Wednesday, January 23, 2008
Labih Baik
Petang semalam lagi sekali aku di'uji'.. dalam keadaan yang tak berapa sihat, aku terpaksa pergi ke manjung kerana terdapat satu 'on call'.. aku bertolak dari ipoh lebih kurang pukul 4 ptg.. tuhan je la tahu betapa letihnya aku pada masa tu.. dengan kepala sakinya.. aku memandu seorang diri.. habis sahaja kerja di sana dalam pukul 6.. aku terus memandu pulang..
dalam perjalan tu beberapa kali la berhenti tidur di tepi jalan.. tak tahan woo.. sampai2 je di rumah terus tidur dalam pukul 9 malam...sedar2 bangun pukul 10 pagi tadi je.. apa lagi terus je pegi klinik.. dah tak tahan rasanya.. balik dari klinik terus pergi ke pejabat ni.. punyalah degil... sakit2 pun ada hati pergi pejabat.. hehehe..
' tidaklah seorang yang sakit dihina atau tertusuk duri, kecuali Allah mengugurkan dosanya, bagai gugurnya daun daun' hadith riwayat muslim
ok.. tinggalkan kisah sakit tadi.. apa aku nak tulis ni haa.. hahah.. takde .. aku cuma nak berkongsi apa itu yang di katakan kesabaran.. orang selalu cakap.. sabar ada batasnya.. pada aku laa... tafsiran itu silap sama sekali.. membataskan sabar beerti membataskan pahala.. sebenarnya orang yang mengatakan demikian tidak bersabar atas kesabaranya.. dan sabar juga bukan bermaksud pasrah tetapi kegigihan kita di atas pegangan yang telah ditetapkan oleh tuhan..
sabar juga bukan bermaksud kita pasif.. beerti kita hanya berpeluk tubuh sahaja terhadap apa yang menimpa.. sebenarnya sabar adalah sesuatu perbuatan yang aktif.. dimana ia adalah gabungan diantara sifat redha dan ikhtiar.. sabar bukan beerti diam tetapi bersifat aktif dalam aspek akal, tubuh dan sudah semestinya iman..
menceritakan penderitaan yang kita alami juga sebenarnya adalah mencerminkan sifat ketidaksabaran... apatah lagi menceritakan sesuatu yang lebih dari kenyataan.. kalau tidak berhati hati mungkin ianya boleh terjatuh didalam kategori kufur nikmat.. kita seperti menceritakan penderitaan ataupun 'ujian' yang Allah berikan kepada kita... apatah lagi menceritakannya kepada manusia lain, yang serba lemah..
apa yang boleh aku perkatakan disini.. hargailah waktu sihat yang kita perolehi.. tidak guna juga jika kita sihat tetapi penuh melakukan perkara yang ditegah.. lebih baik sakit yang sudah semestinya lebih mendekat diri kita kepada Allah.. tidak ada musibah yang terburuk kecuali tidak mempunyai sifat bersyukur serta tidak mempunyai kemampuan untuk bersabar..
Wallahhuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment