Tuesday, January 29, 2008

Merubah Perubahan


Pernah dengar istilah 'peta kehidupan'... kalau cari pada kamus pun aku rasa tidak ada kut istilah ni.. mungkin aku sendiri yang cipta istilah itu.. heheh.. apa itu peta kehidupan?? dengar macam sesuatu benda yang rumit dan penting sahaja..

aku buat benda alah ni pun masa aku mula2 masuk ke alam perkerjaan dahulu.. melalui proses pembelajaran tidak formal, aku mula melakukan catatan apa yang akan aku lakukan pada hari esok pada hari ini.. kira sebelum balik kerja aku akan tulis benda2 penting yang akan atau kene buat pada hari esok.. kira macam planner laa.. tapi aku tulis tak mengikut format sangat.. pada tajuk atas tu aku akan tulis 'things to do - date'.. itu sahaja.. tak nampak macam formal sangat tapi kepentingannya sama dengan 'planner'..

lama kelamaan aku merasa apa salah kiranya aku panjangkan sikit perancangan aku ni..kepada setahun ke.. 2 tahun ke.. uwahh.. menarik.. ia akan jadi seperti 'target' aku di masa akan datang.. nahh.. itulah dia sebenarnya peta kehidupan tersebut.. ianya hanyalah sebuah perancangan.. dan pada hari ini aku sudah mempunyai perancangan apa yang akan aku lakukan sehingga 10 tahun akan datang... heheh..nampak pelik.. tapi insya allah, realistik..

dalam kesemua impian aku itu.. semuanya akan aku gapai sendiri.. maksudnya aku akan 'hulurkan tanganku' sendiri untuk 'mengambilnya'.. cuma yang satu ini sahaja.. yang mana mungkin.. aku tidak akan menghulurkan tangan aku untuk mencapai nya.. mungkin akan ku tunggu 'ia' sendiri menghulurkan 'tangannya' untuk ku sambut.. hanya yang satu ini..

aku rasa sehingga hari ini terlampau banyak perubahan yang aku lakukan ke atas diriku ini.. semangat berubah untuk manjadi yang lebih baik.. kadang kala orang sangat takutkan perubahan.. maksudnya perubahan sesuatu tentang dirinya ataupun suasana sekeliling.. dan sudah semestinya apa yang aku maksudkan disini perubahan yang baik bukan sebaliknya..

kadang kala kita dengar pelbagai alasan.. tidak bersedia..! takut tak dapat sesuaikan diri.! risaukan tidak mengkecapi kebahagiaan.! dan macam2 lagi..

aku mengingatkan diriku sendiri.. jangan jadikan semua itu alasan.. jika masa perubahan itu sampai nanti terimalah seikhlasnya.. hadapi dengan tenang dan anggap sahaja takdir kita telah sampai hari itu.. anggap perubahan yang datang akan menheret sekali kebahagian yang kita inginkan.. yang penting cubalah merubah diri terhadap keadaan dan jangan mengharapkan perubahan keadaan mengikut kesesuaian diri kita..


Wallahhuallam

1 comment:

KeL@T said...

oittt... kat mane tu??? opissssssss?? g balik laaaaaaaa.. ghomah da windu tuh... hahaha...

x salah kalo nak merubah perubahan... yg salah kalo takmo berubah... tu jerk.. ekekekek..

sukacita dimaklumkan bahawa... kelat telah ter tag mike laaaaaaaaa... gagagagagggg