Wednesday, December 26, 2007

Memintal Buih

'.. setiap orang menggenggam kebahagian seseorang insan lain pada tangannya.. dan semestinya kebahagian insan itu janganlah kita sia siakan kerana telah dipertanggungjawabkan kepada kita.. kebahagian siapakah yang kita genggami..?? tidak siapa tahu kecuali Allah.. Oleh itu cubalah bahagiakan insan disekeliling kamu.. mana tahu jika insan tersebut hanya terselindung di balik bayangmu sahaja..'



Itulah serba sedikit nasihat yang aku terima dari salah seorang kawan aku yang agak berumur juga laa.. kalau tak silap dalam 5 tahun lepas.. biasala sambil sembang2 kosong terselit juga laa pernyataan berbaur nasihat.. memang x nampak sangat seperti nasihat tetapi lebih kepada 'perkataan' yang keluar daripada pengalaman penghidupan dia sendiri agaknya..



dan jika aku perhatikan kembali memang ada kewajaran jugak laa nasihat yang diberikannya..



siapakah yang membahagiakan seorang Ibu jika tidak seorang Anak..

siapakah yang membahagiakan seorang Isteri jika tidak seorang Suami..

siapakah yang membahagiakan seorang Kawan jika tidak seoarang Sahabat..



tapi jika aku fikirkan kembali.. layakkah seseorang yang seperti aku ni.. yang hidup hanya biasa2 sahaja.. layak membahagiakan orang lain.. sedangkan ingin membahagiakan diri sendiri pun belum tentu lagi... adeii



dan kalau mengikut aku.. walaupun aku terlampau sayang kepada seseorang itu.. sedangkan pada masa sama aku berasa aku tidak mampu membahagiakan dia walaupun seadanya.. mungkin aku akan mengalah.. aku rela mengorbankan perasaan aku sendiri.. hanya untuk melihat insan yang paling aku sayangi hidup bahagia...



dan pada aku tidak semestinya kebahagian orang yang aku sayangi hanya berada ditanganku sendiri.. dan jika ditakdirkan ianya berada di tangan ku sekali.. aku aku memohon supaya kebahagian dirinya di'anugerahkan' kepada insan yang lebih layak..



mungkin ada yang menyatakan aku ini jenis yang tidak mempunyai kepercayaan diri.. lemah semangat.. tidak sanggup berkorban demi membahagiakan insan yang aku sayangi..



pedulikan apa yang orang nak kata.. pada aku kehidupan ini bukanya 'perjudian'.. kehidupan adalah ketentuan.. bagi aku hakikat penghidupan adalah terlalu kompleks..

dan bukannya manusia yang menentukan nilai seseorang itu.. kerana nilai keinsanan seorang manusia itu hanya dinilai oleh Nya..



dan yang paling penting.. kebahagian seseoarang itu bukannya terletak 100% ditangan manusia.. tapi ia adalah kurniaan Allah.. ingat manusia hanya merancang dan berusaha.. Takdir jua penentu segala..





Wallahhuallam





'... siapalah aku ini .. untuk memintal buih yang memutih.. untuk dijadikan permaidani .. sepertimana yang tertulis dalam novel cinta.. juga mustahil bagiku .. mencapai bintang dilangit.. untuk menjadikan hantaran.. syarat untuk memilikimu.. semua itu sungguh aku tak termampu...' exist

No comments: