' makan apa bang..'
' mee goreng basah.. jgn letak udang ekk.. minum .. bagi saya teh o ais..'
' ok..'
jam di tangan menunjukkan pukul 11 malam... deretan gerai yang terletak dikawasan perniagaan ini dipenuhi dengan manusia ( takkan binatang la pulak kan.. hahah ).. makin lama makin penuh pulak aku tengok..
aku pulak.. lepas keluar dari pejabat tadi terasa lapar... tu yang ringan je kaki tu melangkah ke tempat ni.. kelaparan yang berada di tahap yang maksimum ni..memang dah tak tertahan lagi dah..
dan memang aku ni jenis suka memikir.. tengah tunggu pesanan aku tiba.. mula laa fikiran aku melayang.. sampai tak peduli la orang di kiri kanan.. sebab bila fikiran aku sudah mula melayang.. aku akan berada di dunia aku sendiri.. ermmm.. macam mana nak cakap haa.. memang tak boleh gambarkan kan.. orang yang mengalaminya sahaja yang tahu.. kalau dalam bahasa motivasi ia dipanggil ' minda bawah sedar'.. hahaha
aku sering terfikir.. apa yang selalu memotivasikan diri aku ni.. apa yang memberikan aku kekuatan bagi aku meneruskan liku2 hidup aku ni.. orang selalu mengatakan mereka terdapat 'seseorang' di sebalik kejayaan mereka.. mereka mempunyai 'mentor' atau 'idola' sebagai pemangkin kejayaan mereka.. bagaimana pula dengan insan ( ceh ... istilah puitis sungguh) yang hanya hidup keseorangan.. mampukah mereka ini berjaya jika tiada sesuatu yang menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan mereka... layakkah mereka untuk meneruskan perjuangan tanpa diampu oleh 'sesuatu' di belakang mereka..
ingatlah... tiada orang lain yang mampu menjadi sumber inspirasi, idola serta asas motivasi bagi diri kita kecuali diri kita sendiri.. tiada apa pun yang lebih setia 'bersama' diri kita sentiasa kecuali diri kita sendiri.. sehingga maut menjelma sekalipun diri kita tetap 'kita.. seadanya..
mungkin kita tertanya.. bagaimana kita ingin memotivasikan diri sendiri.. sedangkan perasaan serta jiwa kita tak tenteram atapun diri kita sendiri pun tidak berada di jalan yang betul.. cuba fikir sejenak.. tiada apa yang lebih kuat dari dalam diri kita ini kecuali menahan nafsu.. tiada apa yang lebih baik dari dalam diri kita ini daripada berubah kepada yang lebih baik.. keinginan untuk berubah itu amat penting.. yang mampu mengatasi segala macam rintangan..
benar.. hakikat kehidupan manusia yang terlampau kompleks... saling memerlukan diantara satu sama lain.. kita tak bisa hidup bersendirian di dunia ini.. tapi tidak mustahil..ini bukan kehendak tapi cuma setakat renungan bersama... mengapa perlu bergantung pada sesuatu yang fana sedangkan terdapat yang bersifat 'kekal' ada bersama kita.. mengapa perlu mengasih pada sesuatu yang akan 'mati'.. sedangkan yang sentiasa 'wujud' ada disisi kita.. mengapa perlu bersandar pada yang akan 'rebah'.. jika terdapat sesuatu yang sentiasa 'memperkenankan' setiap pertolongan yang didamba..
mengapa perlu di kusutkan ' kehidupan' yang sesingkat ini.. sedangkan kesakitan 'mati' menjadi jambatan untuk sesuatu yang kekal abadi..
Wallahuallam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment