ermm.. aku rasa pernyataan diatas ini memang betul2 terkena 'batang hidung' aku sendiri.. dah sememangnya aku ni terlampau suka memikir.. dan banyak berfikir.. tetapi ada benda yang aku buat tanpa aku berfikir panjang.. ada juga.. takkan la nak makan atau minum pun kene fikir sampai 2-3 jam kut.. nak fikir samaada nak makan ataupun tidak.. hahaha.. adeii..
jap aku tengok jam.. hahahah.. adeii.. dah pkol 2 lebih dah.. ckit pun x mengantuk lagi ni.. buku..? jangan cakap laa.. dah macam2 tajuk aku baca.. sampai majalah mangga anak sedara aku punya pun aku belek.. x pernah2 dibuat.. hahah
badan pulak sejuk panas.. ni demam laa ni.. tp xde kesan sangatlah pada aku ni.. setakat demam tu memang x menganggu aktiviti aku seharian.. ubat pun aku x makan.. hahaha.. bos aku dok bising dekap pejabat tadi suruh aku pergi klinik.. mana tidaknya.. masa rehat dengan selambanya aku baring tidur bawah meja... hahaha..
aku ni memang degil.. kalau setakat sakit sikit tu takde apa la bagi aku.. kalau sampai sakit macam nak 'mati' tu.. baru la aku terhegeh hegeh pegi klinik.. bila bangun pun dah tak larat... hahah
tapi aku sudah biasa macam ni.. sakit sendiri, pening sendiri.. ketawa sendiri ( bukan org gila ekk), sedih sendiri.. semuanya bersendirian.. dan kalau nak tahu.. itulah ciri2 'lone ranger'.. tegal.. kental..sental.. hahahaha
oleh itu.. lone ranger ni sudah semestinya perlukan 'orang' untuk menemaninya.. yang lain dan tak bukan.. KAWAN.. hahah.. dan itulah sebabnya aku suka berkawan.. memang kadang kala apabila aku sunyi ataupun bosan.. kawanlah saya jadi pengubat aku.. terima kasih banyak2 laa..
dan selalu kita dengar orang tua berkata.. kawan ketawa ramai.. kawan sedih payah nak cari.. nak tahu pulak apa yang aku kata ( dan semestinya aku belum tua lagi.. hahah).. biarlah aku hanya punya kawan gembira.. kalau tak ada kawan sedih pun takpe.. sebabnya.. sila rujuk perenggan ke 6.. hahaha
dan sudah dinamakan 'adat' berkawan.. kadang2 kita terpaksa melakukan sesuatu yang dianggap tidak baik oleh kawan kita.. sedangkan kita melakukannya untuk menjaga hati dan perasaannya.. dan pada aku biarlah kawan aku menafsir aku sebagai kawan yang teruk.. asalkan niat aku tak terpesong... aku juga sering berdoa agar aku menjadi kawan yang baik terhadap kawan2 aku.. dan bukannya dikurniakan kawan2 yang baik terhadap..
semoga aku diberi kekuatan agar sentiasa dapat mengembirakan serta berbuat baik terhadap kawan2 aku.. harapan aku teradap kawan2 aku tidak besar.. tidak perlu berkongsi sedih denganku.. tidak perlu menyelesaikan masalah yang aku hadapi.. tidak perlu menjaga hati aku.. semua itu tidak perlu..cuma yang aku pinta... doakanlah kebahagian hidup aku.. itupun sudah memadai..
Wallahhuallam..
No comments:
Post a Comment