Penyair arab pernah bermadah
'... Cinta ibarat pendatang.. ia akan datang pada jiwa yang kesepian.. lalu bila ia datang.. ia akan terus bersarang...'
aku rasa mmg btol laa apa yang penyair tu kata.. mmg payah bila kita hendak membuangkan perasaan cinta kita pada seseorang setelah kita menyintai dia sepenuh hati...
adeii..
'..come on ... wake up kafnun... lawan balekkk perasaan tu..'
itulah salah satu email dari seseorang yg komen blog aku...
terima kasih bebanyak kepada kawan2 yang setia memberi komen kat blog aku.. ader yg komen terus kat blog.. ada juga yang hantar komen melaui emaill.. terima kasih skali lagi..
kadang2 aku rasa sudah tidak mampu menanggung perasaan ini lagi.. macam yang aku nyatakan pada blog2 yang lepas.. terlampau letih... seumur hidup aku tak pernah aku rasa seletih begini...
tapi aku rasa mungkin selepas ini aku akan ambil satu tindakan drastik... mungkin ini pilihan aku yang terakhir.. daripada aku menanggung masalah sebegini.. lebih baik aku mengorbankan sedikit apa yang aku inginkan..
mungkin aku korbankan cita2 aku.. selepas perasaan aku semakin pulih.. aku akan kumpulkan semula semangat2 aku untuk aku tumpukan kepada cita2 aku yang lain.. semata mata untuk mengembalikkan kehidupan aku seperti sediakala...
Kawan baik aku pernah berkata.. untuk membuat keputusan di dalam menentukan arah kehidupan memang sukar.. memang benar apa yang dia cakap...
kalau tidak berlandaskan apa yang sepatutnya disandarkan.. memang boleh terpesong setiap keputusan yang kita ambil...
Jadi aku mengingatkan diriku sendiri.. setiap keputusan akan ada kesannya.. sama ada kesan terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain...
tetapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan yang akan memberi kesan kepada orang lain walaupun kesan itu tercalit sedikit.. biarlah kesannya itu aku menanggung seorang.. asalkan tidak menjejaskan orang lain...
'.. ingin ku pergi jauh darimu.. agar ku kenang erti rindu ini.. ingin aku menyelami jiwamu.. agar ku kenal diri mu kasih.. ingin aku membenci dirimu.. tetapi kebencian tiada padaku.. walaupun apa kau sangkakan.. aku tetap cinta padamu..' seribu bintang
wallahhuallam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
huhu.. jgnla sedih sedih.. x best la cengginih
Post a Comment