Monday, January 14, 2008

MC

Ehemm.. hehehe.. hari ini sepatutnya aku cuti sakit.. tapi 'terpaksa' juga datang kerja sebab tak ada benda yang hendak dibuat kat rumah.. baik aku duduk kat pejabat.. sekurang kurangnya ada juga benda yang aku boleh buat.. bosan tahu dak.. duduk kat rumah.. hahaha

aku ini memang jenis degil sikit... kawan aku cakap aku tak pandai jaga diri.. hahaha.. adeii.. bukan tak jaga diri laa.. siapa tak sayang diri sendiri.. cuma bila had ketahan antibodi serta daya ketahanan terhadap rintangan tu berada di tahap maksimum.. dimana badan sudah lagi tidak mampu menanggung.. disini badan akan bertindak balas dengan mengalami demam... hahahah.. ada macam doktor tak... cewahhh..

walaupun aku tak berapa sihat macam ini.. tapi aktiviti aku seharian tetap berjalan.. kalau hendak dikatakan aku ni ada jadual harian tak juga.. hendak kata tak ada pun tak juga... hahaha..

cuma jadual aku ni tak laa terlampau ketat atau kompleks macam jadual sekolah masa2 dulu tu.. cuma aku memperuntukkan jangka waktu untuk sesuatu yang aku lakukan... misalnya aku peruntukkan 4 jam sehari untuk membaca.. 45 minit untuk jogging.. dan seterusnya lahh... hahaha

tapi tak mustahilkan jika waktu tu terpaksa dikurangkan oleh sebab2 tertentu yang lebih penting.. jadi kena lah korban sedikit masa kerja2 yang tak berapa penting ni.. dan waktu yang digunakan, selalunya lah.. untuk digantikan masa aku yang terpotong tu adalah masa tidur.. hahaha.. masa tidurlah selalunya jadi mangsa.. tu pasal kadang2 aku tidur hingga lewat malam sebab nak tutup balik masa aku yang terlopong tadi... dan itulah sebabnya diriku digelar 'kluangman'.. sebab suka berjaga malam..

bukan tak tidur langsung.. tapi mengurangkan waktu tidur.. sebab kalau mengikut nasihat orang2 zaman Rasullullah dulu pun.. ada mengatakan... ada tiga perkara yang mengeraskan hati.. iaitu.. berlebihan dalam makan.. berlebihan ketawa.. dan berlebihan tidur.. jadi.. fikir2 kan lah.. hahaha.. bukan tak boleh tidur.. boleh.. tapi jangan sampai rasa puas tidur.. biarlah tidur itu sekadar menghilangkan rasa ngantuk serta mengambalikan tenaga kita.. itupun sudah cukup.. tak payah la nak tidur sampai rasa puas.. kalau macam itu lah.. tidur sampai tiga bulan berturut turut pun tak puas lagi... hahaha

mengikut teori aku sendiri la.. kita hendaklah melakukan sesuatu perkara itu mengikut kemampuan diri kita serta bersederhana dalam semua aspek.. jangan sampai melampaui batas.. jangan pula terlampau ambil ringan.. dan setiap apa yang dilakukan hendaklah dengan tujuan yang betul..


Wallahhuallam...

2 comments:

KeL@T said...

oitttttttt... mike udah kena tag laaaaaaa...

KaFnUn said...

tag?? apa benda tuh kelat.. wahaha.. adeii.. aku ni kan blur...