Friday, December 21, 2007

Erti Sebuah Ketenangan

Pengorbanan..?? aku sendiri tertanya-tanya apakah maksud pengorbanan yang sebenar.. dan sempena Hari Raya Aidiladha yang tiba kini.. hari ini sudah hari tasyriq pertama.. aku masih tercari-cari erti pengorbanan yang dapat aku tafsirkan sendiri..



Aku biasa dengar.. pengorbanan terhadap agama, bangsa dan negara.. agak sinonim dengan pengorbanan terhadap ibubapa, keluarga dan sebagainya.. dan sudah semestinya setiap pengorbanan perlu sesuai dengan kadar niat serta keikhlasannya bagi menjamin kesempurnaannya..



pada tafsiran aku.. sesuatu pengorbanan itu perlu dilakukan untuk memperolehi sesuatu..sebagai contoh, kita perlu mengorbankan masa, tenaga serta wang ringgit untuk mengejar segulung ijazah.. tidak ada apa di dunia ini yang akan kita perolehi tanpa melakukan perngorbanan walaupun sekecil kecilnya...



pernahkah kita dengar.. mengorbankan pengorbanan yang ingin dilakukan demi sebuah kedamaian.. terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi menemui sebuah ketenangan.. dan semestinya ketenangan itu berupakan kebahagian orang yang paling kita sayangi..



kadang kala masa tidak selalu berada di pihak kita.. selalu kita fikirkan bahawa kita sering terlambat untuk diketemukan dengan sesuatu dan terasa amat rugi kita tidak diketemukan seawalnya.. tapi aku mengingati diriku sendiri.. sesuatu yang kita rasa baik bari diri kita.. tidak semestinya yang yang terbaik buat diri kita.. semuanya berada di alam rahsia Allah.. dan sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk buat diri kita..



walaupun pengorbanan ini kesakitannya tidak nampak dimata.. namun hati yang sentiasa berdaya menahan terjahannya.. walaupun ianya amat menyakitkan..





'.. luka yang tak terasa.. mengalir darah yang tak berwarna.. bagai jeritan tanpa suara.. tangisan dalam ketawa.. sedu sedan menjadi syairnya.. terasa ingin ku sentuh bayanganmu.. walaupun hanya seketika cuma.. agar hilang rinduku sementara..' damasutra





Wallahhuallam

No comments: