Thursday, January 31, 2008
Penghargaan
sekarang ni satu pun tak boleh masuk.. mata pulak boleh tahan juga
mengantuknya.. lepas mencoret blog ni baru laku tidur kut..
Ini dah malam ketiga aku bermalam di pejabat.. sebab nak temankan
kawan aku yang tak boleh balik ke rumah kerana keretanya rosak jadi
terpaksa la dia tidur di pejabat.. aku pulak mengambil kesempatan ini untuk
membuat 'kerja2' aku di opis.. sekurang kurangnya ada juga teman aku..
teman apanya..? kawan aku dah lena dah.. pukul 12 tadi dah tidurnya..
jadi tinggallah aku keseorangan seperti sediakala... aku nasihatkan laa
kalau nak cari bakal suami jangan laa cari yang macam aku.. tak berbaloi
sungguh... mendatangkan kerugian sahaja.. sebab sehari suntuk dekat pejabat
sahaja.. entah bila baru balek rumahnya.. hahaha..
tadi aku ada terbaca satu artikel tentang 'bagaimana hendak memotivasikan diri'..
antara salah satu caranya adalah dengan menangani tekanan..
bagaimana menangani tekanan..?
antaranya ialah mengurus diri dengan bijak,mengawal persekitaran dengan mengawal
siapa dan apa di sekeliling kita,yakinkan diri secara positif, memberi
penghargaan kepada diri sendiri,bersenam,rehat,mengambil tahu tentang diri
sendiri, makanan seimbang dan belajarlah untuk berseronok..
memang menarik.. yang palin menarik sekali bagi aku adalah 'memberi
penghargaan kepada diri sendiri ( reward yourself)..
berapa banyak darpada kita yang selalu membuat perkara tersebut.. aku rasa
jarang kut.. kalau ada pun mungkin kita tidak sedar yang kita sedang
men 'reward' kan diri sendiri.. oleh sebab ketidakambiltahuan itulah
kita seperti tidak mengahargai apa yang telah diberikan oleh kita
kepada diri kita sendiri ( faham ke.. hahaha)
oleh itu.. aku mengingati diriku sendiri.. carilah masa sedikit untuk
diri sendiri.. bukan sebagai penlalai masa tetapi mencari hanya sekadar
seteguk waktu untuk ketenangan yang sedang kehausan...
Wallahuallam...
Tuesday, January 29, 2008
TAG 2
1.Name one person who made you laugh last night?
Cik Kelat.. lawak giler.. saiz kasut 4.. spesis hobits ke.. hahaha
2. What were you doing at 0800?
drive 2 office
3. What were you doing 30 minutes ago?
hula hula
4. What happened to you in 2006?
somebody ‘steal’ my heart
5. What was the last thing you said out loud?
mamak.. kira
6. How many beverages did you have today?
tosei.. 1 pieces
7. What color is your hairbrush?
I didn’t used hairbrush
8.What was the last thing you paid for?
topup
9. Where were you last night?
at office.. so so so so many work .. huwaaaa
10. What color is your front door?
ermm.. brown.. kot.. hahaha
11. Where do you keep your change?
wallet la.. adeii..
12. What's the weather like today?
heat from hell
13. What's the best ice-cream flavor?
ermm.. vanilla.. chocolate.. nyum nyumm
14. What excites you?
nothing.. sometime
15. Do you want to cut your hair?
yup.. every month
16. Are you over the age of 25?
hahah.. I think no…
17. Do you talk a lot?
uncommunicative
18. Do you watch the O.C.?
apakejadahnyer tu
19. Do you know anyone named Steven?
non
20. Do you make up your own words?
tu la pasal..
21. Are you a jealous person?
sometime.. hihihih.. syhhhh
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
azwan.. azrar.. akelat.. atun teja.. who else.. hahahah ( igt aku xde koje ke)
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'
kaka.. kiki.. kuku.. koko… ( weii.. busan nyer soklan laa)
24. Who's the first person on your received call list?
my sist
25. What does the last text message you received say?
u hav miss call from blab la bla bla
26. Do you chew on your straw?
hahaha… when boring
27. Do you have curly hair?
nop
28. Where's the next place you're going to?
do no yet…
29. Who's the rudest person in your life?
xdak..
30. What was the last thing you ate?
kacang putih
31. Will you get married in the future?
deiii.. wht type of question laa.. hampehhh
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
xdak.. busy giler..
33. Is there anyone you like right now?
Hihihih.. syhhh.. my big secret
34. When was the last time you did the dishes?
this morning.. my mug
35. Are you currently depressed?
nop
36. Did you cry today?
nop..
37. Why did you answer and post this?
hampeh… dah byk tanyer.. bole Tanya balek apsal jawab.. nak kene tarik kokak ke..
38. Tag 6 people who would do this survey
xmo la.. xbaek kene
Merubah Perubahan
Pernah dengar istilah 'peta kehidupan'... kalau cari pada kamus pun aku rasa tidak ada kut istilah ni.. mungkin aku sendiri yang cipta istilah itu.. heheh.. apa itu peta kehidupan?? dengar macam sesuatu benda yang rumit dan penting sahaja..
aku buat benda alah ni pun masa aku mula2 masuk ke alam perkerjaan dahulu.. melalui proses pembelajaran tidak formal, aku mula melakukan catatan apa yang akan aku lakukan pada hari esok pada hari ini.. kira sebelum balik kerja aku akan tulis benda2 penting yang akan atau kene buat pada hari esok.. kira macam planner laa.. tapi aku tulis tak mengikut format sangat.. pada tajuk atas tu aku akan tulis 'things to do - date'.. itu sahaja.. tak nampak macam formal sangat tapi kepentingannya sama dengan 'planner'..
lama kelamaan aku merasa apa salah kiranya aku panjangkan sikit perancangan aku ni..kepada setahun ke.. 2 tahun ke.. uwahh.. menarik.. ia akan jadi seperti 'target' aku di masa akan datang.. nahh.. itulah dia sebenarnya peta kehidupan tersebut.. ianya hanyalah sebuah perancangan.. dan pada hari ini aku sudah mempunyai perancangan apa yang akan aku lakukan sehingga 10 tahun akan datang... heheh..nampak pelik.. tapi insya allah, realistik..
dalam kesemua impian aku itu.. semuanya akan aku gapai sendiri.. maksudnya aku akan 'hulurkan tanganku' sendiri untuk 'mengambilnya'.. cuma yang satu ini sahaja.. yang mana mungkin.. aku tidak akan menghulurkan tangan aku untuk mencapai nya.. mungkin akan ku tunggu 'ia' sendiri menghulurkan 'tangannya' untuk ku sambut.. hanya yang satu ini..
aku rasa sehingga hari ini terlampau banyak perubahan yang aku lakukan ke atas diriku ini.. semangat berubah untuk manjadi yang lebih baik.. kadang kala orang sangat takutkan perubahan.. maksudnya perubahan sesuatu tentang dirinya ataupun suasana sekeliling.. dan sudah semestinya apa yang aku maksudkan disini perubahan yang baik bukan sebaliknya..
kadang kala kita dengar pelbagai alasan.. tidak bersedia..! takut tak dapat sesuaikan diri.! risaukan tidak mengkecapi kebahagiaan.! dan macam2 lagi..
aku mengingatkan diriku sendiri.. jangan jadikan semua itu alasan.. jika masa perubahan itu sampai nanti terimalah seikhlasnya.. hadapi dengan tenang dan anggap sahaja takdir kita telah sampai hari itu.. anggap perubahan yang datang akan menheret sekali kebahagian yang kita inginkan.. yang penting cubalah merubah diri terhadap keadaan dan jangan mengharapkan perubahan keadaan mengikut kesesuaian diri kita..
Wallahhuallam
Saturday, January 26, 2008
Dua Puluh Empat Jam
waktu ni pun aku terpaksa berhenti sebentar untuk berehat.. rehatkan minda.. tu yang meringankan tangan untuk menulis sesuatu di blog ni.. dan masa ni pula aku teringatkan seseorang... seseorang yang aku anggap seperti adikku sendiri.. seseorang yang mempunyai masalah tetapi tiada dorongan ataupun usaha untuk ke arah perubahan..
dah lama rasanya aku tak bertanyakan khabarnya.. selalunya aku menanyakan khabarnya pada orang lain juga.. orang yang rapat dengan dia.. bukan pada dirinya.. aku dapat tahu masalah dirinya pun dari orang ini lah... yang sudi berkongsi cerita dengan aku yang mana pada percakapannya menyatakan dia tak tahu lagi pada siapa harus dia ceritakan..
memang aku jenis yang berhati lembut tetapi pada luaran nampak sebaliknya.. aku sungguh tersentuh mendengar cerita yang disampaikan kepada aku.. kalaulah aku mempunya 'hak' atau hubungan yang menghalalkan aku untuk membimbing dia.. akan aku lakukan.. tetapi keadaan tidak mengizinkan.. anggapan orang yang mungkin akan mengatakan aku cuba mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain terus membantutkan usaha aku.. aku juga takut ada yang akan menyatakan aku ini ingin menunjukkan kebaikkan terhadap orang itu..
jadi langkah aku sudah terbatas oleh kemungkinan2 yang akan timbul.. cuma apa yang aku mampu menyampaikan pesanan kepada orang yang dekat dengannya supaya terus menerus membimbingnya tanpa meninggalkannya.. dan tak ada apa daya usaha yang lebih baik yang dapat aku lakukan kecuali hanya memohon hajat kepada tuhan moga diberikan kepada insan itu seribu rahmat dan supaya dibukakan pintu hatinya untuk berubah..
kadangkala orang beranggapan.. apa guna berusaha.. jika takdir itu tidak menyebelahi usaha yang kita lakukan.. penat2 sahaja kita usaha tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangka kerana takdirnya sudah bergitu..
ingat firman Allah..
'sesungguhnya allah itu tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri mengubah nasibnya'
Jadi.. tiadalah apa yang dikatakan takdir tuhan itu..?
Ingat Tuhan itu maha adil.. Ia akan mengurniakan sesuatu itu berdasarkan tahap ikhtiar serta usaha yang dilakukan oleh seseorang manusia itu..
Takdir sudah pasti ada.. setiap takdir itu terletak di akhir setiap ikhtiar atau usaha yang kita lakukan...
Wallahhuallam..
Friday, January 25, 2008
Off Line
0310 jam; 25 Jan 2008
Pada perkiraan aku ini pertama kalinya aku menulis blog secara ‘off line’..Aku sedang berada di hospital waktu ini.. Sedang ‘menunaikan’ tanggung jawab aku sebagai seorang anak.. Biasa la pada aku.. penyakit orang tua.. bila sudah sampai waktu sakitnya..
Itu pasal pada pada tafsiran aku .. setiap sakit yang tuhan berikan.. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menguji tahap kesabaran.. Bukan setakat orang yang ditimpa ujian tersebut malah terbabit sekali orang yang disekelilingnya.. Terpulang bagaimana setiap individu itu mengahadapinya..
Sedang aku duduk disisi ayahku yang sedang tidur.. pada pengamatan aku yang tak berapa nak lena..( ada ke orang sakit tidur lena.. ermm)
Aku macam biasa.. tak boleh berenggang walau sesaat dengan laptop aku ini..
Mata pula.. jangan kata nak tidur.. mengantuk pun tak menampakkan tanda walau sikitpun..
Sedangkan aku berada di atas peraduan yang empuk lagi selesa pun payah untuk aku lelapkan mata.. inikan pula diatas kerusi yang tadak beralas ini… lagi laa..
Mujurla laa ada ‘ temanku’ yang paling setia ni.. kalu tidak mahu la aku ni ‘mati kuman’ cakap orang perak..
Sebelum aku buka laptop ni tadi.. aku rasa ada la dekat 10 kali aku kehulu kehilir dari hujung sini hingga hujung
Pada pengamatan aku .. kesemua pesakit yang berada disini semuanya berteman.. maksud aku ada orang yang jaga la..
Aku mula terfikir.. inilah masanya jika seseorang itu mahu menguji sehingga tahap mana kadar pengucapanya setanding dengan kadar perbuatannya..
Maksud aku disini.. jika pasangan kita dahulu pernah mengucapkan..
‘ lautan api akan ku renangi’
‘ hidup dan mati biarlah ku bersama mu’
Dan pelbagai lagi ungkapan.. yang menggambarkan bahawa kesanggupan untuk sentiasa bersama menghadapi rintangan dan ujian yang bakal ditempuhi…
Nah.. disinilah salah satu tempatnya..kerana harga sebuah perngorbanan yang sebenar dapat dinilai disini…
Aku mengingatkan diriku sendiri disini.. kadang kala ucapan yang kita keluarkan selalunya tidak sama dengan kadar perbuatan kita.. ataupun dengan kadar kesanggupan kita untuk menunaikannya..
Memang kita sanggup lakukan apa sahaja untuk orang yang kita cintai.. sayangi..
Tapi siapa tahu tahap kesabaran kita.. kerana kita sendiri tidak punyai tolok pengukur untuk mentafsir nilai kesabaran kita masa kini ataupun yang akan datang..
Mungkin sekarang kita memang ‘ikhlas’ dan jujur dengan ucapan kita…
Namun pengorbanan yang sebenar akan dihitung ketika ujian atau musibah menerpa kita buat kali pertama dan seterusnya…
Dan kesanggupan kita didalam menghadapinya…
‘seribu tahun takkan sama.. sesaat berpadu dalam nyata.. kerana kasih ku sanggup korbankan.. jasad dan nyawa.. terang bulan kerana mentari.. hadir bayang kerana cahaya.. begitukah.. cinta kita.. tiada jarak pemisah langit..tiada tabir sempadan bumi.. aku menerima dan jua memberi.. seikhlas hati’ penghujung rindu
Wallahhuallam…
Wednesday, January 23, 2008
Labih Baik
Petang semalam lagi sekali aku di'uji'.. dalam keadaan yang tak berapa sihat, aku terpaksa pergi ke manjung kerana terdapat satu 'on call'.. aku bertolak dari ipoh lebih kurang pukul 4 ptg.. tuhan je la tahu betapa letihnya aku pada masa tu.. dengan kepala sakinya.. aku memandu seorang diri.. habis sahaja kerja di sana dalam pukul 6.. aku terus memandu pulang..
dalam perjalan tu beberapa kali la berhenti tidur di tepi jalan.. tak tahan woo.. sampai2 je di rumah terus tidur dalam pukul 9 malam...sedar2 bangun pukul 10 pagi tadi je.. apa lagi terus je pegi klinik.. dah tak tahan rasanya.. balik dari klinik terus pergi ke pejabat ni.. punyalah degil... sakit2 pun ada hati pergi pejabat.. hehehe..
' tidaklah seorang yang sakit dihina atau tertusuk duri, kecuali Allah mengugurkan dosanya, bagai gugurnya daun daun' hadith riwayat muslim
ok.. tinggalkan kisah sakit tadi.. apa aku nak tulis ni haa.. hahah.. takde .. aku cuma nak berkongsi apa itu yang di katakan kesabaran.. orang selalu cakap.. sabar ada batasnya.. pada aku laa... tafsiran itu silap sama sekali.. membataskan sabar beerti membataskan pahala.. sebenarnya orang yang mengatakan demikian tidak bersabar atas kesabaranya.. dan sabar juga bukan bermaksud pasrah tetapi kegigihan kita di atas pegangan yang telah ditetapkan oleh tuhan..
sabar juga bukan bermaksud kita pasif.. beerti kita hanya berpeluk tubuh sahaja terhadap apa yang menimpa.. sebenarnya sabar adalah sesuatu perbuatan yang aktif.. dimana ia adalah gabungan diantara sifat redha dan ikhtiar.. sabar bukan beerti diam tetapi bersifat aktif dalam aspek akal, tubuh dan sudah semestinya iman..
menceritakan penderitaan yang kita alami juga sebenarnya adalah mencerminkan sifat ketidaksabaran... apatah lagi menceritakan sesuatu yang lebih dari kenyataan.. kalau tidak berhati hati mungkin ianya boleh terjatuh didalam kategori kufur nikmat.. kita seperti menceritakan penderitaan ataupun 'ujian' yang Allah berikan kepada kita... apatah lagi menceritakannya kepada manusia lain, yang serba lemah..
apa yang boleh aku perkatakan disini.. hargailah waktu sihat yang kita perolehi.. tidak guna juga jika kita sihat tetapi penuh melakukan perkara yang ditegah.. lebih baik sakit yang sudah semestinya lebih mendekat diri kita kepada Allah.. tidak ada musibah yang terburuk kecuali tidak mempunyai sifat bersyukur serta tidak mempunyai kemampuan untuk bersabar..
Wallahhuallam..
Monday, January 21, 2008
Jambatan KeSana
' mee goreng basah.. jgn letak udang ekk.. minum .. bagi saya teh o ais..'
' ok..'
jam di tangan menunjukkan pukul 11 malam... deretan gerai yang terletak dikawasan perniagaan ini dipenuhi dengan manusia ( takkan binatang la pulak kan.. hahah ).. makin lama makin penuh pulak aku tengok..
aku pulak.. lepas keluar dari pejabat tadi terasa lapar... tu yang ringan je kaki tu melangkah ke tempat ni.. kelaparan yang berada di tahap yang maksimum ni..memang dah tak tertahan lagi dah..
dan memang aku ni jenis suka memikir.. tengah tunggu pesanan aku tiba.. mula laa fikiran aku melayang.. sampai tak peduli la orang di kiri kanan.. sebab bila fikiran aku sudah mula melayang.. aku akan berada di dunia aku sendiri.. ermmm.. macam mana nak cakap haa.. memang tak boleh gambarkan kan.. orang yang mengalaminya sahaja yang tahu.. kalau dalam bahasa motivasi ia dipanggil ' minda bawah sedar'.. hahaha
aku sering terfikir.. apa yang selalu memotivasikan diri aku ni.. apa yang memberikan aku kekuatan bagi aku meneruskan liku2 hidup aku ni.. orang selalu mengatakan mereka terdapat 'seseorang' di sebalik kejayaan mereka.. mereka mempunyai 'mentor' atau 'idola' sebagai pemangkin kejayaan mereka.. bagaimana pula dengan insan ( ceh ... istilah puitis sungguh) yang hanya hidup keseorangan.. mampukah mereka ini berjaya jika tiada sesuatu yang menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan mereka... layakkah mereka untuk meneruskan perjuangan tanpa diampu oleh 'sesuatu' di belakang mereka..
ingatlah... tiada orang lain yang mampu menjadi sumber inspirasi, idola serta asas motivasi bagi diri kita kecuali diri kita sendiri.. tiada apa pun yang lebih setia 'bersama' diri kita sentiasa kecuali diri kita sendiri.. sehingga maut menjelma sekalipun diri kita tetap 'kita.. seadanya..
mungkin kita tertanya.. bagaimana kita ingin memotivasikan diri sendiri.. sedangkan perasaan serta jiwa kita tak tenteram atapun diri kita sendiri pun tidak berada di jalan yang betul.. cuba fikir sejenak.. tiada apa yang lebih kuat dari dalam diri kita ini kecuali menahan nafsu.. tiada apa yang lebih baik dari dalam diri kita ini daripada berubah kepada yang lebih baik.. keinginan untuk berubah itu amat penting.. yang mampu mengatasi segala macam rintangan..
benar.. hakikat kehidupan manusia yang terlampau kompleks... saling memerlukan diantara satu sama lain.. kita tak bisa hidup bersendirian di dunia ini.. tapi tidak mustahil..ini bukan kehendak tapi cuma setakat renungan bersama... mengapa perlu bergantung pada sesuatu yang fana sedangkan terdapat yang bersifat 'kekal' ada bersama kita.. mengapa perlu mengasih pada sesuatu yang akan 'mati'.. sedangkan yang sentiasa 'wujud' ada disisi kita.. mengapa perlu bersandar pada yang akan 'rebah'.. jika terdapat sesuatu yang sentiasa 'memperkenankan' setiap pertolongan yang didamba..
mengapa perlu di kusutkan ' kehidupan' yang sesingkat ini.. sedangkan kesakitan 'mati' menjadi jambatan untuk sesuatu yang kekal abadi..
Wallahuallam..
Sunday, January 20, 2008
Mampukah
Disini aku sertakan sedikit sebanyak isi email tersebut...
Hati-hatilah anda terhadap perasaan kerinduan.. sebab ia boleh mendatangkan keresahan dan kecemasan yang berpanjangan.. termasuk kebahagian seorang muslim adalah jauh dan juga ungkapan kesedihan mereka, ungkapan kerinduan mereka, dan jauh dari pengaduan mereka dengan putusnya, terjalinnya atau terkandasnya hubungan mereka dengan kekasih hati mereka.. dan oleh sebab itu termasuk dalam penyebab kegelisahan hati..
Adapun penawar kerinduan yang membara antara lain;
- menyibukkan diri dengan sesuatu kerja atau beribadah kepada Nya dan memohon kesembuhan dan kesihatan kepada Nya,
- menjaga pandangan mata dan pandangan 'hati',
- menghindarkan diri dari pergi ke tempat-tempat yang bisa membuatkan mengingatinya serta menambah keparahan rindu tersebut,
- menjauhkan diri daripada sesuatu yang boleh mengingatinya.. contohnya barang-barang kesukaannya,
- dan yang terakhir.. jika mampu dan tiada halangan yang bersangkutan dengan syariat.. nikahilah dia..
lama jugakla aku termenung duduk membaca email ni.. hanya ada satu soalan je yang berlegar legar di kepala aku ni.. mampukah aku lakukan semuanya itu.. semata- mata untuk mencari penawar tersebut... moga tuhan berikan aku kekuatan dan ketabahan...
wallahuallam..
Saturday, January 19, 2008
Kebosanan
kalau di pejabat ni ... tak berapa sunyi la sebab pejabat aku ni terletak berhadapan dengan jalan besar.. ada la jugak bunyi lalu lalang kereta.. kalau sunyi lagi boleh aku pergi minum2 kejap dekat kedai mamak belakang pejabat ni.. sekuarang kurangnya ada laa juga alternatif untuk aku kurangkan rasa kesunyian.. lebih2 lagi aku yang sentiasa sunyi ni... berapa banyak sunyi daaa.. hahaha
ermm.. ada orang cakap.. tak boleh duduk di pejabat kalau bukan waktu kerja.. sebab bosan.. waktu kerja duduk di pejabat... waktu cuti pun dekat pejabat.. apa kes.. hehehe.. tak bosan ke mengadap kerja je..
senang je jawapan tu.. kebosanan tu kita yang cipta.. itulah jadinya kalau tujuan kita kerja tu tak berapa nak betul.. memang mendatangkan kebosanan..
kalau ditanya pada aku.. takkan tak pernah bosan kut.. hahaha.. nak kata bosan sangat tak la jugak.. sebab aku dah kerja dalam bidang aku ni sudah dekat 5-6 tahun dah... memang la kekadang tu timbul kebosanan..
tapi bagi aku setiap kebosanan itu merupakan cabaran di dalam kerjaya yang aku ceburi.. memang sudah sifat manusia itu akan bosan bila melakukan sesuatu yang selalu dibuat serta bersifat berulang...memang bosan... hahaha
lagi satu benda yang aku buat untuk menghilangkan kebosanan kerja yang aku buat serta meningkatkan tahap keminatan.. iaitu belajar sesuatu yang baru setiap masa.. kalau boleh yang memeberi manfaat serta bersangkutan dengan kerjaya kita yang sedang kita lakukan sekarang ini...
itulah apa yang aku lakukan... sedikit tips ( elehh.. tips kunun.. hahah) daripada aku yang tak seberapa ni...
dan bagi aku yang paling penting.. niat kita kene betul.. ibadah pun yang kita lakukan dimulakan dengan niat.. sebab bagi aku niat itulah yang akan menentukan keberkatan serta kejayaan setiap apa yang kita lakukan... ingat.. jika berniat elok.. eloklah serba serbi bagi kita.. kalau tidak.. mungkin apa yang kita lakukan itu mungkin mendatangkan hasil tetapi hanya setakat di dunia sahaja...
Wallahhuallam...
Thursday, January 17, 2008
Diri Sendiri
aku rasa tak ada apa yang aku nak coretkan sangat pada malam ni.. mungkin tak ada apa2 yang menarik yang berlaku pada sekeliling aku.. oleh disebabkan sibuk dengan kerja dan belajar...
bercakap tentang kerja sambil belajar... mungkin ada yang pernah mengalami.. mungkin ada yang tidak... tapi bagi aku laa.. satu komitmen yang besar amat diperlukan untuk membuat dua perkara dalam satu masa.. dan sudah semestinya kedua duanya amat ditagih sekali kejayaannya.. apa yang ada adalah usaha.. kejemuan dan kemalasan itu kadang kala datang menyinggah sesekali sudah semesti... semangat dan juga pendorong menjadi penangkisnya..
dan yang paling penting tahap keihkhlasan terhadap diri sendiri itu amat penting.. jangan melakukan sesuatu perkara itu kerana terpaksa... tentukan kembali arah tujuan serta matlamat jangka pendek dan juga sudah semestinya jangka panjang.. jangan putus asa... ingat.. Allah sentiasa bersama sama dengan orang yang berusaha dan sabar...
hehehe.. itulah dia.. sesi motivasi untuk diri aku sendiri... lagi2 orang sendiri seperti aku ini.. kena berusaha bermotivasikan diri sendiri.. kalu tidak hendak harapkan siapa lagi.. hahaha..
ok lah.. mata dah ngantuk.. badan pun boleh tahan jugak letihnya.. demam pun tak kebah lagi.. jadi aku tidur dulu.. ingat.. tidur tu mati kecil... dan mati itu pula untuk dihidupkan kembali...
Wallahuallam...
Monday, January 14, 2008
MC
aku ini memang jenis degil sikit... kawan aku cakap aku tak pandai jaga diri.. hahaha.. adeii.. bukan tak jaga diri laa.. siapa tak sayang diri sendiri.. cuma bila had ketahan antibodi serta daya ketahanan terhadap rintangan tu berada di tahap maksimum.. dimana badan sudah lagi tidak mampu menanggung.. disini badan akan bertindak balas dengan mengalami demam... hahahah.. ada macam doktor tak... cewahhh..
walaupun aku tak berapa sihat macam ini.. tapi aktiviti aku seharian tetap berjalan.. kalau hendak dikatakan aku ni ada jadual harian tak juga.. hendak kata tak ada pun tak juga... hahaha..
cuma jadual aku ni tak laa terlampau ketat atau kompleks macam jadual sekolah masa2 dulu tu.. cuma aku memperuntukkan jangka waktu untuk sesuatu yang aku lakukan... misalnya aku peruntukkan 4 jam sehari untuk membaca.. 45 minit untuk jogging.. dan seterusnya lahh... hahaha
tapi tak mustahilkan jika waktu tu terpaksa dikurangkan oleh sebab2 tertentu yang lebih penting.. jadi kena lah korban sedikit masa kerja2 yang tak berapa penting ni.. dan waktu yang digunakan, selalunya lah.. untuk digantikan masa aku yang terpotong tu adalah masa tidur.. hahaha.. masa tidurlah selalunya jadi mangsa.. tu pasal kadang2 aku tidur hingga lewat malam sebab nak tutup balik masa aku yang terlopong tadi... dan itulah sebabnya diriku digelar 'kluangman'.. sebab suka berjaga malam..
bukan tak tidur langsung.. tapi mengurangkan waktu tidur.. sebab kalau mengikut nasihat orang2 zaman Rasullullah dulu pun.. ada mengatakan... ada tiga perkara yang mengeraskan hati.. iaitu.. berlebihan dalam makan.. berlebihan ketawa.. dan berlebihan tidur.. jadi.. fikir2 kan lah.. hahaha.. bukan tak boleh tidur.. boleh.. tapi jangan sampai rasa puas tidur.. biarlah tidur itu sekadar menghilangkan rasa ngantuk serta mengambalikan tenaga kita.. itupun sudah cukup.. tak payah la nak tidur sampai rasa puas.. kalau macam itu lah.. tidur sampai tiga bulan berturut turut pun tak puas lagi... hahaha
mengikut teori aku sendiri la.. kita hendaklah melakukan sesuatu perkara itu mengikut kemampuan diri kita serta bersederhana dalam semua aspek.. jangan sampai melampaui batas.. jangan pula terlampau ambil ringan.. dan setiap apa yang dilakukan hendaklah dengan tujuan yang betul..
