Sedar tak sedar.. hampir pukul 4.30 pagi dah.. uishh.. memang mata aku dah tak boleh tido langsung hari ini.. dah tu sejuk plak pagi ni.. kat luar tu hujan rintik2.. lagi la bertambah sejuk..
Aku mencapai buku diari aku.. aku melangkah keluar perlahan lahan keluar rumah.. terus duduk diatas buaian yang berada di laman rumah.. suasana yang sejuk menambahkan lagi kedamaian dan ketenangan pada pagi itu..
Teringat pulak aku pada lagu Allahyarham Sudirman bertajuk Hujan..
'..hujan yang turun..bersama air mata..bersama pedih.. bersama rindu.. kau datang dan kau pergi jua.. rindu lagi..'
Aku memerhatikan titisan manik2 hujan yang turun.. suasana sebegini telah membangkitkan ingatan aku kepada masa2 silam..
Bagaimana masa masa silam yang berlalu pergi yang telah mendewasakan aku.. rasanya terlampau banyak perkara2 pada masa lepas yang aku tinggalkan.. tanpa aku memikulnya untuk dibawa ke masa hadapan.. mengapa aku tidak terfikir pada masa itu untuk melakukan perkara tersebut.. sehingga aku menangisi hari lalu pada hari ini..
Tidak tefikir aku pada masa itu untuk menolak takdirku dengan takdir.. tak terdaya aku mengheret masa silam untuk di pintal semula.. agar menjadi buih2 kehidupan aku pada masa kini..
Rindu aku pada masa2 silam yang lalu..
Rindu aku pada sesuatu yang aku tinggalkan..
Rindu aku pada sesuatu yang tidak dapat aku lupakan..
Rindu aku pada seseorang yang sedari dulu tidak aku ketemukan..
Biarkanlah masa lalu berlalu..
Yang penting sekarang ini.. aku tidak mahu melepaskan setiap peluang yang ada didepan mata aku berlalu begitu sahaja.. supaya aku tidak akan menangisi masa kini aku pada masa hadapan..
Aku kumpul segala kekuatan.. Ku harungi segala kedukaan keseorangan.. yang menambahkan lagi kesanggupan menempuhi dugaan..
Wallahhuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
oit... ape he tuh... ngeh ngeh ngeh
chakkkk!!!
lenkali xleh tdo jom chat ngn tun.. huhuhu.. tapi. tenet dia mcm TUTTT..suka dc
gagagga
a'ah.. btoi tuh... kelat pon... kalo x bleh tido, kelat chat ngan tun.. kan tun kan.. kannn...
ate selama ni pun.. kalau xleh tido org cht ngn sape.. dah tu asek ader je org tu tulih msg 'jgn kaco'.. hahah
kafnun...
ngeh ngeh..-jgn kacau tu saja je nk menguji keberanian mereka yg berani.
kalau berani kacau ler.. gaggagag
Post a Comment