Masa :Sabtu 0005 jam..
Situasi : tgh blur tahap kesembilan
Posisi : meniarap sambil mengadap laptop
Kondisi : sambil layan lagu p ramlee.. kopi gano secawan
Iyarkhhh...
adeii.. x leh tido ni.. badan letih sangat.. punya la seksa.. tapi takpe.. masih boleh guling2 sambil baring2.. kira rehat la jugak tuh...
Sambil baca blog member2 yang lain.. aku terfikir pulak.. rajin sangat mereka ni update blog.. ada saje yang nak ditulisnya.. aku pun ni satu.. bila baca blog kekawan tak pulak tinggal komen.. jenuh laa mereka ni bising.. ngape dah baca tapi tak tinggalkan komen... huhuh
Bukan aku xnak tinggalkan komen.. abiss.. kalau dah takde apa yang hendak di komen.. baik tak payah tulis.. buang karan je merapu rapu ni.. kalau situasi dimana komen aku memberikan impak.. nahh.. disini baru aku tinggalkan komen.. kalau tak macam orang tua2 perak cakap ' .. grhenti kan jela kome ..'
Blog aku pulak..?
Ader member aku yang baca blog aku nih yang mengatakan blog aku ni lain sikit.. seperti tempat meluahkan perasaan.. jika orang baca mesti boleh fahamilah diri aku ni.. kira tahu la semua rahsia aku... adeiii.. takde makna nya.. jangan salah faham...
Dekat blog ni aku hanya menulis mungkin tak sampai 10% daripada apa yang ada pada diri aku ni.. dah memang sejak azali kot aku ni perahsia.. dengan keluarga sendiri pun aku berahsia... huhuh.. dan yang menjadi rahsia aku selama lamanya ada dalam sekitar 45% dan tak mungkin aku akan ceritakan.. baki 45% mana pulak perginya??haaa.. yang ni memang khas kuota untuk insan yang mampu menyelami hati aku ini.. aku tinggalkan bahagian ini yang selama ini aku sendiri tidak mampu menyelaminya.. kalau mengikut firasat aku memang takde kut.. kalau tiada.. biarlah ia tertanam menjadi batu karang tempat perasaan serta harapan berenang renang tanpa ada sebarang ganguan didasar hati...
'.. Sungai yang mengalir tetap berliku..Yang berubah cuma pasirnya sahaja..penghujungnya muara..dan setiaku kini hanya satu.. kasihku juga bukanlah beribu..biar bercerai badan.. jasad ataupun nyawa.. aku akan tetap setia..'
Wallahhuallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
isk..tun rs.. bace blog dia. org tu kena berjiwa seni nk paham.
kalau org strett mcm tun..xkan paham kot sampey bile bile.
gagagga
kene le blojo seni cik tun oii kalu nk paham.. hahah
kafnun..
Post a Comment