'.. tidakku tahu.. mengapakah sepinya melanda hatiku.. dan bukannya kemahuanku.. datangnya sendiri.. tidakku tahu.. mengapakan pilunya dipinggir hatiku.. dan kucuba untuk mengusir.. tapi tidak berdaya..' takdir dan waktu
Orang pernah berpesan.. jika kita lari daripada menyelesaikan masalah.. lagi ia datang mendekati diri kita.. tapi lain pulak yang pernah terjadi pada diri aku.. lagi aku cuba untuk menyelesaikan masalah.. lagi teruk pulak masalah itu menganggu hidup aku.. tapi hanya sekali sahaja benda ini terjadi pada diri aku.. dan aku pun tak tahu mengapa masalah kali ini sungguh mencabar kesabaran serta ketahanan diri aku..
Kadang2 kita terpaksa melepaskan 'sesuatu' itu sekiranya kita sayang kepadanya.. tidak semestinya kita meninggalkannya bermakna kita membencinya.. dan melepaskannya tidak beerti melupakannya.. kadang2 aku rasa sekarang ini untuk mencari sebuah ketenangan amat payah bagi diriku.. dan melakukan apa sahaja yang membolehkan aku menenangkan diriku..
Memang memikirkan sesuatu itu terasa ketenanganya walaupun tidak sesetenang bermuhasabah.. tapi aku harus melupakan semuanya.. Walaupun ianya amat berat bagi aku melakukannya.. tetapi aku harus belajar..
dan percayalah.. demi sebuah ketenangan yang aku inginkan dan demi kebahagian 'sesuatu' yang aku lepaskan.. aku cuba untuk melupakan.. cuba untuk menghilangkan.. walaupun ku tahu ia amat menyakitkan..
maaf...
kesakitan hari ini mungkin tidak terasa lusa.. kelukaan semalam mungkin akan sembuh semula.. parut yang tinggal tidak akan menampakkan tanda tapi akan 'tersimpan' selamanya..
Wallahhuallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment