dah lama juga aku tak menjenguk blog aku ni.. heheh.. ni pun selepas habis mentelaah tadi.. baru online sebentar.. jam pun dekat pkol 12 malam ni.. mata pulak boleh tahan la juga ngantuk nyer.. tapi sahaja di tahan.. nak tengok tahap daya tahanan terhadap ngantok ni.. kuat ke idak lagi.. heheh.. kena juga tahu sebab ada gunanya di masa akan datang...
aku rasa tak ada apa yang aku nak coretkan sangat pada malam ni.. mungkin tak ada apa2 yang menarik yang berlaku pada sekeliling aku.. oleh disebabkan sibuk dengan kerja dan belajar...
bercakap tentang kerja sambil belajar... mungkin ada yang pernah mengalami.. mungkin ada yang tidak... tapi bagi aku laa.. satu komitmen yang besar amat diperlukan untuk membuat dua perkara dalam satu masa.. dan sudah semestinya kedua duanya amat ditagih sekali kejayaannya.. apa yang ada adalah usaha.. kejemuan dan kemalasan itu kadang kala datang menyinggah sesekali sudah semesti... semangat dan juga pendorong menjadi penangkisnya..
dan yang paling penting tahap keihkhlasan terhadap diri sendiri itu amat penting.. jangan melakukan sesuatu perkara itu kerana terpaksa... tentukan kembali arah tujuan serta matlamat jangka pendek dan juga sudah semestinya jangka panjang.. jangan putus asa... ingat.. Allah sentiasa bersama sama dengan orang yang berusaha dan sabar...
hehehe.. itulah dia.. sesi motivasi untuk diri aku sendiri... lagi2 orang sendiri seperti aku ini.. kena berusaha bermotivasikan diri sendiri.. kalu tidak hendak harapkan siapa lagi.. hahaha..
ok lah.. mata dah ngantuk.. badan pun boleh tahan jugak letihnya.. demam pun tak kebah lagi.. jadi aku tidur dulu.. ingat.. tidur tu mati kecil... dan mati itu pula untuk dihidupkan kembali...
Wallahuallam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment