Friday, November 2, 2007
Hidup Selepas Kehidupan
Jumaat...
Pagi pagi lagi.. rutin biasa aku pada pagi jumaat sebelum pergi ke pejabat...
Pergi ziarah 'rumah' emak aku kat perkampungan akhirat...
Kerana mengikut sebuah kitab yang aku baca... semua roh yang ada dialam barzakh akan diberitahu oleh malaikat tentang kedatangan orang yang menziarahi mereka pada hari jumaat.. terutamanya anak2 mereka yang masih hidup.. malah mereka akan menjawab salam yang diberikan kepada meraka.. bahkan setiap kerja dan tindak tanduk anak2 mereka diatas dunia ini mereka mengatahuinya...
Biasanya selapas aku memberi 'hadiah' aku kepada arwah emak aku... aku akan duduk lama di situ.. aku selalu membayangkan tentang nasib roh2 yang ader di alam barzakh itu.. mungkin ader yang disiksa dengan siksaan kubur.. ader pula yang tidur seperti tidur seorang raja yang hanya menunggu hari perhitungan sahaja... adeii.. tak dapat aku bayangkan..
Yang cuma aku risaukan.. bagaimanakah nasib aku nanti.. macam mana la nanti bila mngadap malaikat yang menyoal soalan kubur.. tdk terbayang betapa ngerinya pada masa itu...
Bagaimana aku menghadapi kesukaran sempitnya kubur..
Kadang kadang manusia ini terlampau memikirkan soal kehidupan dunia sahaja tanpa memikirkan walaupun sedetik tentang kehidupan diakhirat kelak... sampaikan ada pendapat yang mengatakan mengingati mati itu satu perbuatan yang menyekat kemajuan.. manusia akan meninggalkan usaha2 untuk mengejar kemajuan dunia kerana asyik beribadat kerana terlalu mengingati mati.. sedangkan dalam islam sendiri menggalakkan manusia mengejar hidup didunia dan tidak mengabaikan bekalan di akhirat..
Pada aku sendiri... lagi aku mengingati mati.. lagi kuat aku bekerja... kerana aku inginkan setiap pekerjaan aku itu mendapat menafaat daripadanya..bukan hanya manafaat dunia tetapi mendapat keredhaan Allah sekali... dan untuk itu setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah diniatkan hanya kerana Allah.. barulah setiap pekerjaan itu dinilai sebagai ibadah.. dan bukannya sesuatu yang mudah untuk aku sendiri meniatkan sesuatu pekerjaan itu hanya kerana Allah.. kerana setiap pekerjaan yang diniat itu perlu dilakukan dengan tahap keikhlasan yang betul.. baru ia dikira sebagai ibadah...
Adeii.. lama gak aku duduk kat sini.. kat hampir sejam dah... ermm.. dah nak pukul 8.20 dah.. nanti lambat pulak masuk pejabat ...
Aku memberi salam sambil mengusap batu nisan yang terletak di atas pusara arwah emak aku..
'.. Assalamulaikum emak.. org balek dulu..' kemudian aku melangkah pergi..
Wallahhuallam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
erm... sori.. nak tanya... umah mak mike kat jln bendahara??? yg kat simpang 3 tu ker... mike dok mane ek... dulu kelat salu lalu area situ... lalu jer... kelat mesti kasi salam kat dema... huhuhu...
Post a Comment