayang' aku yang lepas.. tetapi situasinya hampir sama.. iaitu dia sudah berpunya.. hermmm...
saat silih berganti.. masa terus berlari.. hari berganti hari..
dan aku dapat rasakan... akan tiba satu waktu.. dimana aku akan hadiri majlis pernikahan orang yang aku sayangi.. buat kali keduanya..
' penantian yang bergelora.. ku hitung hari2 bersamamu... masih banyak yang ketinggalan.. senyum tawamu.. akan menjadi diari mimpiku.. setelah pemergianmu.. jauh dari mataku..' diari mimpi
Aku hendak berbicara sedikit tentang terpedaya..
Pernahkah kita terfikir bahawa manusia selalunya akan terpedaya dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.. manusia sering mencongak bahawa nikmat yang diterima adalah merupakan bukti cinta Allah kepada manusia.. sifat ini termasuk dalam kumpulan ghurur iaitu seseorang yang mengira anggapannya benar padahal tidak..
" adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberikan kesenangan, maka ia berkata: ' Tuhanku telah memuliakanku.' Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka ia berkata:' Tuhanku menghinakanku.' Sekali kali tidak (demikian) ..." Al-Fajr:15-17
Maknanya tidak setiap nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada seseorang itu akan menyampaikan maksud Allah memuliakannya.. tidak pula setiap cubaan yang Allah timpakan dan rezeki yang Allah batasi beerti Allah menghinanya.. Bahkan Allah mengujinya dengan nikmat dan Allah muliakannya dengan cubaan...
Aku mengingati diriku sendiri.. ramai manusia yang diberi istidraj yakni penangguhan oleh Allah dengan nikmat.. padahal dia tidak mengetahui dan menyedarinya.. jangan sehingga kita dibuai pujian dari manusia sehingga tidak mengetahui dan menyedari bahawa dia sedang terpedaya kerana Allah menutup kesalahannya dan dia sendiri tidak mengetahui...
Wallahhuallam..
Thursday, April 2, 2009
Letih atau Penat
hari ini aku keletihan.. yang amat sangat.. ermm.. tak.. tak letih la.. cuma penat je.. ehh sama ke.. penat dan letih.. hahaha
Khamis dan Jumaat lepas terpaksa ke Bangi kerana terdapat tugas di situ.. lepas waktu pejabat hari Jumaat bergegas pula ke KL Sentral untuk balek ke Ipoh... Sabtu dan Ahad penuh dengan kerja2 'sekolah' dan hal2 keluarga yang perlu diselesaikan..
Seawal pagi Isnin lebih kurang pukul 0430 terpaksa menaiki 'train' ke KL Sentral untuk meneruskan tugas2 yang masih tertunggak di Bangi sehingga hari selasa.. dan hari selasa selapas waktu maghrib bertolak balik ke Ipoh dan sampai lebih kurang dalam pukul 12malam dengan keletihan.. ehh bukan .. kepenatan...haha
Siang tadi pulak x menang tangan menyelesaikan kes2 tertunggak yang belum selesai.. sehingga ke petang.. selesai berbuka puasa dan solat aku meneruskan 'program' mentelaah... hahaha.. sampai la saat ni.. baru aku berhenti..
Mungkin orang di luar sana melihat kehidupan aku sebegini bosan tetapi percayalah... jika betul niat dihati, benar jalan yang ingin ditujui , insya allah.. xkan bosan nye.. ekeke..
Disini aku hendak berbicara sedikit tentang mengalihkan matlamat dan tujuan.. yaa.. memang sudah menjadi fitrah kejadian manusia disertai dengan kehendak dan keinginan.. kedua duanya ibarat air sungai yang mengalir terus menerus... dan sekiranya kita takut sungai yang mengalir itu akan menenggelamkan rumah atau harta, kita tidak sepatutnya menahan aliran air sungai tersebut.. dan perkara tersebut mustahil dilakukan.. dan yang paling patut kita lakukan adalah dengan mengalirkan aliran air sungai tersebut ke arah yang lain..
Begitu juga kehendak yang ada dalam diri kita.. dimana tidak mungkin kita dapat menghentikan ataupun menafikannya.. kerana ia dijadikan untuk meneruskan kelangsungan hidup.. dan ketahuilah ianya adalah salah satu daripada rahsia kejadian manusia...
mengarahkan ia ke mana?
Kita hendaklah mengarahkan agar ia hampir kepada kemanfaatan dan jauh dari kemudaratan... mengalihkan dari yang haram kepada yang halal.. dari yang kotor kepada yang bersih.. Allah lebih tahu dimana letak kelemahan dan kekurangan kita.. oleh itu DIA tidak sesekali mengharamkan semua berbentuk keinginan...
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah..' An-Nisa :28
Dengan kata lain kita boleh mngambil atau melakukan apa yang disukai dan diingini selagi hal itu dibenarkan oleh Allah..
Aku mengingati diriku sendiri.. setaip apa yang kita lakukan.. hendaklah mengikut batas2 yang dimana ia tidak akan memudaratkan 'dunia' kita dan tidak pula mebinasakan 'akhirat' kita...
Wallahhuallam...
Thursday, March 19, 2009
Warkah Munajat
Bayangku Dahulu - maaf.. aku masih lagi tidak dapat melupakanmu.. aku tahu yang kau sedang berbahagia kini dan aku amat gembira mendengarnya.. aku amat berterima kasih kerana mu aku lebih kuat kini.. kuat dalam mengahadapi kehidupan seharian.. walaupun tanpa kau mengetahuinya.. walaupun tanpa kata2 semangat darimu.. walaupun tanpa balas kasih sayangmu.. aku tetap berdiri teguh disini.. berbekalkan bara sayangku padamu yang aku rasa tak akan pernah padam.. selamanya..
Orang Yang Aku Sayang - maaf.. sebab aku masih tidak dapat membuang perasaan sayang aku padamu.. walaupun ku tahu kau sudah berteman.. tapi percayah.. aku sentiasa berdoa somoga kau sentiasa diberi rahmat dan kebahagian.. walaupun kau bukan kumiliki.. tetapi hatiku kini telah berada dengan mu.. yaa. hanya kamu..
Yang Menaruh Harapan Padaku - maaf.. aku adalah 'sesuatu' yang tidak berbaloi untuk dimiliki.. mungkin aku seperti tidak memahami perasaanmu tetapi percayah aku lebih memahami apa yang tersirat dari yang tersurat.. aku tidak mampu memberi apa yang ku tak punya.. kerana 'hati' ku satu.. dan tak mungkin dua atau tiga..
Sahabat2 serta Kawan2 ku - maaf - kadang2 SMS pun x berbalas.. telefon tak terjawab.. kerana masa terbatas.. insya allah, ada masa kita bersua... kerana kalian tempat aku bersuka.. berketawa.. walaupun aku sedang menyembunyikan duka.. terima kasih..
TUHANKU - maafkan hambaMu ini.. walaupun ku tahu cinta dan sayang padaMu lebih abadi tetapi hambamu ini sering tersilap menaruh perasaan itu pada sesuatu yang fana..
TUHANKU - maafkan hambaMu ini.. walaupun ku tahu rindu padaMu lebih bermakna tetapi hambaMu ini sering tersilap mencurahkan perasaan itu pada yang tak patut punya..
Cuma ku berharap.. semasa nafasku berada di penghujung.. agar setiap cinta ku akan terungkap.. setiap kasihku akan terucap.. setiap rinduku akan tersingkap.. hanya padaMU TUHANKu yang satu..
Daripada,
Aku, yang bernama Manusia...
Wallahhuallam...
Sunday, March 15, 2009
Hari Semua Rahsia Diungkapkan
Aku sering berfikir..
Adakah sudah memang lumrah manusia untuk mengasihi dan dikasihi?
Dan jika untuk mengasihi, sejauh manakah nilai kasih yang mampu diberi?
dan jika dikasihi, adakah yang diperolehi ianya kekal abadi?
Sayang... kasih.. dua perkataan yang berbeza tetapi memberi maksud yang hampir sama..
yaa.. aku sayang dan kasih kepada semua.. ibubapa aku.. keluarga aku.. kawan2 aku..
cinta..? bagaimana pula..?
lagi2 orang yang susah untuk jatuh cinta macam aku ni.. yang tidak percaya dan susah untuk terjumpa apa itu istilah ' cinta pandang pertama'...
bagi aku cinta itu perlu 'asuhan' dan 'asahan'..
apa yang perlu diasuh..? apa pula yang perlu diasah?
yang perlu diasuh adalah hati aku.. diasuh untuk mencintai seseorang yang pada mulanya tidak aku cinta.. dan lama kelamaan sayang yang datang perlu diasuh untuk menjadi cinta..
yang perlu diasah pula adalah cinta itu sendiri.. jangan biarkan ia 'karat' tanpa di asah dengan kasih dan sayang..
CINTA adalah perasaan aktif dan bukannya pasif... aktif dengan perbuatan.. dan sudah semestinya perbuatan yang berlandaskan syariat Tuhan...
Situasi 1
B: sya nk awk jujur.. apa perasaan awk pda sya selamni?
A: awk kwn sya.. n sbg kwn sya syng pd awk..
B: plss.. tlng ckp jujur.. sya tau awk ada srok ssuatu..
A: tade papela.. nk srok peplak..
B: awk jgn bohong..
isk dia neh.. x mngalah langsung.. dok nak korek gak rahsia.. adeii
A: xde btul.. apsal nk bohong plak
B: sya tau .. plss ckp..
akhirnya aku mengalah...
A: yes.. yess.. sya ngaku.. sya syng awk.. dn bkn stkt kwn.. tp lebih lg
B: haa kan.. pe susah sngt nk ngaku.. ni yg slma ni sya nk dgr dr awk..
A: so awk dh tau.. pastu..?
B: tq awk...
A: daa.. sya dh lmbt ni.. nk pg solat ni.. nanti sembng lg..
Situasi 2 ( beberapa hari selepas situasi 1)
B: awk ni ngpa.?
A: ngpa pe?
B: laen je gn sya..
A: laen peplak..?
B: awk x mcm dlu..
A: xde la. sya mcm biasa je.. xde pape prubhn pun
B: mmng la awk x prsan.. tp sya prsn.. awk mcm x lyn sya je
setelah lama mendiam....
A: ye sya ngaku.. sya mmng nk menjauhkn diri dr awk.. awk fhm kn mngpa..
B: awk jgn la buat sya mcm ni.. sya x boleh beri cinta sya pda awk.. sya dah berpunya.. sya cinta pd bf sya.. da sya hnya dpt sayang awk je..
cepat2 aku potong cakap dia...
A: dan sebab itulah sya cuba jauhkn diri dr awk.. demi kebaikan awk n sya..
B: awk.. slma ni sya suka.. awk manjakan sya.. amek berat sgt.. n trlampau baek.. tp....
hati aku serba salah.. btul ke apa yg aku buat pda dia ni.. dan akhirnya aku mengalah..
A: jgn riso kay.. awk ttp kwn sya.. sya ttp syngkn awk.. n jgn riso.. lps ni keadaan akn mcm biasa mula2 dulu.. dan sya doa moga awk n bf awk bahgia kay..
B: sya ramai kwn tp awk yg terbaek sya ada.. sya hrp awk akn jumpa orng yg syng awk nanti..
A: yaa.. hrp2..
B: lg satu.. sya ni pun belum kawin.. baru kawan2... dan mna tau jodoh sya xde ngn dia.. dan munkin dgn awk.. sape tahukn.. jodoh kt tgn tuhan.. awk berdoa je kay..
A: ermmmm
Situasi 3 ( beberapa hari lepas - sedang minum2 di gerai)
A: isk ramainya awek kat sini..
saje nak kasik perangat le kunun.. padahal dia xde pape..
B: awk yg tu lawa awk.. pakai tudung.. ayu je.. sopan santun.. awk nak.. ? sya pg tolong 'tackle' kan..
A: xpayah gatei2.. pijak prot kang
ayat yang aku salu guna untuk mengekspresikan kemarahan..
B: hahahah
ewahh.. gelak sakan plak dia..
B: awk ni laa.. tgk smua prempuan lalu.. tp mcm xde pape je.. mcm xde perasaan je..
A: mmng la xde.. hati sya kt orng laen...
sambil mata aku merenung dia... dia berpaling.. dan aku menarik kembali pandangan aku.. dan suasana sunyi kembali... masing2 senyap..
aku makin buntu sekarang.. apabila aku sudah menemui insan yang mampu membuatkan aku melupai bayang2 aku yang lama dulu.. tetapi situasinya hampir serupa... ' dia sudah berpunya'.. dan aku lagi sekali tak mahu digelar perampas hak orang..
arhhh.. biar masa berjalan yang menentukan.. dan yang penting aku tak mahu menjadi penyebab perpisahan orang.. lebih2 lagi insan tersebut orang yang aku sayang...
dan bagi aku .. akan aku biarkan perasaan aku ini tersimpan.. tersimpan menjadi rahsia diriku sendiri.. iaitu rahsia cinta yang akan tersimpan sehingga hari semua rahsia diungkapkan..
Wallahhuallam...
Saturday, March 14, 2009
Hanya Sesaat
Yaa.. berbicara tentang suka membuatkan aku teringat sepotong ayat Al Quran..
" .. boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.. " Al-Baqarah :216
Orang yang cerdas tidak akan memilih kenikmatan sementara yang disenangi kerana boleh jadi akibatnya lebih buruk, atau kehilangan nikmat yang lebih besar lagi dimasa hadapan.. orang yang cerdas secara duniawi lebih memilih dan menahan sakit untuk memperolehi kenikmatan dimasa akan datang.. terdapat empat situasi dimana;
1. sesuatu yang dibenci dan membawa kepada hal2 yang dibenci
2. sesuatu yang dibenci tetapi mambawa kepada hal2 yang disenangi
3. sesuatu yang disenangi dan membawa perkara2 yang disenangi
4. sesuatu yang disenangi tetapi membawa kepada perkara2 yang dibenci
mungkin aku membenci perasaan ini tapi mana tahu ia lebih baik untuk aku.. entah lah.. aku sendiri pun tak tahu..
Masih ingat lagi bayang2 aku yang dulu.. yaa.. bayang2 yang aku sayangi.. yang tak mampu aku miliki.. dengar khabar sudah bahagia.. Alhamdulillah.. rasa terubat sikit 'sakit' yang masih ada pada aku ini tatkala mendengar berita tersebut.. walaupun aku tak mampu miliki seseorang yang aku sayangi, tapi cukuplah aku dapat tahu dia sedang bahagia bersama dengan orang yang dia sayang.. itupun sudah memadai..
dan sekarang ini.. aku telah menjumpai seseorang yang telah membuka mata aku dan hati mungkin.. yang dapat membuatkan aku melupakan pada 'bayang' yang lama tersebut.. tetapi.. ahhh..
hurrrmmmm... ngantuk pulak.. mata pun dah berat semacam...
aku sering mengingati diriku sendiri.. orang yang cerdas dan beriman lebih mengutamakan dan memilih mana yang lebih menfaat baginya.. dimana akan kekal berpanjangan untuknya.. ingat.. seseorang manusia yang terpuji ketika mati kerana ketakwaannya..
hermm.. malam makin mendingin.. gelap dan kelam... tatkala ini hatiku dicengkam kuat pada kerinduan, yang membuat aku sering berkata;
wahai jiwa, sabarlah.. kerana ianya hanya sesaat.. ia akan selesai dan semuanya akan hilang setelah jasad didalam 'lubang'..
Wallahullam...
Friday, March 6, 2009
Persoalan Kehidupan
Owhh.. bukan perasaan.. tetapi naluri... ermmm.. bukan naluri tapi apa ek.. susah hendak diungkapkan.. jadi yang pernah melalui... sedang merasainya atau yang pernah menyusurinya sahaja yang tahu..
Mengapa seakan-akan sesetengah orang apabila ada yang mebicarakan soal 'CINTA' kita dianggap sentimental..atau jiwang.. atau apa2 sahaja gelararan yang diberi.. Disini aku nak bertanyakan beberapa soalan..
dan tidakkah kita terfikir sudah menjadi satu perkara yang wajib bagi manusia untuk menyintai dan dicintai?
dan bukankah cinta itu sendiri adalah sesuatu yang lahir dari jiwa?
Jadi bagi yang menafikan kehadiran perasaan cinta didalam dirinya, cuba cari kembali atas dasar apa manusia ini dijadikan dan dari situ kita akan dapat tahu definisi sebenar tentang cinta..
Okay.. tinggalkan sekejap kisah jiwang (kehkeh) .. kita beralih pulak pada satu persoalan yang aku selalu dengar keluar daripada mulut2 orang yang tak tahu hakikat kehidupan (pada tafsiran aku)...
" Jika manusia tidak hidup selama lamanya, untuk apa kita hidup?"
uwahh.. bongkak je bunyi soalan.. rasa2 nak je aku layangkan penampar terus hinggap kat muka manusia yang macam ni.. mengaku islam tapi tidak tahu apa yang disuruh oleh islam dan lebih teruk lagi tidak mahu ambil tahu apa yang dia tidak tahu.. rugi bukan...
Pernah dengar ungakapan ' kembali ke pangkal jalan'.. apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan kembali kepangkal jalan?
Bayangkan kita sedang bejalan dan selepas itu tersesat.. dan untuk mencari jalan yang betul kita perlu kembali semula ke jalan yang mula2 supaya kita dapat meneruskan kembali perjalan tadi dengan harapan dapat mencari serta melalui jalan yang betul...
Okay.. kalau kira tafsirkan kisah di atas tersebut pada ' sesat pada penghidupan'... macam mana pula situasinya..
kalau kita pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan.. dalam kata kasarnya dosa2.. jadi dimana kita hendak mulakan semula..? cukupkah sekadar memohon pengampunan daripada Allah..? dan dapat dipastikankah kita tidak 'tersesat' kembali apabila kita memulakan perjalan yang baru?
Pada penafsiran aku ungkapan 'kembali ke pangkal jalan' adalah bermaksud lebih mendalam.. bukan setakan bertaubat dan tidak mengulangi perkara2 yang lepas tetapi lebih daripada itu... terdapat tiga perkara yang patut diketahui oleh seseorang manusia yang hidup di dunia ini.. samada orang yang ingin kembali kepangkal jalan ataupun manusia (yang mengaku islam) yang mempersoalkan persoalan ' untuk apa kita hidup jika manusia tidak hidup selama-lamanya'...
Dari apakah kita dijadikan?
Untuk apakah kita dijadikan?
Kesudahan kejadian kita?
Disini aku tak akan membicarakan persoalan pertama dan ketiga, sebab persoalan kedua lebih mengelirukan (bagi sesetengah manusia)..
Jawapan kepada persoalan kedua ini terdapat di dalam Firman Allah S.W.T.:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Para ulama’ muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut.
Jika demikian segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah S.W.T. serta teguh beribadah kepada-Nya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah S.W.T.. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan beribadah. Bahkan seluruh bumi Allah S.W.T. ini merupakan ‘masjid’, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan..
Harap2 penerangan di atas dapat menguraikan serba sedikit persoalan yang bermain di fikiran sesetegah orang.. yang masih tercari2.. untuk apa dia dihidupkan...
Aku mengingati diriku sendiri.. seluruh kehidupan kita berada dalam keredhaan Allah.. Cukuplah bagi seseorang itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah semat-mata. Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah ...
Wallahuallam...
Monday, January 19, 2009
Berpesan pesan dengan kesabaran
Inilah persoalan yang selalu bermain di fikiran aku... kadang2 aku selalu memerhatikan setiap orang yang aku jumpai pasti mempunyai masalah... walaupun mereka ingin mencari jalan kebenaran tetapi kata hanya tinggal kata2 tanpa usaha... mengapa masih mengharapkan hidayah Ilahi sedang kita sendiri tidak mencarinya... memang benar hidayah merupakan kurnian Ilahi.. tapi tak semua hidayah akan turun dengan sendirinya tanpa dicari...
tinggalkan kisah diatas... ermmm.. sejak akhir2 ini asyik berita tentang rejim zionis yahudi yang dilaknat Allah menyerang Palestin... berpuluh malah beratus gambar2 penderitaan yang diaparkan di muka2 surat akhbar... dan bermacam2 lah ulasan, komen dan luahan orang ramai tentang kejadian tersebut.. purata kesemuanya berasa sedih dan marah tentang kejadian tersebut... dan berbuih2 cadangan yang diberikan untuk menunjukkan protes terhadap Yahudi laknat tersebut...
kalu ditanya tentang perasaan aku memang la sedih.. tengok kanak2 dan orang2 awam yg tidak berdosa menjadi mangsa... tp apa pengajaran yg aku dapat drpd tragedi tersebut... dan aku rasa x semua orang berfikir tentang mengapa Tuhan 'menunjukkan' kepada kita peristiwa tersebut.. mesti ada sebab kan... " tidakkah kamu berfikir"...
Andai kata kita ditempat mereka...
Mampukah rasanya kita bersabar dugaan dan ujian tersebut yang diturunkan Allah?
dan aku rasa mungkin kita tidak mampu.. cuma bayangkan sahaja... sedangkan Allah hanya turunkan ujian berupa kesenangan pun kita berpaling dan kufur nikmat dimana menunjukkan kita tidak mampu bersabar dengan ujian tersebut.. inikan pula dengan ujian dengan kesusuhan yang amat dasat... mahu rasa2 nya kita hilang pedoman dalam menghadapinya...
apa yang aku nak perkatakan disini... cuma persiapkan lah diri... persiapkan diri untuk menghadapi ujian2 Allah yang kita tidak tahu menyerupai apa... Ingat... kehidupan berupa pentas ujian sebelum kita diluluskan untuk menikmati syurga ataupun digagalkan dan ditempatkan di neraka...
Berpesan pesan dengan kebenaran.. berpesan pesan dengan kesabaran..
Wallahuallam...
Saturday, January 17, 2009
Wallahuallam
Malam malam ahad ni aku masih lagi dengan mood mentelaah aku.. maklum lah, kelas dah nak mula esok.. jadi nak taknak kene la jugak belek2 apa2 yang patut.. telefon bimbit aku ni dari tadi berkelip kelip tanda menerima mesej.. ni kawan2 la ni ajak lepak2 sambil membuang masa.. elehh.. buang masa kunun... bukan muka aku ke yang selalu melepak kalu tak ada apa2 kerja.. pesan teh 'o' ais satu.. duduk berjam lamanya.. hehehe
Pernah lalu lebuhraya? atau jalanraya la lebih tepat.. mesti pernah kan.. mengapa setiap jalan mesti ada simpang.. sudah tu pulak mesti ada selekoh.. mengapa tidak dibuat jalan itu lurus sahaja..? jika diperhatikan pulak setiap jalan mesti ada papan tanda untuk peringatan.. kemudian pihak berkuasa pula mencipta undang2 jalanraya untuk dipatuhi.. dan sebagai pengguna, mengapa kita mesti mematuhi peraturan jalanraya.. supaya kita tidak ditimpa musibah.. itulah kisah tentang jalanraya yang saya hendak kongsi bersama..
ehhh.. gile ke ape.. kisah pasal jalanraya pulak aku nak cerita.. mesti tertanya2 kan.. apsal pelik je... hahaha
apa yang aku hendak kaitkan dekat sini adalah tentang jalan dakwah... kita mungkin sedia maklum apa itu dakwah kan... mengajak kepada kebaikkan dan mencegah perkara kemungkaran..
Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan yang sulit dan penuh rintangan. Akan tetapi, dengan izin Allah kita akan mampu melewatinya. Kita akan mampu meyebranginya dengan tekad yang kuat dan kepercayaan penuh kepada (pertolongan) Allah swt. Selagi kita tidak melanggar hukum2 serta adap2 dalam berdakwah, insya allah selagi itu usaha kita kan diberkati..
Aku cenderung berfikir.. mengapa aku selalu ditemukan dengan orang2 yang memerlukan usaha dakwah dijalan keatas mereka.. sedangkan aku sendiri dalam usaha untuk 'mendakwahkan' diri aku sendiri... dalam aku meniti kehidupan seharian.. aku sering kali di ketemukan dengan 'mereka' ini yang pada mulanya hanya kawan biasa tetapi lama kelamaan menjadi rapat...
adakah aku diketemukan dengan mereka ini kerana aku mampu melakukan tarbiah keatas mereka..?
inilah cabaran yang aku hadapai sekarang ini.. dalam aku menempuhi jalan2 aku sendiri inginkan kesempurnaan tetapi aku ditemukan dengan sesuatu yang aku sendiri tidak terfikir untuk diketemukan...
Atas apa yang aku lakukan.. akan aku pastikan setiap niat aku tidak terpesong dan sentiasa dipandu dengan petunjun Ilahi.. moga setiap apa yang aku lakukan sekarang ini diberikan keberkatan dan kejayaan..
Wallahullam..
Monday, January 5, 2009
Mertabatkan Diri
aku tinggalkan kisah diatas... apa yang aku hendak kongsikan bersama hari ini cuma tentang dugaan dan cabaran hidup yang semakin hari semakin sukar... bermula dengan alam persekolahan yang kita rasa sukar pada masa itu.. untuk mentelaah dan mengambil peperiksaan... bersambung pula ke universiti... ingatkan alam kerjaya lebih mudah kerana tanpa perlu belajar dan mengambil ujian tetapi lain pula cabaranya yang tiba.. semakin hari semakin bertambah kenalan dan kita akan jumpa pelbagai karenah yang perlu kita atasi.. tak campur lagi komitmen terhadap orang tua, adik beradik serta sanak saudara... dan usia pula semakin menua dan tidak selincah masa2 dahulu...
hari-hari yang kita harapkan semakin mudah.. rupa2 nya tidak berlaku sedemikian... semakin banyak perkara yang menguji dan menambah tekanan...
inilah hakikat kehidupan.. kehidupan didunia adalah ujian dan tekanan... inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya..
" sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran ( jasmani dan rohaninya).." al-balad: 4...
ingat.. jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah maha adil dan tidak akan sesekali menzalimi manusia.. Dia mengkhendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan dalam hidup hanya untuk mengangkat mertabat manusia... lebih tabah kita menghadapinya.. lebih tinggi lagi mertabat kita disisi Allah..
aku mengingatkan diri aku sendiri... hadapilah ujian hari ini dan mendatang dengan tabah... yang penting kene bersedia untuk ujian yang seterusnya yang lebih besar.. jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan saki baki kehidupan ini.. dengan harapan moga kita ditempatkan di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak...
wallahhualam...