Malam ini aku langsung tak boleh nak lelapkan mata.. sikitpun tak ada rasa mengantuk.. dan sudah semestinya aku guna kesempatan ini untuk membaca buku.. adeii.. macam budak sekolah pulak rasanya.. sekarang ni masa aku banyak habis dengan membaca buku.. kalau dahulu aku kadang2 saja membaca.. dalam 2-3 kali seminggu... sekarang ni boleh dikatakan setiap hari 4-5 jam aku peruntukkan untuk membaca sahaja.. hahaha.. boleh agaknya aku ni di gelar ulat buku kut.. tapi dalam tempoh 4 tahun ini je laa.. hahaha
tapi oleh kerana ader 'misi' yang aku nak laksanakan.. terpaksa lah aku paksa jugak tidur.. lebih kurang pukul 2.30 tadi.. dan aku terjaga semula pukul 3.15 bagi meneruskan 'hajat' aku tadi..
Setelah selesai ber'hajat'.. hati aku tiba2 tersentak.. sejak 3-4 hari yang lepas perasaan rindu aku kepada arwah emak aku makin kuat.. tak tahu la mengapa.. lebih2 lagi di sepertiga malam yang syahdu ini.. huhuhu
Mak.. selama 9 bulan sepuluh hari mak kandungan anak mak ini.. dengan penuh sabar.. dengan penuh tangungjawab.. terima kasih mak...
Mak.. dengan penuh daya dan usaha mak telah melahirkan anak mak ini ke dunia.. dengan penuh rasa kesakitan dan kepayahan.. terima kasih mak..
Mak.. lahir2 sahaja anak mak kedunia ini.. mak sudah suapkan dengan titisan susu yang merupakan makanan pertama,begitu amat bernilai buat anak mak ini... terima kasih mak..
Mak.. dari tapak kaki sebesar 2 jari sehingga dewasa anak mak ini mak didik dengan belaian dan usapan penuh dengan kasih sayang.. terima kasih mak..
Mak.. anak mak ini pernah sakit dan bertarung dengan maut semasa berumur 10 bulan dan emaklah yang menjaga serta bersengkang mata membelai anak mak ini di hospital.. terima kasih mak..
Mak.. dari kecil hingga besar anak mak ini selalu menyusahkan mak dengan banyak kerenah tetapi mak melayannya dengan penuh sabar.. terima kasih mak..
Mak.. terima kasih atas segala yang mak pernah berikan selama ini.. walaupun anak emak ini tak pernah ucapkan terima kasih terhadap apa yang emak berikan.. emak tidak pernah jemu melayan anak mak ni.. terima kasih mak..
Mak.. masih terasa hingga ke hari ini setiap usapan yang bisa menenangkan anak mak ini bila menghadapi kesakitan.. terima kasih mak..
Mak.. andainya mak mendengar saat ini.. anak mak ini baru terasa bagai semalam sahaja mengusung jenazah mak ke surau untuk di sembahyangkan dan ke kuburan untuk disemadikan.. walaupun hampir 3 tahun emak telah pergi meninggalkan anak mak ini..
Mak.. mungkin mak sudah menerima 'hadiah' yang anak mak ini berikan.. insya allah, selagi roh dan jasad masih bersatu.. selagi itulah anak mak ini tidak akan lupa mengirimkannya buat mak disana..
Ya Allah Ya tuhanku.. Yang maha pengampun lagi maha pengasih.. Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku.. sayangilah dan kasihilah mereka itu sepertimana mereka menyayangi dan mengasihi aku sejak aku dari kecil lagi.. ampunkanlah dosa ibuku Ya Allah.. Cucurilah rahmatmu Ya Allah.. Cucurilah kasih sayangmu keatas roh ibuku.. dan tempatkanlah roh ibuku dikalangan orang-orang yang beriman.. seandainya Ya Allah.. roh ibuku sedang diseksa disana.. cukuplah Ya Allah.. cukuplah Ya Allah.. cukuplah Ya Allah.. dia tidak mampu menanggung seksaan yang kau berikan ke atas dirinya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. ampunkanlah dosanya Ya Allah.. aminn..
Wallahuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment