Saturday, November 10, 2007
Andai Pohon Berbicara
Ada orang yang mengatakan masalah itu adalah kehidupan..
Ada juga yang mengatakan kehidupan itu adalah permasaalahan..
Macam biasa..
Bagi aku masalah dalam hidup satu hanya satu bentuk ujian.. tak akan kita hanya hidup di dunia ini tanpa sedikit pun ujian yang salah satunya merupakan masalah..
Cuma cara kita sahaja yang berbeza beza untuk menangani masalah itu..
Dan ingat.. setiap apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan merupakan qada dan qadarNya..
'.. ada kalanya Allah menurunkan qada dan qadar atas seseorang itu merupakan bala, sama ada kematian orang yang dikasihi, kefakiran ataupun penyakit.. sesungguhnya malikat Jibrail itu ditugaskan untuk menunaikan hajat manusia.. apabila seorang kafir itu memohon kepada Allah, Allah akan memerintahkan malaikat Jibrail agar segera menunaikan hajatnya kerana Allah tidak mahu serta benci mendengar rintihannya.. Dan apabila seorang mukmin beriman memohon kepada Allah, merintih penyakit yang dideritainya, masalah yang dihadapinya dan sebagainya, Allah swt memerintahkan Jibrail agar menahan supaya tidak diberikan apa yang dipohonnya, jangan dilaksana apa yang dirintihnya, kerana Allah amat rindu untuk mendengar doa atau rintihannya yang begitu ikhlas dan sepenuh hati.. kalau rintihan itu diberi, hamba berkenaan akan lupakan dirinya, lupakan Allah.. Namun apabila tiba waktunya, Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan penuh takwa lalu akhirnya ia masuk kedalam syurga Allah...' Ustaz Amran Kasimin, artikel dalam Utusan Malaysia
Cara kita mesti berbeza2, bagaimana kita hendak mengurangkan tekanan setiap permasalahan itu selain berdoa..
Aku pula lebih suka menyendiri.. dan waktu ini lah yang biasanya aku suka meyindiri.. sepertiga malam.. dengan keadaan sekeliling senyap sunyi.. lebih mudah aku bermuhasabah diri aku.. lebih tenang.. lebih damai..
Selain itu aku lebih suka menyendiri di tempat2 yang ader 'touching value'.. dan salah satu tempatnya seperti gambar kat tas tuh.. huhuhu.. memang tenang sangat kat atas bukit tu.. aku selalu naik kat atas bukit tu selepas subuh.. dan masa nak naik tu makan masa sejam jugak la.. melalui jalan berturap.. sambil menikmati pemandangan matahari naik.. uwahh.. syahdu giler.. angin sepoi2 bahasa.. kalau laa aku bawak buku nota naik atas tuh.. aku tak tahu la.. mungkin aku dah jadi penulis kot sekarang ni.. idea datang dan pergi.. sampai boleh lupa segala masalah bila aku berada dekat atas bukit tu..
'..Dan jika segala pohon yang berada di atas bukit itu bisa memahami isi hati aku ini.. mungkin ianya boleh berbicara, menceritakan kepada semua tentang apa yang aku alami sekarang ini.. tapi apakan daya.. ia hanyalah pohon yang hanya tegak berdiri ..yang hanya menjadi saksi dikala hatiku berbicara sendiri..'
Wallahhuallam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment