Tuesday, December 25, 2007

Setahun Berlalu

Tahun baru bakal menjelang.. dalam 5 hari lagi dalam kalau mengikut anggaran aku.. hermm.. apa yang menarik sangat tentang tahun baru ni.. pada aku biasa sahaja.. yang meninggalkan kesan yang nyata pada aku.. cuma perkiraan umur aku sudah meningkat lagi setahun.. kira sudah semakin tua laa.. hehehe



dan seperti kebiasaannya.. orang2 akan sibuk dengan azam.. azam tahu baru la kiranya.. kalau mengikut ilmu motivasi setiap insan yang ingin berjaya perlu ada azam tahun baru.. adeii.. betul ke idak aku tak tahu.. mungkin benar kut..



pada kebiasaannya orang asik menanam azam tahun baru tanpa menoleh kepada penghidupannya yang telah ditinggalkan setahun lepas tanpa mengambil iktibar daripadanya... pelikkan.. ingin mengejar cita2 baru tanpa mengambil pedoman dari sejarah yang lepas..



pada aku sendiri.. azam itu tidak berapa penting.. yang penting sejarah aku yang lepas.. kerana daripada situ akan timbul keazaman yang baru untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lepas.. aku rasa pengazaman yang sebegitu lebih penuh dengan nilai kesemangatan yang tinggi untuk dicapai..



dan yang lebih memelikkan diri aku yang memang dah sedia pelik ini.. mengapa setiap tahun baru mesti ada azam baru... hehehe.. orang berlumba lumba ( betul ke istilah ini) menanam azam baru.. tak lupa juga ada yang bertanyakan azam orang lain...



pada pemahaman aku.. azam adalah satu niat.. dan semestinya niat itu adalah niat yang baik.. dan sesuatu niat yang baik tidak semestinya bermusim.. setiap niat yang baik biasanya sesudah datangnya keburukkan.. dan seharusnya kita meniatkan sesuatu yang baik itu setiap masa tanpa mengira waktu tertentu.. ingat.. hanya pada prespektif aku sahaja.. lain padang lain belalang..



itulah sebabnya aku sentiasa berazam tidak mengira masa.. jika aku fikirkan aku perlukan berbuat sesuatu.. aku akan tentukan azam aku.. mulakan langkah.. dan tetapkan pendirian.. insayallah.. harap aku akan berjaya mencapai azam tersebut..





Wallahhuallam...

No comments: