malam ni malam sabtu.. aku masih lagi berada di pejabat... bisalah.. mentelaah di pejabat lebih selesa bagi aku sebab tak terlampau sunyi sangat macam di rumah... kalau di rumah tu memang la sesuai untuk studi sebab sunyi tapi terlampau sunyi pulak.. memang tak serasi sangat la dengan aku..hahaha
kalau di pejabat ni ... tak berapa sunyi la sebab pejabat aku ni terletak berhadapan dengan jalan besar.. ada la jugak bunyi lalu lalang kereta.. kalau sunyi lagi boleh aku pergi minum2 kejap dekat kedai mamak belakang pejabat ni.. sekuarang kurangnya ada laa juga alternatif untuk aku kurangkan rasa kesunyian.. lebih2 lagi aku yang sentiasa sunyi ni... berapa banyak sunyi daaa.. hahaha
ermm.. ada orang cakap.. tak boleh duduk di pejabat kalau bukan waktu kerja.. sebab bosan.. waktu kerja duduk di pejabat... waktu cuti pun dekat pejabat.. apa kes.. hehehe.. tak bosan ke mengadap kerja je..
senang je jawapan tu.. kebosanan tu kita yang cipta.. itulah jadinya kalau tujuan kita kerja tu tak berapa nak betul.. memang mendatangkan kebosanan..
kalau ditanya pada aku.. takkan tak pernah bosan kut.. hahaha.. nak kata bosan sangat tak la jugak.. sebab aku dah kerja dalam bidang aku ni sudah dekat 5-6 tahun dah... memang la kekadang tu timbul kebosanan..
tapi bagi aku setiap kebosanan itu merupakan cabaran di dalam kerjaya yang aku ceburi.. memang sudah sifat manusia itu akan bosan bila melakukan sesuatu yang selalu dibuat serta bersifat berulang...memang bosan... hahaha
lagi satu benda yang aku buat untuk menghilangkan kebosanan kerja yang aku buat serta meningkatkan tahap keminatan.. iaitu belajar sesuatu yang baru setiap masa.. kalau boleh yang memeberi manfaat serta bersangkutan dengan kerjaya kita yang sedang kita lakukan sekarang ini...
itulah apa yang aku lakukan... sedikit tips ( elehh.. tips kunun.. hahah) daripada aku yang tak seberapa ni...
dan bagi aku yang paling penting.. niat kita kene betul.. ibadah pun yang kita lakukan dimulakan dengan niat.. sebab bagi aku niat itulah yang akan menentukan keberkatan serta kejayaan setiap apa yang kita lakukan... ingat.. jika berniat elok.. eloklah serba serbi bagi kita.. kalau tidak.. mungkin apa yang kita lakukan itu mungkin mendatangkan hasil tetapi hanya setakat di dunia sahaja...
Wallahhuallam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment