Thursday, November 1, 2007

Sarapan


31.10.2007

Sebelum masuk pejabat tadi.. aku singgah minum pagi di gerai Jalan Dato Sagor ...

Jam lebih kurang 8.15 pagi... ramai jugak orang yang bersarapan disini.. mungkin lokasi yang strategik serta dikelilingi dengan pejabat2 kerajaan dan bank2 membuatkan tempat ini menjadi tumpuan...

Aku macam biasa.. Teh O Ais.. tapi makanan sahaja yang berlaian.. takde selera pulak aku nak makan nasik lemak pagi ni...

Tinjau punya tinjau.. tertarik pulak aku tengok roti bakar.. nyumm.. macam sedap jea.. hahah..

Maka tanpa berfikir panjang ( macam laa buat keputusan yang kritikal) aku memesan... Roti bakar...

Roti yang dibakar keemasan.. dan disapu dengan kaya dan mentega.. serta diletakkan telur separuh masak diatasnya.. uwahhh.. sarapan aku pagi ni lain macam sikit.. ala2 western pulak..

Sambil menikmati sarapan..mata aku asyik berputar-putar dikawasan tersebut.. Pelbagai gaya serta tingkah manusia yang aku lihat... arghh.. takde apa2 pun yang menarik..

Terfikir aku sejenak...

Pada aku kehidupan ini seperti makan jugak.. Jika makanan yang dimakan itu hanya untuk mengeyangkan dan bukan untuk mengambil khasiat yang menjadikan tenaga kepada kita... maka makan itu hanya tinggal untuk mengenyangkan sahaja.. dan jika kita makan pagi.. kita akan lapar semula pada tengahhari nya... begitulah seterusnya.. Jika kita mengambil makanan untuk memberikan kita tenaga serta menginginkan khasiat darinya.. maka setiap makanan itu mampu memberikan kita kesihatan dan tenaga untuk kita meneruskan kerja2 di masa akan datang..

Begitulah juga kehidupan ini.. Jika kita hanya mengharapkan setiap uasaha kita hanya untuk kehidupan di dunia ini.. maka hanyalah didunia sajalah kita akan bahagia.. sebab pengharapan kita sebegitu..

Lain pula orang yang inginkan kebahagian hidup didunia dan akhirat... Setiap usahanya untuk mengejar kebahagian dunia dan menambah bekalan akhirat.. Setiap kerja yang dilakukan di dunia ini dilakukan atas tiket ibadah.. supaya beroleh kejayaan di dunia dan bekalan di akhirat kelak..

Aikk.. habis dah roti aku ni.. tak sedar suap punya suap.. dah licin..

Selepas bayar sarapan aku tadi .. aku pun bergegas ke pejabat.. terlupa pulak aku ada temujanji dengan pelanggan pagi ni...

Walllahhualam...

No comments: