Wednesday, January 9, 2008

Hijrah

Kalau kebiasaannya pagi2 ini aku sudah keluar ke lokasi.. tapi pagi ini semua kes tertunggak aku sudah selesai.. kalau tidak tak merasa laa pada waktu ni duduk lagi di opis..

Sedar tak sedar hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 1428 Hijrah.. dan malam ni kita akan menyambut tahun baru 1429 Hijrah.. Alhamdulillah.. aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup sehingga saat ini..

Apa azam tahun baru aku pada tahun baru ini.. hehehe.. tahun baru ni lain sedikit.. aku masih menuruskan perjuangan aku untuk meneruskan menuntut ilmu.. yang kadang2 tersekat dek kerana ujian serta rintangan yang aku dihadapi.. tapi kehadiran tahun baru kali ini memberikan aku lebih semangat serta keberanian untuk menempuhi hari2 yang mendatang..

Apa yang aku lalui tahun yang bakal lepas ini amat bermakna buat aku.. mungkin akan ku ingat hingga aku mati agaknya.. tahun lepas ini lah terlampau banyak ujian aku terima.. terlampau banyak dugaan yang datang menjelma.. namun aku bersyukur.. aku mampu menempuh setiap dugaan dan ujian tanpa tergelincir di landasan fitrah yang sebenar.. aku juga berasa setiap apa yang menimpa aku tidak kira baik atau buruk itu berupa nikmat bagi aku.. kerana setiap ujian dan dugaan yang aku tempuhi itu lagi mendekatkan diri aku kepadaNya.. kerana nikmat ketenangan apabila aku mengadu nasib padaNya memang tiada bandingannya.. ketenangan yang bisa mendamaikan jiwa..

Apa lagi agaknya azam aku tahun baru ini.. aku rasa sudah memadai azam aku yang ini.. dan yang paling aku pohon acapkali setiap kali doaku. semoga di hilangkan perasaan yang sepatutnya pergi dari hati aku ini.. aku tak mahu perasaan aku ini akan melukakan seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sekarang ini.. harap2 ianya tidak berlaku..

Harapan aku tidak besar untuk tahun baru ini.. moga aku diberikan lebih kekuatan dan semangat dan sudah semestinya kejayaan bagi aku meneruskan 'pemburuan ilmu' aku ini.. dan sudah semestinya setiap apa yang aku pelajari itu akan menjadi bekalan aku nanti bagi hari2 yang bakal aku tempuh nanti.. dan sudah semestinya aku akan teruskan membahagiakan sesiapa yang ada disekeliling aku setakat yang aku mampu..

Dan kepada keluarga aku.. saudara2 aku.. sahabat2 aku.. rakan2 aku.. serta semua kenalan aku.. anda semua masih lagi dan akan terus berada didalam setiap doa2 yang aku utuskan.. selagi jasad dan nyawaku masih berpadu.. semoga kalian diberi rahmat, kebahagiaan dan ketenangan berpanjangan..

Wallahhuallam..

No comments: