Friday, January 25, 2008

Off Line

0310 jam; 25 Jan 2008

Pada perkiraan aku ini pertama kalinya aku menulis blog secara ‘off line’..Aku sedang berada di hospital waktu ini.. Sedang ‘menunaikan’ tanggung jawab aku sebagai seorang anak.. Biasa la pada aku.. penyakit orang tua.. bila sudah sampai waktu sakitnya..

Itu pasal pada pada tafsiran aku .. setiap sakit yang tuhan berikan.. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menguji tahap kesabaran.. Bukan setakat orang yang ditimpa ujian tersebut malah terbabit sekali orang yang disekelilingnya.. Terpulang bagaimana setiap individu itu mengahadapinya..

Sedang aku duduk disisi ayahku yang sedang tidur.. pada pengamatan aku yang tak berapa nak lena..( ada ke orang sakit tidur lena.. ermm)
Aku macam biasa.. tak boleh berenggang walau sesaat dengan laptop aku ini..
Kemana sahaja mesti akan aku bawa.. sampaikan dalam wad di tengah malam macam ini pun.. aku berjaya meloloskannya.. hahaha

Mata pula.. jangan kata nak tidur.. mengantuk pun tak menampakkan tanda walau sikitpun..
Sedangkan aku berada di atas peraduan yang empuk lagi selesa pun payah untuk aku lelapkan mata.. inikan pula diatas kerusi yang tadak beralas ini… lagi laa..

Mujurla laa ada ‘ temanku’ yang paling setia ni.. kalu tidak mahu la aku ni ‘mati kuman’ cakap orang perak..
Sebelum aku buka laptop ni tadi.. aku rasa ada la dekat 10 kali aku kehulu kehilir dari hujung sini hingga hujung sana wad ini aku jelajah…

Pada pengamatan aku .. kesemua pesakit yang berada disini semuanya berteman.. maksud aku ada orang yang jaga la..
Aku mula terfikir.. inilah masanya jika seseorang itu mahu menguji sehingga tahap mana kadar pengucapanya setanding dengan kadar perbuatannya..

Maksud aku disini.. jika pasangan kita dahulu pernah mengucapkan..

‘ lautan api akan ku renangi’
‘ hidup dan mati biarlah ku bersama mu’

Dan pelbagai lagi ungkapan.. yang menggambarkan bahawa kesanggupan untuk sentiasa bersama menghadapi rintangan dan ujian yang bakal ditempuhi…
Nah.. disinilah salah satu tempatnya..kerana harga sebuah perngorbanan yang sebenar dapat dinilai disini…

Aku mengingatkan diriku sendiri disini.. kadang kala ucapan yang kita keluarkan selalunya tidak sama dengan kadar perbuatan kita.. ataupun dengan kadar kesanggupan kita untuk menunaikannya..

Memang kita sanggup lakukan apa sahaja untuk orang yang kita cintai.. sayangi..
Tapi siapa tahu tahap kesabaran kita.. kerana kita sendiri tidak punyai tolok pengukur untuk mentafsir nilai kesabaran kita masa kini ataupun yang akan datang..

Mungkin sekarang kita memang ‘ikhlas’ dan jujur dengan ucapan kita…
Namun pengorbanan yang sebenar akan dihitung ketika ujian atau musibah menerpa kita buat kali pertama dan seterusnya…
Dan kesanggupan kita didalam menghadapinya…


‘seribu tahun takkan sama.. sesaat berpadu dalam nyata.. kerana kasih ku sanggup korbankan.. jasad dan nyawa.. terang bulan kerana mentari.. hadir bayang kerana cahaya.. begitukah.. cinta kita.. tiada jarak pemisah langit..tiada tabir sempadan bumi.. aku menerima dan jua memberi.. seikhlas hati’ penghujung rindu



Wallahhuallam…

2 comments:

:::jillian de jill::: said...

salam takziah lah ye... moga ayahanda capslock cepat sembuh...amin

KaFnUn said...

aminn..