Tuesday, January 8, 2008

Kearah Kebaikan

Semalam semalaman aku tak berapa nyenyak tidur.. pusing ke kiri.. pusing ke kanan.. adeii. payahnya.. aku rasa 'sakit' lama aku tak boleh tidur tu dah datang balik dah.. walaupun badan penat tapi mata tak mahu nak lelap.. memang payah sungguh..


Aku tak tahu mengapa payah sangat untuk aku melupakan sesuatu.. terasa payah sangat.. lagi bercurah doa ku pohon agar ku melupakannya.. lagi kerap bayangnya mengekori aku.. walaupun lagi kerap ia mengekori aku, lagi kuatlah semangat aku.. tapi harus sampai bila aku bermain dengan perasaan ini... dan suatu masa akan datang dimana dia akan pergi buat selamanya jauh dari diri ini.. dan aku tak dapat jangkakan apa yang akan berlaku pada aku nanti..

Harap2 aku akan setabah hari ini..

Ini pula mengenai perasaan sayang.. dengan apa yang dilalui oleh orang yang di sekeliling aku.. disini aku dapat simpulkan... bahawa kasih sayang yang sebenar dapat dinilai dengan ke arah mana kasih sayang itu menjurus..

Jika kasih sayang itu adalah sebenar-benarnya.. orang yang menyayangi anda akan membawa anda kearah kebaikan.. di mana jika anda kurang baik kepada yang baik.. dan jika anda baik ia akan membawa anda kepada yang lebih baik..

Dan jika kasih sayang itu hanya berupa ucapan dibibir sahaja.. ia akan menjadi sebaliknya.. setiap perbuatannya tidak sedikitpun membawa kearah kebaikan.. sehinggakan tidak ada daya atau usaha ke arah itu.. walaupun selintas niat..

Sayang itu tidak bertambah jika hanya seribu kebaikan yang dilakukan..
Sayang itu tidak berkurang jika hanya seribu keburukkan yang dipamerkan..

Apakah makna ucapan sayang yang diungkapkan jika ianya membawa kearah kebinasaan.. minta2 lah dijauhkan..


Wallahhuallam

No comments: