Tangan aku gatal je capai majalah remaja yang adik aku selalu beli tu.. apa laa yang minat sangat dia beli.. takde apa2 pun yang menarik.. arhkk.. layan je laa.. dah la tgh blur ni..
Adeiii.. busan.. busan.. xde topik lain ke.. tips bercinta laa.. zodiak laa.. cara bermake up laa.. fesyen laa.. iyarhhkkk.. ni yang buatkan aku bertambah blur ni...
Tips bercinta ekk.. ermm.. macam menarik gak.. tapi aku selalu sangat baca artikel2 yang macam ni.. naik mual pun ader.. isinya tetap sama.. cuma ayat dan cara olahan nya sahaja yang berbeza.. kadang2 ianya lari daripada fitrah sebenar cinta itu..
Disini aku nak kongsi sikit, pada persepsi aku tentang erti cinta yang sebenar..
Kebiasaannya manusia memilik dua cinta.. dan hendaklah dia memilih satu antara dua cinta tersebut.. kerana tidak mungkin dua cinta bersatu didalam satu hati dan ia juga tidak akan hilang secara keseluruhannya..
Cinta pula mempunyai beberapa tahap tingkatan.. pada tahap pertama adalah perhubungan antara yang mencintai dengan yang dicintainya..
Tahap kedua pula adalah tercurah hatinya kepda yang dicintainya..
Tahap selanjutnya adalah dimana keterpautan atau kelekatan hati kepada yang dicintai secara berkesinambungan sehingga tidak terlepas lagi..
Tahap ke empat adalah dimana ia pergi menuju kepada yang dicintainyadengan kecintaan yang berlebihan..
Tahap seterusnya adalah dimana dia memperoleh kedamaian hati kepada yang dicintai dan cinta itu tertulis didalam hati dalam bentuk kerinduan..
Tahap terakhir adalah dimana ia adalah kesempurnaan cinta, dimanatidak ada lagi ruang dan tempat di hati yang mencintai selain yang dicintainya
Cinta adalah sumber setiap perbuatan.. setiap perbuatan di dalam kemulian ataupun kehinaan sumbernya adalah cinta.. setiap jenis cinta juga mempunyai pengaruh dan kesan.. baik cinta yang terpuji ataupun yang tercela.. sama ada cinta yang bermanfaat ataupun yang merbahaya..Masing2 memberikan pengaruh dan mengarahkan perasaan kejiwaan, rindu, kedekatan, gembira, sedih, menangis, dan lainnya...
Cinta yang terpuji adalah cinta yang mendatangkan manfaat pada orang yang mencintai dengan yang dicintai, didunia dan juga akhirat.. dan cinta sebigini merupakan awalan kebahagian seseorang...Cinta sebeginijuga bermanfaat baginya.. sekiranya dia menangis, tangisnya itu bermanfaat baginya.. begitu juga bila dia besedih, gembira, semuanya bermanfaat baginya.. dia akan selalu mendapat nilai tambah dankeuntungan bukan sahaja didunia tapi di akhirat.. hasil daripada cinta yang terpuji..
Sebaliknya cinta yang hina adalah cinta yang mendatangkan cela dan kebinasaan..cinta ini bisa membawa orang yang mencintai itu ke lembah kebinasaan.. orang yang hati dan akalnya hidup tidak akan memilih cinta sebigini yang membawa kesengsaraan...
Pilihan berada di tangan kita.. Jangan biarkan cinta itu membutakan mata.. tidak salah berkorban kerana cinta.. tetapi hendaklah beralaskan akal dan agama..
Cinta itu indah.. bagi aku.. menyintai itu bahagia.. dan dicintai pelengkap segala.. dan aku jadikan cinta itu satu sumber kekuatan..bagi setiap usaha dan perbuatan..
Penyair pernah berkata;
Andai kata cinta berkata bahawa ia tiada, hatiku tidak percayakerana ianya terasa dan di hati rahsia ia berada... Andai kata cinta berkata bahawa ia ada, mataku tidak percaya kerana aku bingung antara percaya dengan tidak percaya...
Wallahhuallam
4 comments:
mcm syahdu je baca yg ni. gagaga..
tun pun busan gak bace tips bercinta. busan busan pun tun bace gak!!..
gagaggaga..
tun yg baca pun syahdu.. belum lagi yg menulisnya.. lagi syahdu kut...
oitttt... bdua je ker... mane yg lain??? ngeh ngeh ngeh...
korang ni bcinta ker... ahaks.... caboooooooottttt... ;-)
adeiii.. jgn kelat.. ku kata jgn.. nak buat spekulasi plakk.. adeii.. nak kena dia ni... hahahaha
kafnun...
Post a Comment