Wallahhuallam...
Saturday, January 12, 2008
Itupun sudah memadai
ermm.. aku rasa pernyataan diatas ini memang betul2 terkena 'batang hidung' aku sendiri.. dah sememangnya aku ni terlampau suka memikir.. dan banyak berfikir.. tetapi ada benda yang aku buat tanpa aku berfikir panjang.. ada juga.. takkan la nak makan atau minum pun kene fikir sampai 2-3 jam kut.. nak fikir samaada nak makan ataupun tidak.. hahaha.. adeii..
jap aku tengok jam.. hahahah.. adeii.. dah pkol 2 lebih dah.. ckit pun x mengantuk lagi ni.. buku..? jangan cakap laa.. dah macam2 tajuk aku baca.. sampai majalah mangga anak sedara aku punya pun aku belek.. x pernah2 dibuat.. hahah
badan pulak sejuk panas.. ni demam laa ni.. tp xde kesan sangatlah pada aku ni.. setakat demam tu memang x menganggu aktiviti aku seharian.. ubat pun aku x makan.. hahaha.. bos aku dok bising dekap pejabat tadi suruh aku pergi klinik.. mana tidaknya.. masa rehat dengan selambanya aku baring tidur bawah meja... hahaha..
aku ni memang degil.. kalau setakat sakit sikit tu takde apa la bagi aku.. kalau sampai sakit macam nak 'mati' tu.. baru la aku terhegeh hegeh pegi klinik.. bila bangun pun dah tak larat... hahah
tapi aku sudah biasa macam ni.. sakit sendiri, pening sendiri.. ketawa sendiri ( bukan org gila ekk), sedih sendiri.. semuanya bersendirian.. dan kalau nak tahu.. itulah ciri2 'lone ranger'.. tegal.. kental..sental.. hahahaha
oleh itu.. lone ranger ni sudah semestinya perlukan 'orang' untuk menemaninya.. yang lain dan tak bukan.. KAWAN.. hahah.. dan itulah sebabnya aku suka berkawan.. memang kadang kala apabila aku sunyi ataupun bosan.. kawanlah saya jadi pengubat aku.. terima kasih banyak2 laa..
dan selalu kita dengar orang tua berkata.. kawan ketawa ramai.. kawan sedih payah nak cari.. nak tahu pulak apa yang aku kata ( dan semestinya aku belum tua lagi.. hahah).. biarlah aku hanya punya kawan gembira.. kalau tak ada kawan sedih pun takpe.. sebabnya.. sila rujuk perenggan ke 6.. hahaha
dan sudah dinamakan 'adat' berkawan.. kadang2 kita terpaksa melakukan sesuatu yang dianggap tidak baik oleh kawan kita.. sedangkan kita melakukannya untuk menjaga hati dan perasaannya.. dan pada aku biarlah kawan aku menafsir aku sebagai kawan yang teruk.. asalkan niat aku tak terpesong... aku juga sering berdoa agar aku menjadi kawan yang baik terhadap kawan2 aku.. dan bukannya dikurniakan kawan2 yang baik terhadap..
semoga aku diberi kekuatan agar sentiasa dapat mengembirakan serta berbuat baik terhadap kawan2 aku.. harapan aku teradap kawan2 aku tidak besar.. tidak perlu berkongsi sedih denganku.. tidak perlu menyelesaikan masalah yang aku hadapi.. tidak perlu menjaga hati aku.. semua itu tidak perlu..cuma yang aku pinta... doakanlah kebahagian hidup aku.. itupun sudah memadai..
Wallahhuallam..
Friday, January 11, 2008
Keterpaksaan
Orang pernah berpesan.. jika kita lari daripada menyelesaikan masalah.. lagi ia datang mendekati diri kita.. tapi lain pulak yang pernah terjadi pada diri aku.. lagi aku cuba untuk menyelesaikan masalah.. lagi teruk pulak masalah itu menganggu hidup aku.. tapi hanya sekali sahaja benda ini terjadi pada diri aku.. dan aku pun tak tahu mengapa masalah kali ini sungguh mencabar kesabaran serta ketahanan diri aku..
Kadang2 kita terpaksa melepaskan 'sesuatu' itu sekiranya kita sayang kepadanya.. tidak semestinya kita meninggalkannya bermakna kita membencinya.. dan melepaskannya tidak beerti melupakannya.. kadang2 aku rasa sekarang ini untuk mencari sebuah ketenangan amat payah bagi diriku.. dan melakukan apa sahaja yang membolehkan aku menenangkan diriku..
Memang memikirkan sesuatu itu terasa ketenanganya walaupun tidak sesetenang bermuhasabah.. tapi aku harus melupakan semuanya.. Walaupun ianya amat berat bagi aku melakukannya.. tetapi aku harus belajar..
dan percayalah.. demi sebuah ketenangan yang aku inginkan dan demi kebahagian 'sesuatu' yang aku lepaskan.. aku cuba untuk melupakan.. cuba untuk menghilangkan.. walaupun ku tahu ia amat menyakitkan..
maaf...
kesakitan hari ini mungkin tidak terasa lusa.. kelukaan semalam mungkin akan sembuh semula.. parut yang tinggal tidak akan menampakkan tanda tapi akan 'tersimpan' selamanya..
Wallahhuallam
Wednesday, January 9, 2008
Hijrah
Sedar tak sedar hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 1428 Hijrah.. dan malam ni kita akan menyambut tahun baru 1429 Hijrah.. Alhamdulillah.. aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup sehingga saat ini..
Apa azam tahun baru aku pada tahun baru ini.. hehehe.. tahun baru ni lain sedikit.. aku masih menuruskan perjuangan aku untuk meneruskan menuntut ilmu.. yang kadang2 tersekat dek kerana ujian serta rintangan yang aku dihadapi.. tapi kehadiran tahun baru kali ini memberikan aku lebih semangat serta keberanian untuk menempuhi hari2 yang mendatang..
Apa yang aku lalui tahun yang bakal lepas ini amat bermakna buat aku.. mungkin akan ku ingat hingga aku mati agaknya.. tahun lepas ini lah terlampau banyak ujian aku terima.. terlampau banyak dugaan yang datang menjelma.. namun aku bersyukur.. aku mampu menempuh setiap dugaan dan ujian tanpa tergelincir di landasan fitrah yang sebenar.. aku juga berasa setiap apa yang menimpa aku tidak kira baik atau buruk itu berupa nikmat bagi aku.. kerana setiap ujian dan dugaan yang aku tempuhi itu lagi mendekatkan diri aku kepadaNya.. kerana nikmat ketenangan apabila aku mengadu nasib padaNya memang tiada bandingannya.. ketenangan yang bisa mendamaikan jiwa..
Apa lagi agaknya azam aku tahun baru ini.. aku rasa sudah memadai azam aku yang ini.. dan yang paling aku pohon acapkali setiap kali doaku. semoga di hilangkan perasaan yang sepatutnya pergi dari hati aku ini.. aku tak mahu perasaan aku ini akan melukakan seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sekarang ini.. harap2 ianya tidak berlaku..
Harapan aku tidak besar untuk tahun baru ini.. moga aku diberikan lebih kekuatan dan semangat dan sudah semestinya kejayaan bagi aku meneruskan 'pemburuan ilmu' aku ini.. dan sudah semestinya setiap apa yang aku pelajari itu akan menjadi bekalan aku nanti bagi hari2 yang bakal aku tempuh nanti.. dan sudah semestinya aku akan teruskan membahagiakan sesiapa yang ada disekeliling aku setakat yang aku mampu..
Dan kepada keluarga aku.. saudara2 aku.. sahabat2 aku.. rakan2 aku.. serta semua kenalan aku.. anda semua masih lagi dan akan terus berada didalam setiap doa2 yang aku utuskan.. selagi jasad dan nyawaku masih berpadu.. semoga kalian diberi rahmat, kebahagiaan dan ketenangan berpanjangan..
Wallahhuallam..
Cukuplah
tapi oleh kerana ader 'misi' yang aku nak laksanakan.. terpaksa lah aku paksa jugak tidur.. lebih kurang pukul 2.30 tadi.. dan aku terjaga semula pukul 3.15 bagi meneruskan 'hajat' aku tadi..
Setelah selesai ber'hajat'.. hati aku tiba2 tersentak.. sejak 3-4 hari yang lepas perasaan rindu aku kepada arwah emak aku makin kuat.. tak tahu la mengapa.. lebih2 lagi di sepertiga malam yang syahdu ini.. huhuhu
Mak.. selama 9 bulan sepuluh hari mak kandungan anak mak ini.. dengan penuh sabar.. dengan penuh tangungjawab.. terima kasih mak...
Mak.. dengan penuh daya dan usaha mak telah melahirkan anak mak ini ke dunia.. dengan penuh rasa kesakitan dan kepayahan.. terima kasih mak..
Mak.. lahir2 sahaja anak mak kedunia ini.. mak sudah suapkan dengan titisan susu yang merupakan makanan pertama,begitu amat bernilai buat anak mak ini... terima kasih mak..
Mak.. dari tapak kaki sebesar 2 jari sehingga dewasa anak mak ini mak didik dengan belaian dan usapan penuh dengan kasih sayang.. terima kasih mak..
Mak.. anak mak ini pernah sakit dan bertarung dengan maut semasa berumur 10 bulan dan emaklah yang menjaga serta bersengkang mata membelai anak mak ini di hospital.. terima kasih mak..
Mak.. dari kecil hingga besar anak mak ini selalu menyusahkan mak dengan banyak kerenah tetapi mak melayannya dengan penuh sabar.. terima kasih mak..
Mak.. terima kasih atas segala yang mak pernah berikan selama ini.. walaupun anak emak ini tak pernah ucapkan terima kasih terhadap apa yang emak berikan.. emak tidak pernah jemu melayan anak mak ni.. terima kasih mak..
Mak.. masih terasa hingga ke hari ini setiap usapan yang bisa menenangkan anak mak ini bila menghadapi kesakitan.. terima kasih mak..
Mak.. andainya mak mendengar saat ini.. anak mak ini baru terasa bagai semalam sahaja mengusung jenazah mak ke surau untuk di sembahyangkan dan ke kuburan untuk disemadikan.. walaupun hampir 3 tahun emak telah pergi meninggalkan anak mak ini..
Mak.. mungkin mak sudah menerima 'hadiah' yang anak mak ini berikan.. insya allah, selagi roh dan jasad masih bersatu.. selagi itulah anak mak ini tidak akan lupa mengirimkannya buat mak disana..
Ya Allah Ya tuhanku.. Yang maha pengampun lagi maha pengasih.. Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku.. sayangilah dan kasihilah mereka itu sepertimana mereka menyayangi dan mengasihi aku sejak aku dari kecil lagi.. ampunkanlah dosa ibuku Ya Allah.. Cucurilah rahmatmu Ya Allah.. Cucurilah kasih sayangmu keatas roh ibuku.. dan tempatkanlah roh ibuku dikalangan orang-orang yang beriman.. seandainya Ya Allah.. roh ibuku sedang diseksa disana.. cukuplah Ya Allah.. cukuplah Ya Allah.. cukuplah Ya Allah.. dia tidak mampu menanggung seksaan yang kau berikan ke atas dirinya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. aminn..
Wallahuallam..
Tuesday, January 8, 2008
Kearah Kebaikan
Aku tak tahu mengapa payah sangat untuk aku melupakan sesuatu.. terasa payah sangat.. lagi bercurah doa ku pohon agar ku melupakannya.. lagi kerap bayangnya mengekori aku.. walaupun lagi kerap ia mengekori aku, lagi kuatlah semangat aku.. tapi harus sampai bila aku bermain dengan perasaan ini... dan suatu masa akan datang dimana dia akan pergi buat selamanya jauh dari diri ini.. dan aku tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku pada aku nanti..
Harap2 aku akan setabah hari ini..
Ini pula mengenai perasaan sayang.. dengan apa yang dilalui oleh orang yang di sekeliling aku.. disini aku dapat simpulkan... bahawa kasih sayang yang sebenar dapat dinilai dengan ke arah mana kasih sayang itu menjurus..
Jika kasih sayang itu adalah sebenar-benarnya.. orang yang menyayangi anda akan membawa anda kearah kebaikan.. di mana jika anda kurang baik kepada yang baik.. dan jika anda baik ia akan membawa anda kepada yang lebih baik..
Dan jika kasih sayang itu hanya berupa ucapan dibibir sahaja.. ia akan menjadi sebaliknya.. setiap perbuatannya tidak sedikitpun membawa kearah kebaikan.. sehinggakan tidak ada daya atau usaha ke arah itu.. walaupun selintas niat..
Sayang itu tidak bertambah jika hanya seribu kebaikan yang dilakukan..
Sayang itu tidak berkurang jika hanya seribu keburukkan yang dipamerkan..
Apakah makna ucapan sayang yang diungkapkan jika ianya membawa kearah kebinasaan.. minta2 lah dijauhkan..
Wallahhuallam
Monday, January 7, 2008
Membuka Pintu Kebahagian
macam biasa la jugak.. YM aku memang sentiasa terbuka.. tiba2 satu masej keluar.. dari seseoarang yang tidak pernah aku kenali sebelum ini... pelik jugak..
aku sertakan serba sedikit perbualan aku dengan dia pada malam semalam...
azhr_aidi : xde la.. saya selalu baca blog awal
capslock_ok : ooo.. ye
keazhr_aidi : ha ahh.. tapi maaf lah.. sbb saya x tinggal mesej
capslock_ok : xpe.. xkisah
azhr_aidi : saya cakap jangan marah ya..
capslock_ok : ermm.. ye ngape.. aku bukan jenis pemarah.. :))
azhr_aidi : saya ade baca bloh awak yg tajuk 'pintal buih' tuh
azhr_aidi : pada pendapat saya laa.. x patut awak tulis macam tu
azhr_aidi : jika tuhan sudah amanahkan awak untuk bahagiakan seseoarng
azhr_aidi : mengapa perlu lari?
capslock_ok : aku tak lari..
capslock_ok : cuma..ermm.. susah la nak cakap
capslock_ok : :-?
azhr_aidi : saya tahu.. awak tak berniat nak tulis mcm tu kan
azhr_aidi : saya rasa itu bukanlah bayangan tentang peribadi awak
azhr_aidi : awak ni bukan jenis macam tu
capslock_ok : uwahh.. macam nujum plak ko ni
capslock_ok : boleh ramal2 orang
capslock_ok : dasyat :))
azhr_aidi : takde la samapi nujum
azhr_aidi : tapi la kan.. awak tulis benda tu
azhr_aidi : cuma untuk sedapkan hati awak sahaja kan
azhr_aidi : saya agak.. awak penah kecewa
azhr_aidi : bukan dikecewa.. tapi kecewa kerana kasih tak kesampaian
azhr_aidi : betol dak..?
capslock_ok : hahahah
capslock_ok : xde laa.. aku ok apa..
capslock_ok : hahaha :))
azhr_aidi : saya baca blog awak dari mula lagi
azhr_aidi : siapa bayang yang awak mention dlm blog tu..?
azhr_aidi : saya tabik pada awak sebab masih memendam rasa
azhr_aidi : sebab nak jaga hati dia.. awak tak cakap pun pada dia
capslock_ok : adeiii
capslock_ok : sudah la.. jgn la citer benda tu
capslock_ok : dah lupa dah pun benda tu...
capslock_ok : hahaha :))
azhr_aidi : jangan tipu laa..
azhr_aidi : dari apa yang awak tulis saya tahu
azhr_aidi : awak takkan mudah lupakan dia kannn...
azhr_aidi : saya harap awak sabar ya..
azhr_aidi : lagi satu...
azhr_aidi : awak ni terlampau merendah diri
azhr_aidi : mmg saya tak pernah jumpa awak
azhr_aidi : tp dari punulisan awak saya dapat gambarkan
azhr_aidi : awak seorang yang amat unik..
capslock_ok : hahahahah
capslock_ok : :))
capslock_ok : adeiii
capslock_ok : macam barang antik la plakk.. unik2
capslock_ok : hahaha
azhr_aidi : bukan la macam tu
azhr_aidi : xpe laa.. lain kali kita sembang lagi ya
azhr_aidi : saya ada hal kejap
azhr_aidi : ingat.. 'manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka dan nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu kebahagiaan'
azhr_aidi : jadi.. senyum2 selalu ya...
pelik jugak mamat ni... ntah mana datangnya.. tapi aku rasa apa yang dia cakap kadang2 ada yang benarnya... 'kita boleh menipu perasaan sendiri tapi tak boleh menipu diri sendiri'.. aku pun tak berapa paham sangat apa yang dia cakapkan tu.. pelik jugak.. aku ingat aku saja yang selalu cakap bahasa halus ni.. rupanya ada lagi yang seangkatan dengan aku... hehehe
Wallahhuallam...