Aku rasakan sekarang ini 24jam sehari seperti tidak cukup pulak.. mana tidak nya.. dah dekat seminggu ni macam2 hal yang aku hadapi.. dari masalah universiti aku sampai ke masalah peribadi.. selamatlah masa kerja ni kurang sikit sibuknya.. tak sesibuk dahulu.. bolehlah aku curi sedikit masa kerja aku untuk buat kerja2 sampingan.. hehehe...
waktu ni pun aku terpaksa berhenti sebentar untuk berehat.. rehatkan minda.. tu yang meringankan tangan untuk menulis sesuatu di blog ni.. dan masa ni pula aku teringatkan seseorang... seseorang yang aku anggap seperti adikku sendiri.. seseorang yang mempunyai masalah tetapi tiada dorongan ataupun usaha untuk ke arah perubahan..
dah lama rasanya aku tak bertanyakan khabarnya.. selalunya aku menanyakan khabarnya pada orang lain juga.. orang yang rapat dengan dia.. bukan pada dirinya.. aku dapat tahu masalah dirinya pun dari orang ini lah... yang sudi berkongsi cerita dengan aku yang mana pada percakapannya menyatakan dia tak tahu lagi pada siapa harus dia ceritakan..
memang aku jenis yang berhati lembut tetapi pada luaran nampak sebaliknya.. aku sungguh tersentuh mendengar cerita yang disampaikan kepada aku.. kalaulah aku mempunya 'hak' atau hubungan yang menghalalkan aku untuk membimbing dia.. akan aku lakukan.. tetapi keadaan tidak mengizinkan.. anggapan orang yang mungkin akan mengatakan aku cuba mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain terus membantutkan usaha aku.. aku juga takut ada yang akan menyatakan aku ini ingin menunjukkan kebaikkan terhadap orang itu..
jadi langkah aku sudah terbatas oleh kemungkinan2 yang akan timbul.. cuma apa yang aku mampu menyampaikan pesanan kepada orang yang dekat dengannya supaya terus menerus membimbingnya tanpa meninggalkannya.. dan tak ada apa daya usaha yang lebih baik yang dapat aku lakukan kecuali hanya memohon hajat kepada tuhan moga diberikan kepada insan itu seribu rahmat dan supaya dibukakan pintu hatinya untuk berubah..
kadangkala orang beranggapan.. apa guna berusaha.. jika takdir itu tidak menyebelahi usaha yang kita lakukan.. penat2 sahaja kita usaha tetapi hasilnya tidak seperti yang dijangka kerana takdirnya sudah bergitu..
ingat firman Allah..
'sesungguhnya allah itu tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri mengubah nasibnya'
Jadi.. tiadalah apa yang dikatakan takdir tuhan itu..?
Ingat Tuhan itu maha adil.. Ia akan mengurniakan sesuatu itu berdasarkan tahap ikhtiar serta usaha yang dilakukan oleh seseorang manusia itu..
Takdir sudah pasti ada.. setiap takdir itu terletak di akhir setiap ikhtiar atau usaha yang kita lakukan...
Wallahhuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment